Rabu, 10 Oktober 2012

Projek Fertigasi Diberi Bafas Baru? Setelah RM20j. Hangus Dan Disahkan Gagal

Menurut laporan bernama 8 oktober lalu, Projek tananam fertigasi negeri Terengganu bakal dihidupkan semula menerusi kerjasama syarikat GM Pelandang Snd Bhd Universiti Sultan Zainal Abidin, Jabatan Pertanian Terengganu, Lembaga Pertubuhan Pelandang Terengganu, dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu.


http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/sutratani4.jpg
Menurut Pengerusi Lujnah Pertanian dan Industri Asas Tani PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abd Rashid, kajian dibuat mendapati hampir 90 peratus daripada 180 pengusaha tanaman fertigasi di Terengganu tidak dapat meneruskan projek tersebut atas pelbagai masalah. 

"kerajaan Umno-BN Terengganu telah menjadikan tahun 2006 sebagai tahun pertanian negeri Terengganu dan melancarkan projek Fertigasi bernilai RM20 juta, RM16 juta diagih-agihkan secara 'politik' kepada para peserta, 

"selebihnya sebanyak RM4 juta untuk projek Fertigasi SUTRATANI, yang diuruskan oleh sebuah anak syarikat kerajaan negeri, semuanya telah gagal,"ujarnya ketika ditemui

Beliau berkata, setelah projek itu terbukti gagal, kini Umno-BN cuba menghidupkan kembali projek Fertigasi itu dengan helah 'kononnya' memberi 'nafas baru'kepada projek tersebut.  

Haji Muhyiddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian ketika mengulas laporan agensi Bernama berkait penglibatan beberapa agensi Jabatan Pertanian negeri Terengganu dalam satu bengkel Fertigasi yang turut melibatkan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Asha'ari Idris

Beliau menggesa agar kerajaan tidak menggunakan dana awam bagi membiayai sebarang projek Fertigasi kerana projek Fertigasi Mega pada tahun 2006 tidak membawa pulangan hasil kepada kewangan negeri.

"Saya dimaklumkan seramai 275 peserta telah dipilih di seluruh negeri bagi projek mega fertigasi tahun 2006, Setiap peserta diberi pinjaman dalam bentuk barangan dan input bernilai RM 50,000.00 dan akan membayar balik 50% dari pinjaman dalam tempoh 10 tahun,

"kita mahu kerajaan menjelaskan perkara tersebut kerana sehingga kini saya difahamkan tidak ada pulangan dari pelaburan sebanyak RM20 juta itu,"jelasnya.

Katanya, adalah malang bagi rakyat Terengganu, sekiranya sekali lagi wang rakyat akan digunakan untuk menutup kegagalan Projek Mega terdahulu.

Menurutnya, ini bukanlah kali pertama pihak kerajaan diberitahu tentang kegagalan projek Fertigasi, bahkan a pernah dibangkitkan oleh ADUN Umno-BN sendiri pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun 2008
16 DISEMBER 2008
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Mesyuarat Yang Ketiga Penggal Persidangan Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke 12 mencuri tumpuan,dalam persidangan itu seorang wakil kerajaan mengakui bahawa projek Fertigasi Mega tidak berjaya.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad memberitahu sidang DUN sekaligus mengesahkan para peserta program pertanian tersebut merungut kerana ianya adalah projek yang gagal.

KEGAGALAN TAHUN PERTANIAN 2006.(klik disini)








HOT NEWS