Tinjauan mendapati peminat bola sepak negeri terengganu rasa kecewa dan menyifatkan Che Mat jusoh enggan melepasaskan jawatan itu dan berundur dari pbsnt. Mereka kecewa kerana luahan hati mereka tidak didengari dan tidak menghiraukan tuntutan dan desakkan mereka.
''Datuk Che Mat pada 30 September telah membuat kenyataan,beliau tidak akan meletakkan jawatan''
Dan sejak itu, peminat bola sepak masih belum menerima penjelasan dari kerajaan negeri atau dari yang amat berhormat menteri besar Dato' Seri Ahmad Bin Said, Seolah- seolah membisu dalam isu ini dan membiarkan keadaan itu berlalu sehingga reda.
Ada peminat dan penyokong bolasepak negeri ini menyifatkan Che Mat Jusoh angkuh, sombong dan degil kerana tidak berundur dari PBSNT setelah diasak berkali-kali. Mana tidaknya? Che Mat Jusoh mengambil sikap demikian kerana beliau disokong penuh oleh kepimpinan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Dan tidak akan ada penyelesaian terhadap polemik yang dihadapi oleh pasukan bolasepak negeri Terengganu melainkan dilakukan perubahan dalam kepimpinan kerajaan negeri Terengganu dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang,"jelasnya.
Jom lakukan perubahan untuk bola sepak kita!!