Khamis, 13 Disember 2012


YB KARPAL SINGH MENANG KES SAMAN FITNAH DITUDUH MENOLAK ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN!!!!!!



Berita baru masuk..

Mahkamah Tingggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Malaysia, lidah biawak rasmi UMNO, membayar YB Karpal Singh RM50,000 kerana didapat bersalah memfitnah dirinya sehari sebelum PRK Permatang Pauh tahun 2008 dengan mengaitkan seolah-olah beliau anti Islam kerana menolak Islam sebagai Agama rasmi Persekutuan.

Mahkamah Tinggi hari ini menganugerahkan RM50,000 kepada Karpal Singh dalam bentuk ganti rugi setelah mendapati Utusan Malaysia memfitnah beliau dalam artikel pada tahun 2008 dimana akhbar tersebut mengatakan pengerusi DAP itu menolak Islam. 


Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad, semasa membaca hujah penghakimannya berkata, walaupun akhbar berbahasa Melayu itu sudah menarik balik dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam selepas penerbitan, artikel itu menimbulkan rasa benci orang ramai kepada Karpal.

Beliau berkata, tarikh penerbitan artikel tersebut pada 25 Ogos, 2008 — sehari sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh, dan disiarkan oleh media arus perdana itu menunjukkan ia “berniat jahat”.


“Pada pandangan plaintif, sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR), dan pada masa artikel itu diterbitkan, ia dilihat sebagai cuba merosakkan peluang kemenangan,” kata hakim tersebut.


Karpal  memfailkan saman RM10 juta kepada Utusan Malaysia pada 2008, dengan berkata kenyataan beliau disalah tafsir dalam artikel yang ditulis oleh pengarang berita Zulkifli Jalil.


Dalam artikel “DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu” berdasarkan kepada ucapan Karpal pada Konvenyen Nasional DAP ke 15 pada tahun itu dimana Zulkifli sengaja mengatakan ahli politik tersebut menolak Islam sebagai agama Persekutuan.

Ahad, 9 Disember 2012


Kikikiki! Media Arus Perdana Utusan, Hidangkan Berita Perbodohkan Rakyat!!!



macam ni. kita ambil contoh tayar. Tayar tu selamat dipegang dan dibelai malahan digomol. Tapi bila kau bakar tayar tu, cubalah kau sedut asap tayar yang dibakar tu. selamat atau tidak? orang cakap pasal pemprosesan, bukan raw material stupid.


Rakyat kalau bijak pandai Umno/Bn susah sebab itulah Umno/Bn nak rakyat terus bodoh...
"Orang ramai pegang nadir bumi bukti Lynas selamat" - utusan.

Pegang nadir bumi bukti Lynas selamat..Cakap bengong kan marah tapi kalau suka dibengongkan nak buat macam manakan.... Pegang nadir bumi dalam bentuk fizikal mcm tu mmg la selamat bongok. Yang jd tak selamatnya ialah ketika logam atau galian itu diproses, iaitu ketika ia berada dalam keadaan tak stabil. Apa jua logam atau galian adalah berbahaya ketika berada dalam keadaan tak stabil. Memandangkan nadir bumi ini beradioaktif tinggi, lagi la bahaya. Faham? Suruh belajo kimia, xnak. cuba pulak pegang sisa nadir bumi ni lepas diproses nak tengok jadi zombie ke tidak?...

Ibarat pegang bom la. Meletup x kalau setakat pegang ? Mana meletup sebab dia ada pin keselamatan. Sebab bom tu x berbahaya ketika stabil. Cuba tarik pin dia tgk. Masa tu cepat-cepat la taubat. Sebab bila tarik pin bom, ianya akan menjadikan bom itu tidak lagi stabil. Maka berkecailah...

P/S : Cuba la bagi berita yang buat rakyat malaysia ni jadi cerdik. Janganlah asyik dok perbodohkan orang jer.

Beli utusan korang rugi duit, kebodohan korang bertamabah, Kita membaca untuk tambah ilmu pengetahuan. jika ini kejahilan akan bertamabah

Megat Zulkarnain ketua Samseng umno Bawa Orang Luar Timbulkan Kekacauaan?

Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu.


Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memhon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan santun dan berbudi pekerti. Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng sampai hari ini.


Padahal kami sekian lama menanti kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampung ini,” kata Ketua kampung Gombak Utara, Said Zakaria pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Said berkata, lebih separuh samseng Umno yang mengganggu program dengan membuat bising, membaling batu, menyerang petugas dan penjaja malam, adalah orang luar yang dibawa Megat Zulkarnain.

Ia mencalar imej kampung, tidak menggambar sikap sebenar penduduk yang beradab dan menghormati tetamu. Kami yakin sebahagian besar penduduk kampung menerima cara Pakatan Rakyat mentadbir,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang perkembangan siasatan polis.

Yang kita lihat sekarang, penyerang pula yang mempersalahkan penganjur. Sedangkan kita sudah lapor kepada pihak berkuasa,” kata merujuk SMS ancaman sebelum kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, KEADILAN Gombak akan terus mengadakan program ceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat.

Terbaru pada 19 Disember, di tempat sama,” katanya sambil menuntut pihak berkuasa mengadakan kawalan bagi mengelak gangguan samseng Umno..


IPP: Pakatan perintah, TNB jimat RM3.5b setahun


PKR hari ini menawarkan kaedah penjimatan RM3.47 bilion setahun daripada bayaran yang dibuat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada syarikat pembekal kuasa bebas (IPP) sekiranya mereka memerintah selepas pilihan raya umum akan datang.

Ia akan dapat dicapai melalui pengurangan rizab margin kuasa elektrik dan rundingan semula kontrak sedia ada di antara IPP dan TNB, kata Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen.

Menurut Wong Chen, pulangan atas pelaburan (ROI) IPP sekarang secara puratanya adalah 19 peratus - satu kadar keuntungan yang terlalu tinggi berbanding penanda aras global yang meletakkannya pada kadar 10 peratus sahaja.

Mengambil kira sektor penjanaan kuasa yang melibatkan kontrak jangka panjang dan risiko operasi yang kecil, Wong percaya ROI tersebut boleh dirunding semula kepada 10 peratus sahaja dan membolehkan TNB menjimatkan RM2.6 bilion setahun.

"Pakatan Rakyat komited untuk merunding semula dengan IPP untuk menurunkan purata ROI daripada 19 peratus kepada 10 peratus," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar rizab margin kuasa sekarang pada 38 peratus dikurangkan kepada 20 peratus sahaja yang merupakan satu kadar optimum.

Langkah tersebut katanya akan membolehkan TNB menjimatkan RM870 setahun.

Penjimatan yang diunjurkan PKR itu juga akan melonjakkan keuntungan tahunan TNB kepada RM5.6 bilion daripada RM2.14 bilion setahun, tambahnya lagi.

Beliau turut menyatakan komitmen PKR untuk memastikan pentadbiran TNB bebas campurtangan politik dan perkongsian laba TNB dengan pekerja dan pengurusan TNB apabila sasaran kewangan dan operasinya dipenuhi.

"Kita akan pertimbang penjualan 10 peratus saham TNB yang dipegang Khazanah kepada semua 30,000 pekerja dan pengurusan TNB.

"Ini sebahagian daripada dasar ekonomi "management buy-out" untuk mewujudkan kelas menengah pengurus - pemilik dan mengurangkan penglibatan kerajaan dalam sektor swasta," katanya.

Gempak!!!! 68 Penduduk Kiulu Keluar BN Sertai KEADILAN!




Kubu kuat Barisan Nasional (BN) berjaya dipecahkan lagi di Sabah!

Bekas Sarjan Mejar, Eddie Maringking mendahului senarai bekas pemimpin BN menyerahkan 68 borang keahlian menyertai KEADILAN dari penduduk Kampung Togop, di DUN Kuilu, dalam parlimen Tuaran dalam satu majlis ceramah di kampung itu malam tadi.

Borang tersebut diserahkan kepada ahli majlis pimpinan KEADILAN negeri, Ansari Abdullah yang juga merupakan Ketua Cabang Tuaran dan disambut dengan laungan "Ini Kalilah Tukar" oleh ratusan hadirin yang membanjiri tapak ceramah di kampung itu.

Eddie dalam ucapannya mewakili kesemua bekas ahli BN menyifatkan gelombang kebangkitan rakyat di negeri ini sudah tidak dapat disekat lagi hingga satu majlis yang serupa bakal diadakan di beberapa kampung sekitar Tuaran dalam masa terdekat.

Malah, satu lagi majlis penyertaan beramai-ramai keluar BN dan menyertai KEADILAN akan diadakan hari ini kira-kira jam 4 petang bertempat di Kampung Guakon dalam DUN Tamparuli, juga dalam parlimen Tuaran.




Menurut Ansari, kebangkitan rakyat luar biasa negeri ini membuktikan Umno dan BN tidak lagi boleh dipercayai membela nasib rakyat setelah 49 tahun diberi peluang memerintah Sabah yang merdeka dari penjajah British pada 1963.

Kesan daripada keputusan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang keluar dari BN awal Julai lalu nampaknya kini memberi kesan teruk kepada BN hinggakan majlis ceramah yang diadakan parti reput itu sejak akhir-akhir ini langsung tidak mendapat sambutan walaupun menyalahgunakan harta kerajaan seperti menggunakan van Jabatan Penerangan untuk mengadakan hebahan kepada penduduk kampung.

Bekas timbalan presiden UPKO itu yang kini memimpin Angkatan Perubahan Sabah (APS) mesra Pakatan Rakyat dijangka akan dicalonkan bertanding sekali lagi di parlimen Tuaran tetapi akan turun sebagai calon KEADILAN dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam masa yang sama, Umno dan BN masih tercari-cari pemimpin yang sesuai yang boleh menandingi kredibiliti Bumburing yang semakin mendapat sokongan rakyat setelah keluar dari BN, petanda khidmatnya masih diperlukan rakyat di parlimen itu.

Tuaran merupakan salah satu daripada 10 kerusi parlimen yang disasarkan Pakatan Rakyat untuk menang kali ini selain Kota Kinabalu, Tenom, Pensiangan, Kota Belud, Beaufort, Kota Marudu, Kinabatangan, dan lain-lain.

Dengan perkembangan terbaru ini, ketua menteri, Musa Aman kini semakin tertekan dalam misi mempertahankan Sabah dari dirampas Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum yang mesti diadakan sebelum 28 April tahun depan.


Umno ibarat seperti kereta buruk, tak ada makenik akuinya lagi

KANTOI LAGI! Gambar Janji Ditepati 'DIUBAHSUAI'?

TERKINI!


Seakan tidak serik dengan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan kununnya sambutan rakyat terhadap program bersama perdana menteri tidak surut sambutannya, kali ini The Star pula menyiarkan sekeping gambar yang sudah 'diubah suai' terutama di bahagian belakang imej yang dipaparkan.

Sekiranya sebelum ini, agensi berita nasional Bernama dan Utusan Malaysia saling berlumba-lumba membodek Najib Altantuya hingga penipuan mereka menerusi gambar yang dimuatkan di laman web mereka cukup mudah terbongkar, kali ini akhbar yang dikuasai rejim MCA pula mengambil giliran dilondehkan tembelang mereka.

Peliknya, kedua-dua media rejim Zionis Umno ini tidak mahu mengaku gambar yang disiarkan sudah diedit hingga pembaca terpaksa meneliti sendiri gambar yang ditunjukkan bagi membuktikan penipuan tersebut sememangnya berlaku.

Gambar yang dirakamkan oleh seorang jurugambar, dipercayai akhbar berbahasa Inggeris yang bakal menghadapi tindakan saman oleh PAS itu diambil semasa karnival jelajah Janji Ditepati (baca: Janji Dicapati) yang diadakan di padang kawad, Universiti Sains Malaysia (USM), Minden, oleh perdana menteri, Najib Altantuya di Pulau Pinang, semalam.

Jika diperhatikan dengan lebih jelas sekiranya anda perhatikan bulatan yang dilakar di atas gambar tersebut, jelas kelihatan gambar tersebut telah diubah suai di bahagian belakang bagi menunjukkan betapa ramainya rakyat yang turun semasa pemimpin rejim Zionis Umno itu melaungkan slogan 'Janji Dicapatinya' yang menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia sejak diperkenalkan lebih lima bulan lalu.

Jelas kelihatan apabila diteliti, pada gambar yang dibulatkan di sebelah belakang sekali bahagian kiri dan kanan menunjukkan imej lelaki seakan dipinda dan kelihatan lebih besar daripada manusia yang berada di sekelilingnya.

Selain itu, bayang kelam di hampir satu pertiga bahagian gambar ini terutamanya di bahagian tengah menunjukkan tindakan 'tidak cermat' tukang edit gambar ini yang terpapar jelas di muka hadapan akhbar yang kini sudah mula ditolak oleh kaum Cina, India dan komuniti perniagaan warganegara asing yang kebiasaannya mendapatkan akhbar berkenaan terutamanya pada hujung minggu.

Kini ia tinggal sebagai satu persoalan tetapi yang paling utama ialah adakah akhbar rejim sudah berani mensabotaj setiap program yang dihadiri Najib Altantuya bagi menunjukkan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam keadaan terdesak memperolehi sokongan rakyat akibat tindakan zalim mereka sendiri?

Siapakah yang berani mengarahkan gambar tersebut dipinda bagi memalukan Najib Altantuya sekaligus ia satu petanda bahawa kepimpinannya sudah tidak boleh diterima BN yang mana Muhyiddin Yassin tidak sabar-sabar menggantikannya?

Saya serahkan penilaian kepada anda dan jangan lupa, sekiranya Najib Altantuya berani mengatakan kununnya satu undi untuk Pakatan Rakyat bermakna huru-hara, maka satu undi untuk BN pula bermaksud membawa Malaysia menuju malapetaka yang khusus dicipta untuk kita semua!
Klu tidak menipu bukan namanya UMNO!!

Jumaat, 7 Disember 2012

Janji Hanya Tinggal Janji..Umno/Bn Bohong!!!!
Menipu Orang Hulu...

Mana Lembah Amazon,
Lapangan Terbang, Bandar
Bawah tasik dan Komuter
Hulu Terengganu???##HULU TERENGGANU- Projek pembinaan Politeknik Hulu Terengganu yang dilancarkan sebelum pilihanraya kali ke-12
pada tahun 2008 kini terbukti adalah satu projek untuk
memancing undi rakyat.Naib Ketua Dewan Pemuda
Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata,masyarakat Hulu,khususnya dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Telemong sangat dukacita
apabila kerajaan
mengumumkan akan
membina sebuah institusi
pengajian tinggi awam (IPTA)
di kawasan tersebut. Tetapi, setelah empat tahun
berlalu, bukan sahaja IPTA itu
tidak dibangunkan ditapak
asalnya, malah ia dipindahkan
ke sebuah bangunan yang
dikenali sebagai 'hotel bajet' di bandar Kuala Berang.
"projek itu kita beranggapan
satu projek yang betul-betul
(hanya) untuk memancing
undi kerana seluruh
masyarakat Hulu Terengganu memang berasa sangat
gembira apabila kerajaan
memaklumkan akan
membina (sebuah) Politeknik,
"tapi sekarang ni, kita 'tagih'
juga nak tengok politeknik itu, tapi tiba-tiba kita
dikejutkan dengan berita
(politeknik itu) beralih ke DUN
lain, ke DUN Kuala Berang,
"yang lebih menyayat hati
bila melihat politeknik Hulu Terengganu itu dibuat di
bangunan yang asalnya
(dikenali sebagai) hotel
bajet,"ujarnya.Beliau kesal dengan sikap
tidak bertanggungjawab
pemimpin Umno dan Barisan
Nasional (BN) yang telah
menghabiskan puluhan ribu
ringgit ketika mengadakan upacara besar-besaran 'majlis
pecah tanah' pembinaan
politeknik terbabit,
sedangkan akhirnya ia tidak
dibina.
Katanya, puluhan ribu pula wang rakyat dibelanjakan
untuk mengubahsuai 'hotel
bajet' di Kuala Berang untuk
dijadikan sebagai sebuah
institusi pengajian tinggi.
Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu
berkata, masyarakat
setempat rasa 'tertipu' dengan
janji-janji pemimpin Umno
yang menabur janji, apabila
tiba masa hampir kepada pilihanraya.
"kita rasa sangat-sangat
tertekan dan tertipu dengan
'janji-jani' pemimpin Uno, bila
dekat pilihanraya datang,
pecah (tanah) rasmi itu....rasmi ini, tapi rupa-rupanya mereka
ada 'udang di sebalik batu',
"dan janji (pemimpin Umno
adalah) janji yang tidak
ditepati,"jelasnya.
Oleh itu, beliau bersetuju mengatakan bahawa,
kawasan Hulu Terengganu
menjadi satu kawasan yang
agak ketinggalan kerana
tidak mempunyai walaupun
sebuah, pusat pengajian tinggi, berbanding kawasan-
kawasan lain.
Menurutnya, ia menyebabkan
kurangnya peluang
melanjutkan pelajaran ke
peringkat tinggi bagi anak- anak setempat dan
pertumbuhan pembangunan
yang tidak
memberangsangkan.
Namun begitu, beliau memuji
beberapa pemimpin Umno antaranya Datuk Tengku
Putera Tengku Awang yang
mencadangkan pelbagai
pembangunan antaranya
mahu menjadikan kawasan
daerah Hulu Terengganu umpama lembah Amazon,
membina lapangan terbang,
membangunkan 'bandar di
bawah tasik dan
membangunkan sistem
pengangkutan 'komuter'. "saya rasa kagum (juga)
dengan hasrat datuk Tengku
Putera yang nak menjadikan
Kuala Berang ni macam
Lembah Amazon..... lepas tu
(nak bina) lapangan terbang.....bandar di bawah
tasik......lepas tu nak buat pula
komuter laju dari Kuala
Berang ke Kuala
Terengganu....,
"AlhamduliLlah pemikiran pemimpin Umno
ni nampaknya ada.......tapi
masalahnya (apa yang
dicakap) tidak berlaku sampai
sekarang ini,"tegasnya.


Mana Lembah Amazon, Lapangan Terbang, Bandar bawah tasik dan komuter hulu terengganu??
HULU TERENGGANU- Projek pembinaan Politeknik Hulu Terengganu yang dilancarkan sebelum pilihanraya kali ke-12
pada tahun 2008 kini terbukti adalah satu projek untuk memancing undi rakyat.Naib Ketua Dewan Pemuda
Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata,masyarakat Hulu,khususnya dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Telemong sangat dukacita apabila kerajaan mengumumkan akan membina sebuah institusi
pengajian tinggi awam (IPTA) di kawasan tersebut. Tetapi, setelah empat tahun berlalu, bukan sahaja IPTA itu
asalnya, malah ia dipindahkanke sebuah bangunan yang dikenali sebagai 'hotel bajet' di bandar Kuala Berang.

"projek itu kita beranggapan satu projek yang betul-betul (hanya) untuk memancing undi kerana seluruh
masyarakat Hulu Terengganu memang berasa sangat gembira apabila kerajaan memaklumkan akan membina (sebuah) Politeknik, "tapi sekarang ni, kita 'tagih' juga nak tengok politeknik itu, tapi tiba-tiba kita 
dikejutkan dengan berita (politeknik itu) beralih ke DUN lain, ke DUN Kuala Berang, "yang lebih menyayat hati bila melihat politeknik Hulu Terengganu itu dibuat di bangunan yang asalnya (dikenali sebagai) hotel bajet,"ujarnya.Beliau kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang telah menghabiskan puluhan ribu ringgit ketika mengadakan upacara besar-besaran 'majlis pecah tanah' pembinaan politeknik terbabit, sedangkan akhirnya ia tidak dibina.

Katanya, puluhan ribu pula wang rakyat dibelanjakan untuk mengubahsuai 'hotel bajet' di Kuala Berang untuk
dijadikan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi. Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu
berkata, masyarakat setempat rasa 'tertipu' dengan janji-janji pemimpin Umno yang menabur janji, apabila
tiba masa hampir kepada pilihanraya. "kita rasa sangat-sangat tertekan dan tertipu dengan 'janji-jani' pemimpin Umno, bila dekat pilihanraya datang, pecah (tanah) rasmi itu....rasmi ini, tapi rupa-rupanya mereka ada 'udang di sebalik batu', "dan janji (pemimpin Umno adalah) janji yang tidak ditepati,"jelasnya. 

Oleh itu, beliau bersetuju mengatakan bahawa, kawasan Hulu Terengganu menjadi satu kawasan yang agak ketinggalan kerana tidak mempunyai walaupun sebuah, pusat pengajian tinggi, berbanding kawasan-kawasan lain. Menurutnya, ia menyebabkan kurangnya peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi bagi anak- anak setempat dan pertumbuhan pembangunan yang tidak memberangsangkan. Namun begitu, beliau memuji beberapa pemimpin Umno antaranya Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang mencadangkan pelbagai pembangunan antaranya mahu menjadikan kawasan daerah Hulu Terengganu umpama lembah Amazon, membina lapangan terbang, membangunkan 'bandar di bawah tasik dan membangunkan sistem
pengangkutan 'komuter'.

"saya rasa kagum (juga) dengan hasrat datuk Tengku Putera yang nak menjadikan Kuala Berang ni macam Lembah Amazon..... lepas tu (nak bina) lapangan terbang.....bandar di bawah tasik......lepas tu nak buat pula komuter laju dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu...., "AlhamduliLlah pemikiran pemimpin Umno ni nampaknya ada.......tapi masalahnya (apa yang dicakap) tidak berlaku sampai +sekarang ini,"tegasnya.


Umno/Bn Bohong Rakyat Hulu Terengganu 

Sabtu, 1 Disember 2012


Rosmah bakal dapat RM26 bilion dakwa Deepak


KUALA LUMPUR: Deepak Jaikishan yakin, walaupun ramai calon Umno mempunyai peluang menang yang tinggi (Winneble candidate) tetapi dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi penjaga golnya, Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menjaringkan gol.

"Tangannya penuh dengan bilion ringgit untuk ditangkap, jadi dia tidak mempunyai masa untuk menangkap bola yang ditendang masuk," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.

Atas dasar itu, Deepak bekas kawan baik Rosmah itu berkata, BN bakal gagal dalam pilihan raya ini.

Beliau menjangkakan, Pakatan akan mendapat 123 kerusi, BN 99 kerusi dan Rosmah akan mendapat RM26 bilion.

Deepak mengulas kes ini ketika mengulas ucapan perwakilan dari Kelantan yang mendakwa pasukan Red Warior di Kelantan akan menjadi contoh pengurusan Umno pimpinan Najib yang bakal menang dalam pilihan raya ini.

Ketika ditanya, di manakah beliau mendapat angka RM26 bilion tersebut, Deepak berkata, ia adalah hasil kiraan beliau berdasarkan projek yang melibatkan Rosmah.

"Saya membuat kiraan berdasarkan projek yang saya terlibat dan projek yang saya tahu dimiliki oleh dia," kata Deepak dalam satu kenyataanya malam tadi.

Deepak sebelum ini mendakwa beliau adalah rakan perniagaan Rosmah sebelum berbangkitnya kes Penyataan Bersumpah (SD) P Balasubramaniam.

Sejak kes P Bala, hubungan mereka bermasalah kerana beliau didakwa tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan kes Bala.

Deepak berkata, dia hanya menolong kawan dalam kes itu bukannya terlibat secara langsung.


HOT NEWS