Rabu, 3 Oktober 2012

Majlis Perkahwinan Anak Saya Tidak Mewah – Ketua Menteri Melaka – Perak Today

Majlis Perkahwinan Anak Saya Tidak Mewah – Ketua Menteri Melaka



Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menolak dakwaan jamuan perkahwinan anak lelakinya diadakan secara mewah.
Ketika dihubungi, Mohd Ali yang sedang dalam lawatan kerja ke Indonesia berkata beliau tidak boros.
“Adakah murah untuk menganjurkan majlis? Majlis perkahwinan itu dilihat gah kerana jumlah mereka yang hadir adalah ramai,” katanya.
Sementara itu, pegawai khas kepada Mohd Ali, Datuk S. Mahadevan berkata orang ramai hadir pada majlis itu kerana mereka mahu memberikan ucapan tahniah kepada pengantin lelaki, Mohd Ridhwan, 26 dan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, 26.
“Tiada siapa dipaksa untuk menghadiri majlis tersebut, termasuk kakitangan kerajaan negeri,” kata Mahadevan pada Selasa.
Majlis perkahwinan itu diadakan di Dewan Tun Ali Bukit Katil di sini, pada Ahad.
Sebelum ini, pemimpin pembangkang menggesa Mohd Ali mendedahkan kos yang dibelanjakan pada majlis perkahwinan anaknya dan daripada mana sumber kewangan tersebut diperolehi.
“Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya.
“Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan,” kata Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan membantu dalam majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu.
Majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka itu heboh selepas dilaporkan memecahkan rekod ‘Malaysian Book of Records’ dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam.
“Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut,” katanya.
Beliau turut menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Mohd Ali itu turut diperolehi secara percuma.

Apa??? Kos Perkahwinan Yang mendapat sijil Book Of Record Itu Mencecah 10-13 juta?


RM10 juta ditaja kahwin anak Ketua Menteri Melaka.
Posted on Wednesday, October 03 @ 16:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

"
Jamuan dan Persandingan anak sulung Ketua Menteri Melaka DS Mohd Ali Rustam mencecah RM10 juta hingga RM13 juta. Jamuan dan segala bentuk makanan termasuk nasi minyak /nasi beriani untuk tetamu seramai 180,000 orang ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).(surat bukti agensi kerajaan negeri terlibat)

Lima puluh ribu (50,000) tin muniman air kacip Fatimah diberi hadiah kepada tetamu yang hadir. Difahamkan air kacip Fatimah dibekal oleh Syarikat Orang Kampung Sdn. Bhd. Cenderamata yang diberi kepada tetamu yang hadir dibekalkan oleh Mamee Sdn. Bhd.

Dikatakan makan untuk pengantin dan tetamu khas bernilai RM600,000. Dan disediakan oleh tiga puluh orang (30) tukang masak atau Chef's. Kehadiran tetamu seramai 180,000 orang telah direkod dalam "Malaysia Book Of Record dan yang yang paling jahat sekali Datuk Seri Mohd Ali Rustam berbangga kerana perkahwinan anaknya serta kehadiran tetamu dimasukkan dalam buku tersebut.

Mengikut Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS Datuk Mahfus Omar segala perbelanjaan perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rusatam ditanggung sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka dan segala angensi kerajaan negeri dan tempatan.

Satu soalan cupu emas!. Boleh atau tidak pehak kerajaan negeri dan pehak perbadanan milik kerajaan menaja sepenuhnya kenduri kahwin anak Ketua Menteri tersebut?.

Soalan cupu emas kedua!. Nak tanya kepada pegawai disemua peringkat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) adakh itu dinakam slahguna kusa atau mungkin ada ciri ciri rasuah?.....Kalau ada kenapa tidak siasat untuk mencari kebenaran salah atau sebaliknya?....

Betulah rasuah dalam UMNO dan Barisan Nasional berada ditahad yang barah peringkat keempat. Dan hidup pemimpin UMNO bermula dari perdana menteri dan seluruh pemimpin UMNO/BN kaki rasuah tegar.

Akhirnya rakyat ingin penjelesan dari Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam dan pehak berwajib terutama SPRM betulke perkahwinan, persandingan, makanan dan segala bentuk ditaja?...." 

Pasted from <tranungkite>


Terharu Melihat Semangat Rayat Kelantan.

Mereka berkonvoi dengan menaiki kereta yang diketui MB Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dari negeri kelantan sehingga ke Ibu negara, Pada sebelah malam mereka berkumpul didataran Shah Alam dalam majlis ceramah perdana berkenaan tuntutan royalti minyak Kelantan.

Esokannya mereka  berhimpun di luar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonannya mengenai tuntutan bayaran tunai daripada hasil petroleum.

NONEKebanyakan peserta perhimpunan itu memakai baju berwarna merah dengan slogan 'R' yang mewakili Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan.
Kerajaan Pusat telah menafikan hak rakyat kelantan, mereka tetap bersemangat menuntut hak royalti mereka.

Mereka tidak kenal penat dan lelah, bayangkan mereka bermula dengan jarak perjalanan yang jauh terus  ke Dataran Shah Alam dan  berkumpul menyatakan sokongan kepada NGO ROYALTI.

 Mulanya Solat Maghrib hinggalah ucapan dari ucapan TGNA,,

wah!!! memang dasyat!! tabik pada rakyat Kelantan.

Mereka sedikit pun tidak berundur walau waktu sudah melebihi 12.00 malam.




SYABAS RAKYAT KELANTAN!!!!

PAKATAN TUMBANGKAN KERAJAAN

MUNAFIK!!!!

KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!!

DOA KAMI SENTIASA BERSAMA KAMU WAHAI RAKYAT KELANTAN.

FAKTA TUNTUTAN ROYALTI KELANTAN






    FAKTA TUNTUTAN ROYALTI MINYAK DAN GAS KELANTAN.

    A. UNDANG-UNDANG DAN PERJANJIAN DILANGGARI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN.
    - Tahun 1974 Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen dan mengantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan pemberian Royalti Minyak 5% dan jarak perairan laut Negeri-Negeri. Seksyen 13

    (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan.
    - Pada 9 Mei 1975 Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut bertajuk, Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum. Beberapa buah negeri telah menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.
    [NOTA: Berdasarkan perjanjian itu Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.]
    - 12 Noember 1975 Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% drpd nilai Petroleum yang dijumpai dan diperolehi dlm kwsn perairan (onshore) atau diluar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya.
    - Kenyataan Mantan Perdana Menter, Arwah TUN Razak (Bapa Najib). Menjawab soalan Lim Kit Siang di Dewan Negara.
    B. HAK PENDARATAN MINYAK KE PERAIRAN KELANTAN DINAFIKAN BAGI KAWASAN MEDAN JDA DENGAN PEMBINAAN PAIP MINYAK DI SONGKLA, THAILAND, WALAUPUN JARAK KOTA BHARU LEBIH DEKAT 110KM.
    - Tahun 2005 Kawasan Joint Development Area (JDA) Malaysia-Thailand (dalam perairan Kelantan) telah beroperasi projek di Telaga Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.
    - Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA tetapi paip menyalurkan minyak didaratkan ke Songla yang jaraknya 260km dari JDA (beza 110km) – Penafian HAK Kelantan buat kali pertama!
    - Jarak 166km telaga minyak diperairan Terengganu didaratkan di Kerteh, Terengganu. Kenapa Kelantan yang jaraknya hanya 150km dari JDA dinafikan hak?
    C. SEKALI LAGI HAK NEGERI KELANTAN INGIN DINAFIKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN MENDARATKAN MINYAK KELANTAN KE TERENGGANU.
    - 24 Ogos 2011 PETRONAS mengumumkan pendaratan dan pembinaan loji pemprosesan gas di Kerteh, Terengganu dgn nilai RM15Billion meliputi pemasangan paip dilautan sepanjang 200km dan dijangkan siap 2013.
    - 2 telaga minyak iaitu Telaga Bumi dan Telaga Surya dari Blok PM301, North Malay Basin yang berada di perairan Kelantan.
    - 60,000 tong sehari pengeluaran di kedua2 telaga.
    - USD80 setong harga minyak mentah minimum mengikut pasaran dunia.
    - 21.6 juta tong setahun pengeluaran dari kedua-dua medan dan boleh mencapai RM5.24 billion setahun.
    - RM262 JUTA setahun yang patut Kelantan terima jika royalti 5% diberikan kepada Kelantan.
    Sebagai Rakyat Kelantan dan Rakyat Malaysia, saya menyeru seluruh rakyat Kelantan bersatu padu dan bangkit menuntut HAK ROYALTI minyak+gas dan HAK PENDARATAN minyak dan gas di bumi Kelantan demi kedaulatan Negeri, kemakmuran ekonomi anak bangsa hadapan.
    Ayuh Rakyat kita BANGKIT! Royalti Hak Rakyat Kelantan, Tuntut Sampai Dapat!
    Disusun oleh;
    Syam Ghaz
    Setiausaha
    Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR)















































































HOT NEWS