Rabu, 17 Oktober 2012

RM207 bilion,,siapa bahang pitis ning!!!?,,

RM207 Billion pampasan Buruh Paksa Zaman Jepun pun UMNO sapu??


Pada 1 September 2012 yang lalu, Utusan Malasyia menyiarkan satu artikel tentang penderitaan Pak Embong, yang pernah menjadi buruh paksa semasa pemerintahan Jepun dulu.

Ianya hanya berkisar tentang keadaan Abdullah Said,yang kini mencecah 84 tahun bapa kepada lapan anak itu sangat uzur dan sudah tidak mampu menguruskan diri. Malah, ada ketikanya dia sudah tidak mengenali sesiapa lagi.

Kira-kira enam tahun yang lalu, Abdullah Said ataupun Pok Embong menceritakan kepada media pengalamannya dibawa oleh tentera Jepun dari Terengganu menuju ke Burma.. baca di ( SINI )

Antara apa yang disiarkan oleh Utusan ialah..
Jelas Mariam, sepanjang pengetahuannya, lelaki itu juga kerap berulang-alik ke Kota Bharu, Kelantan ketika masih sihat kerana aktif sebagai ahli Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam ke Burma 1942-1946 Malaysia. 
"Ayah pernah mengeluh kepada saya dulu. Walaupun kerap kali menghadiri mesyuarat, namun, dia masih belum sempat merasa wang pampasan yang dijanjikan oleh pihak yang berkenaan. 
"Ayah cakap, kalau dapat duit tu, kami tak akan hidup susah lagi," katanya di akhir perbualan kami. Apa yang dimaksudkan oleh Mariam tentang "Ayah cakap, kalau dapat duit tu, kami tak akan hidup susah lagi,"?
Kerana ianya melibatkan kepentingan atau mungkin juga penyelewengan oleh UMNO maka Utusan tidak membongkar lebih lanjut tentang apa yang dimaksudkan dengan 'Duit itu'..

Ini apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'Duit itu'...

Semasa pemerintahan Jepun dulu, sekitar 72,000 rakyat negara ini telah dikerah untuk membina landasan keretapi sepanjang 415 kilometer dari Stesen Tha Rua Noi ke Stesen Thanbyuzayaty. Dari sejumlah itu, hanya kira-kira 30,000 orang berjaya kembali kenegara ini manakala selebihnya mati atau hilang.

Selain daripada rakyat Malaya pada masa itu, buruh-buruh paksa juga dibawa dari Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Sejak tahun 1990an, beberapa usaha telah dibuat dinegara-negara ini untuk mendapat pampasan dari Kerajaan Jepun. Terdapat juga usaha dari Malaysia untuk mendapatkan pampasan tersebut tetapi tidak jelas siapakah yang melakukan inisiatif tersebut.

Beberapa orang bekas buruh paksa dari Terengganu telah memulakan inisiatif untuk menuntut pampasan dari Kerajaan Jepun dan sekitar Disember 2005, Kerajaan Jepun telah menjemput wakil persatuan untuk berbincang di Narita, Jepun.

Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Jepun telahpun membayar pampasan kepada Kerajaan Malaysia sejumlah RM207 billion. Tetapi kemanakah wang tersebut disalurkan?

Pelbagai usaha telah dibuat oleh bekas-bekas buruh paksa ini untuk mendapatkan wang pampasan tersebut termasuk lah dengan mengumpulkan maklumat buruh-buruh paksa yang terdapat diseluruh negara. Seramai hampir 30,000 bekas buruh paksa ataupun waris mereka telah menyertai pertubuhan ini sebagai ahli.

Satu persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 ditubuhkan yang mana akhirnya telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan pada 11 Januari 2011.

Sejak didaftarkan secara rasmi, Ahli Jawatankuasa Persatuan telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari Kerajaan Malaysia, tapi hingga kini masih gagal.

Pengesahan tentang wujudnya sejumlah wang pampasan tersebut dibuktikan dengan satu memo yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang bertarikh 29 Mac 2011.
Pada 27 Julai 2011, Persatuan telah memohon secara rasmi bayaran wang pampasan tersebut setelah menunggu begitu lama.
Sejak dari itu, beberapa urusan surat menyurat diantara persatuan dengan Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Peguam Negara.

Namun, pada 3 Oktober 2011, Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri telah menghantar satu surat kepada Persatuan untuk memberitahu bahawa pengeluaran wang pampasan ini memerlukan proses tertentu kerana kelulusanya melibatkan Dana Khas.

Apakah Dana Khas yang dimaksudkan? Bukankah wang tersebut sudah diberikan oleeh Kerajaan Jepun?

Sekarang sudah setahun perkara ini berlaku tetapi belum ada keputusan dibuat. Apakah wang tersebut sudah digunakan untuk tujuan lain?

Pada 10 Oktober yang lalu, DS Hj. Nizar Jamaludin telah membangkitkan isu ini di Parlimen. Soalan Hj. Nizar itu cukup serius tapi malang, tidak ada akhbar arus perdana yang membangkitkan isu tersebut.

Mengapa? Apakah wang tersebut sudah dibelanjakan oleh Kerajaan Umno?

(Boleh dengar ucapan Hj. Nizar semasa perbahasan Bajet 2013 disini yang menyentuh isu ini)

Dalam ucapan Hj. Nizar di Parlimen, Hj. Nizar menyentuh tentang satu memo yang ditulis oleh Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz yang juga menyebut tentang wang RM207 billion.

Apakah wang yang disebut oleh Zeti ini wang pampasan…atau secara kebetulan?



Sumber: ASD

Laporan Audit Negara: Pulau PInang Terus Mencatat Peningkatan..


Empat Negeri Pakatan Rakyat Terima Pujian Audit Negara



Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan.

Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.

Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia pula meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama.

Bagaimanapun, dalam pada itu, Kedah menyaksikan penurunan lebihan apabila ia mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan operasi kerajaan negeri walaupun meningkatkan hasil, tetapi laporan itu menyatakan bahawa pimpinan PAS, kerajaan negeri telah lebih atau kurang mengekalkan lembaran imbangan "memuaskan".

Tetapi negeri jelapang padi itu dianggap sebagai salah satu negeri paling miskin, masih jauh daripada mencapai had hutang yang dibenarkan, kata laporan itu.

"Komitmen kerajaan negeri untuk baki hutang awam kini berada pada RM2.60 bilion berbanding dengan RM2.61 bilion pada tahun 2010, ia adalah masih tinggi," ia membaca, sambil menambah bahawa Kedah mesti berusaha lebih untuk meningkatkan kutipan hasil.

Negeri yang kaya dengan sumber petroleum, Kelantan, juga mendapat prestasi memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang diperolehi pada tahun 2010.

Negeri yang dikuasai PAS ini juga menyaksikan pelaburan meningkat pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM95 juta daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta pada tahun 2011.

Prestasi penyata kewangan secara keseluruhan di negeri ini, di mana perolehan berbanding jumlah pengurusan dan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011, mencatatkan peningkatan daripada defisit berjumlah RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta pada tahun 2011.

Tetapi laporan Ketua Audit Negara menekankan pengurusan hutang yang longgar di Kelantan.

"Hutang awam meningkat sebanyak RM27.85 juta daripada RM1.11 bilion pada tahun 2010 kepada RM1.14 bilion pada tahun 2011. Tunggakan pembayaran balik hutang kepada kerajaan persekutuan juga meningkat daripada RM121.57 juta pada tahun 2010 kepada RM179.81 juta pada tahun 2011.

" Sementara itu, laporan itu menyatakan peningkatan yang ketara dalam prestasi agensi kerajaan negeri dengan kebanyakan undian "cemerlang" berbanding dengan 2010, walaupun Ketua Audit mencadangkan Kelantan dan Kedah untuk menyediakan lebih banyak latihan untuk pegawai bagi tujuan peningkatan kualiti sistem penyampaian.

Selangor dan Pulau Pinang telah dipuji kerana inisiatif mereka untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka.
-politikus

Pas Ganti UMNO.



PAS ganti UMNO bukan mustahil Masyarakat terutama pemimpin Umno tidak seharusnya ambil mudah dan memperkecilkan slogan ‘Pas ganti Umno’ kerana tidak mustahil ia terlaksana berdasarkan sambutan hangat daripada golongan muda ketika ini. Pengamal undang-undang, Mohd Harris Abdullah berkata, ketika ini kebanyakan pemimpin Umno mengatakan Pas tidak layak menggantikan parti itu dengan alasan Pas tidak dominan dalam PR. Menurutnya, tanggapan itu ternyata salah kerana slogan ‘Pas ganti Umno’ tidak semestinya dalam pentadbiran negara semata-mata. “Sekiranya dikupas slogan itu, sebenarnya maksud pelaksanaan lebih luas daripada apa diperkatakan pemimpin Umno. “Kini dengan kehadiran lebih ramai golongan profesional dalam Pas, slogan itu boleh jadi kenyataan berdasarkan gabungan golongan ilmuwan dan cerdik pandai dalam merangka keseluruhan pentadbiran baru,” katanya. Mohd Harris berkata, ‘Pas ganti Umno’ juga adalah pentas untuk memperjuangkan agama Islam dan secara tidak langsung memperjuangkan bangsa memandangkan lazimnya masyarakat Melayu beragama Islam. Katanya, perbezaan perjuangan Pas dan Umno amat jelas menerusi program berlangsung di Putrajaya serta Perhimpunan Hijau di Alor Setar, baru-baru ini. “Jika Himpunan Jutaan Belia dihidangkan dengan pelbagai aktiviti tidak membina martabat bangsa, sebaliknya Perhimpunan Hijau pula mengajak belia menghayati kupasan menarik daripada ceramah agama dan beberapa pengisian program keagamaan. “Dari sudut ini sahaja, pasti slogan ‘Pas ganti Umno’ adalah tepat untuk membina kembali kesedaran memperjuangkan agama Islam di negara ini,” katanya. Beliau berkata, slogan itu tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia bukanlah retorik, sebaliknya mampu menggoncang Umno dari akar umbi.

-www.blogpolitikus.
HOT NEWS