Khamis, 11 Oktober 2012

Mahkamah Buat U-turn, Dalam Kes Mp Sabak Bernam







Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan pelaksanaan hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya,  Rosli Busro yang disabitkan atas tuduhan membuat tuntutan palsu.

Pada mulanya, mahkamah menolak rayuan mereka dan Hakim Datuk Akhtar Tahir memerintahkan hukuman tersebut dijalankan mulai hari ini.

Bagaimanapun, pihak peguambela berjaya berhujah meminta penangguhan hukuman tersebut lewat petang ini.

Bagaimanapun, jumlah ikatjamin terhadap Abdul Rahman dinaikkan daripada RM50,000 hingga RM80,000.

Tertuduh mempunyai peluang terakhir untuk mengemukakan rayuan terhadap sabitan hukuman tersebut di Mahkamah Rayuan.

Pada 1 Mac, Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Abdul Rahman dan Rosli bersalah terhadap lapan lapan tuduhan membuat tuntutan palsu bagi program-program yang tidak pernah diadakan berjumlah RM80,000.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiga jam sebelum ini, Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000 empat tahun lepas.


Dalam pada itu, Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini..



Kah kah Kah.. Hakim Buat U-Turn.. UMNO 

kebal dari Undang-undang walaupun bunuh 

Org.. Kalau pemimpin UMNO sehari pun tak 

Sempat nak penjara dah Buat U-turn..aku tak 

percaya selagi BN yang memerintah negara ini 

Undang kat malaysia ni banyak AUTA..



Jadi tak payah lah nak perbodohkan rakyat.. 

Rakyat dah tahu lama dah... wayang kulit di 

siang hari...sama macam kes-kes terdahulu... 

cerita Mahkamah, undang-undang, SPR, SPRM 

kita ni tidak seindah cerita apa yang di 

khabarkan...

Pandangan Tuan Ibrahim Mengenai Ustaz Nasha


Pandangan Tepat Oleh Tuan Ibrahim

Oleh Mohd Sayuti Omar
Pandangan balas oleh Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap kenyataan bekas timbalan presiden Pas yang memberi ingatan agar parti itu tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga mengenepikan prinsip perjuangan (Islam) adalah tepat dan menjawab persoalan yang mungkin timbul dari cetusan pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang merasakan dia bijak politik dan seorang ahli Pas yang sejati.


Tuan Ibrahim: Tidak pelik.

Kata Tuan Ibrahim ingatan itu bukan pelik dan asing sebab Pas senantiasa mengutamakan perjuangan dari segala-galanya. Saya dapat melihat ini dan merasakan kenyataan itu konkrit kerana kalau Pas tidak meletakkan prinsip parti dihadapan sudah tentu Pas yang kini dipinang, dipujuk dan diprovokasi dengan berbagai-bagai cara oleh Umno agar berbaik dengannya, akan menerima bujukan itu.

Umnop telah mengguakan semua cara sama ada dengan bersikap hendak berbaik-baik dengan Pas atau pun dengan cara terus menunjukkan ego dan memburuk Pas seperti dilakukan Mahathir untuk menarik perhatian Pas. Perlakuan terhadap Pas juga dilakukan dengan menghina Pas kononnya telah meninggalkan prinsip asal kerana berbaik dengan DAP dan PKR.

Tetapi parti itu tetap dengan pendiriannya, mengambil sikap berhati-hati dengan Umno dan ada kalanya prejudis dengan parti bersemangat 'kaumiyah' itu. Pemimpin Pas lain tidak seperti bekas timbalan presiden itu dan beberapa yang lain, yang lebih meletakkan untuk memenuhi nafsu mereka untuk jadi glamour dan merasai keempukan kerusi sebagai menteri.

Ulasan Tuan Ibrahim, Pas memang mengakui berkerjasama dengan PKR dan DAP dalam usaha untuk mendapat kuasa dan ianya merupakah satu 'maslahat' siasah. Kuasa itulah nanti menurutnya membolehkan Pas melaksanakan matlamat perjuangannya.

Orang menganggap dalam hal ini Pas tertipu dengan DAP dan PKR, adalah mereka yang cetek dan pendek akal dalam politik serta tidak berpijak dibumi nyata. Mereka juga tidak pernah membalikkan minda mereka yang mana mungkin juga Pas menipu dan memperdayakan DAP dan PKR? Ini tidak boleh diketepikan sebab Pas juga menerima prinsip politik Machiavelli. Realiti politik hari ini sesiapa baik Pas dan Umno tidak mungkin dapat membentuk kerajaan secara mutlak kerana nisbah pengundi atau kaum yang tidak memberi kelebihan kepada mana-mana pihak.

Orang yang menganggap Pas pandir ataupun Mat Jenin kerana bersimpati dengan Anwar dan menolak Umno sebenarnya merekalah yang pandir dan merasakan dia seperti Mahathir yang serba tahu!

Hal itu juga dipraktikan oleh Umno sejak lama dulu dengan menerima konsep kerjasama dengan Cina menerusi MCA, Gerakan dan dengan India menerusi MIC. Kalau Umno tidak bekerjasama dengan Perikatan yang kemudian bertukar menjadi Barisan Nasional tidak mungkin Umno dapat memerintah hingga lebih separuh abad.

Hanya hari ini setelah jelas orang Cina, India, Dayak, Iban Kadazan Dusun, Murut dan Oang Asli menolaknya baru Umno merasakan dirinya musafir di tengah sahara politik dan baru meminta seteguk air dari Pas. Haha...

Justeru pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang seolah-olah mahu Pas meninggalkan rakan bukan Islam dalam usaha untuk membentuk kuasa adalah dangkal dan tidak berpijak di bumi nyawa. Apakah pandangan beginilah juga boleh dianggap asobiyah seperti mana diterima faham oleh Umno?
 Timbalan presiden Pas itu tak ubah seperti budak kecil yang mudah terpengaruh dan gila warna seperti budak kecil belum baligh.

Pada saya perbezaan pegangan dan pandangan politik akhir-akhir ini yang menyamai Umno bukan dibuat atas kesedaran dan falsafah politik sebenarnya sesuai Pas sebagai sebuah badan dakwah, sebaliknya ia dibuat atas perasaan dan angan-angan kalau ada rezeki beliau akan dipergunakan Umno dengan harapan diberikan imbuhan jawatan dan kedudukan. Politik sebegini adalah politik belum baligh.

Saya tidak fikir bekas timbalan presiden Pas itu tidak menyedari hakikat sebenar hal ini kerana sebelum ini dia menerima konsep makasid syariah... menerima persefahaman politik demi kebaikan bersama, bagaimana perubahan pandangan dan pegangan itu berubah selepas beliau tidak lagi menjadi timbalan presiden Pas. Semasa menjadi timbalan presiden Pas dia berpelukan dengan Lim Guan Eng, sementara selepas kalah bertanding presiden baru dia sedar Lim Guan Eng belum memeluk Islam. Sekali lagi ini politik belum baligh atau belum datang haid.

Ini jelas perubahan sikap dan pandangan itu bukan bertolak dari satu kebenaran melainkan kerana atas rasa kecewa dan sakit hati yang mana ada unsur-unsur untuk membalas dendam. Saya tidak boleh menghukum atau untuk menamakan apakah jenis manusia seperti ini. Yang jelasnya orang yang menukar prinsip atas nafsu dan menggunakan warna Islam untuk kepentingan diri lebih busuk dan hanyir daripada orang yang jelas-jelas mengkhinati amanah dan perjanjian yang lari meninggalkan rakan yang memberi simbol dan ruang kepadanya. Menyesalkan lagi sambil lari meninggalkan rakan dia terus memburukkan orang yang memberi budi kepadanya.


-detikdaily

Pas Dan Kuasa Politik

PAS dan kuasa

Oleh Ustaz Idris Ahmad
Sejarah kelahiran PAS ialah untuk menyahut seruan kewajipan demi berdakwah dan mengajak manusia ke jalan Allah dan memperkenalkan Islam dalam bentuk “Din Wa al-Daulah” seperti yang diarahkan oleh Allah dan Rasulullah SAW.


 Firman Allah SWT

“Hendaklah ada dalam kalangan kamu segolongan orang yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).” (al-Imran 3:104)

Untuk mencapai cita-cita bagi menegakkan Amar Makruf dan Nahyu ‘Anil Munkar, tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik (kerajaan). Hal ini kerana kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada di Madinah. Baginda tidak boleh melaksanakan Amar makruf Dan Nahyu Anil Munkar dengan sempurna ketika berada di Makkah kerana baginda tidak mempunyai kuasa. PAS sebagai sebuah Harakah Islamiah tidak hanya bergantung kepada ceramah dan kuliah sebaliknya memerlukan kuasa bagi memastikan bahawa tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna. Justeru, kita bekerja untuk mencapai cita-cita tersebut. Penyertaan PAS dalam pilihan raya adalah salah satu wasilah untuk ke arah itu. Inilah uniknya PAS, iaitu sebagai sebuah parti politik dan juga sebagai gerakan Islam di negara ini.

Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS fasal 3. Dasar PAS ialah Islam.

Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap, merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. PAS mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)

Di Dalam fasa 5. Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

(2)Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Di dalam fasal ini jelas bahawa PAS berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan Islam. Ertinya, PAS tidak pernah tergelincir, sebaliknya orang yang menuduh PAS tergelincir sekarang sudah masuk ke dalam gaung, sedang menjerit-jerit untuk mendapat pertolongan daripada kawannya (Umno) untuk mendapat bantuan pernafasan. Walaupun rakannya sekarang mengalami penyakit semput kerana tidak cukup oksigen di dalam badan. Akhirnya kedua-dua lemas dan tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi.

Fasal 7, Sumber rujukan tertinggi yang menjadi hukum dan kekuasaan PAS ialah al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.

Dalam Fasal 8, Perlembagaan PAS telah menetapkan bahawa Majlis Syura Ulama berfungsi untuk menjamin kekuasaan Pas [Fasal 7 (2)] tidak tergelincir daripada sumber hukum Pas [Fasal 7 (1)]. Atas asas ini, Majlis Syura Ulama diberi tiga bidang kuasa iaitu:

i. Menghurai, menjelas dan mentafsirkan Dasar PAS dalam Perlembagaan PAS.

ii. Mengeluarkan arahan supaya dasar dan ketetapan dipatuhi oleh semua pihak dalam PAS serta mengawal supaya semua dasar dan ketetapan dipatuhi dalam melaksanakan aktiviti PAS.

iii. Rayuan disiplin

Melihat kepada perkara yang tercatat dalam Perlembagaan PAS sudah membayangkan inilah perjuangan PAS yang tidak pernah menggadaikan prinsip sama ada ketika menang atau kalah, sama ada terbilang atau terbuang. Perjuangan yang suci ini telah mendapat kepercayaan daripada pelbagai peringkat. Semakin ditekan dan difitnah, semakin mendapat sokongan dan dokongan, bukan sahaja daripada orang Islam, malah daripada kalangan bukan Islam. Apa-apa yang dilalui oleh PAS seperti yang disebut pepatah cina “Emas yang berkualiti tidak akan hancur walaupun dibakar dengan api yang kuat”.

PAS hendak mendapatkan kuasa bukan melalui cara yang tidak bermoral dan berakhlak. PAS tidak mengiktiraf pendekatan “Matlamat menghalalkan cara”. PAS perlukan kuasa untuk menghayati Islam yang syumul seperti yang diajar oleh nabi kita Muhammad SAW. Baginda tidak akan berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan bumi Makkah kalau hanya hendak bersolat dan tawaf di Ka’bah sedangkan sistem yang berjalan dalam masyarakat penuh dengan kezaliman dan penindasan.

Kuasa yang PAS miliki berbeza dengan Umno miliki. Walaupun serupa tetapi tidak sama. PAS mendapat kuasa untuk mengangkat Islam, sedangkan Umno mendapat kuasa dengan meminggirkan Islam dan dijadikan sebagai alat untuk mencari sokongan bagi mengekalkan kuasa. Umno buat seminar dakwah tetapi Umnolah juga menyekat usaha pengembangan dakwah. Dakwah acuan Umno hanya Amar Makruf, tidak boleh Nahi Munkar. Siapa yang berani bicara berkenaan dengan Amar Makruf Nahi Munkar akan digam dan diburu.

Rancangan agama di Televisyen hanya sekadar lepas batuk ditangga, bukan menerangkan Islam yang syumul. Begitu juga masjid di bawah jagaan Umno, mati dahulu sebelum ahli kariah mati. Memang usaha mereka untuk mendapat kuasa supaya fungsi masjid tidak hidup dengan majlis ilmu. Pemimpin Umno faham orang yang berilmu dan faham agama yang syumul tidak akan menyokong perjuangan Umno.

Kalau tuduhan orang mengatakan PAS utamakan kuasa sehingga mengenepikan Islam suatu tuduhan yang tidak betul. Jikalau PAS gilakan kuasa lebih baik PAS bersekongkol dengan Umno yang memang sudah disediakan karpet merah, sebaliknya PAS tidak menerima pelawaan ini. Sebaliknya PAS terus mengemudi bahtera perjuangan dan merentas ombak dan badai bersama dengan Islam. Segala keputusan yang PAS laksanakan seperti Tahaluf Siasi semuanya berdasarkan apa-apa yang diputus dan dikaji oleh Majlis Syura yang mampu menekuni segala permasalahan hukum berdasarkan sumber al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias. Ertinya, segala keputusan yang dibuat berdasarkan kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka. Semua dalam kalangan ahli Syura sedar, apakah makna ada kuasa jika dengan kuasa membawa diri masuk ke dalam neraka, Waliyazubillah.



Ustaz Idris Ahmad ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat 
HOT NEWS