Selasa, 9 Oktober 2012

Kabinet Bayangan Di UK?


Kabinet banyangan di UK ini diiktiraf sebagai satu elemen secara sah disisi undang-undang. Maka, kabinet bayangan ini bukanlah sekadar retorik politik untuk kempen raih undi, sebaliknya ia memang satu sistem yang berfungsi seperti mana yang telah disahkan oleh undang-undang British.

Menteri-menteri kabinet bayangan (yang terdiri dari parti pembangkang) memang dibayar separuh dari jumlah gaji menteri kabinet yang sedang berfungsi.

kabinet bayangan berfungsi sedemikian kerana mahu memastikan kabinet bayangan ini juga membuat kerja dengan betul, bukan makan gaji buta untuk kepentingan politik sempit.


                                      KABINET BAYANGAN

Sistem kabinet bayangan di UK ini rupanya lebih memahami yang mana politik sampah dan yang mana realpolitik.

Justeru, pasti ada yang berkata, pasti duit cukai rakyat akan habis untuk menggajikan semua menteri kabinet banyangan ini. Tetapi tidak, sistem kabinet bayangan di UK ini pula, bukanlah mencakupi semua portfolio (kementerian). Ia hanya meliputi beberapa kementerian yang penting contohnya, Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Undang-undang dan Keselamatan dan Kebajikan.


Ia sekitar empat ke lima portfolio sahaja. Bergantung kepada saiz kabinet kerajaan itu sendiri. Ini disebabkan, sistem kabinet bayangan ini hanya bertujuan untuk memantau beberapa kementerian yang sangat penting yang banyak melibatkan kepentingan awam. 

Maka, menteri-menteri kabinet bayangan pembangkang ini bertanggungjawab pula untuk memantau secara rasmi dengan mendapat akses maklumat dan dokumen setiap kerja yang dibuat oleh kementerian terbabit. Ini pastinya meningkatkan mutu kerja, pentadbiran dan secara tak langsung ia pasti meningkatkan mutu perdebatan politik.


Terengganu Bajet Besar Teapi Rakyat.....


Terengganu bajet besar tetapi rakyat ...
Posted on Sunday, October 07 @ 21:06:06 MYT by tokdalang
Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah selesai membentangkan Bajet 2013 di Parlimen pada minggu lepas. Bajet ini menyediakan peruntukan sejumlah RM251.6 bilion ringgit dengan RM201.9 bilion ringgit adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion ringgit bagi peruntukan pembangunan. 


Bajet yang dibentangkan ini, dilihat ramai, lebih merupakan bajet Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan memberi fokus khusus kepada golongan belia yang menjadi kumpulan sasaran penting dalam senarai pemilih PRU-13 akan datang.

Pada waktu yang sama Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim telah juga membentangkan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat yang bertemakan ‘Kesejahteraan Untuk Semua’ yang dilihat mampu menyaingi bajet kerajaan Pusat Umno-BN.

Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh ini adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan menjadi Kerajaan Persekutuan yang baru.


Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat pula memperuntukkan RM220 bilion ringgit berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK.

Namun di sebalik kedua-dua pembentangan bajet 2013 di peringkat pusat ini, saya ingin menarik erhatian ramai kepada trend pembentangan bajet yang dilaksanakan di negeri Terengganu yang terkenal dengan hasil mahsul minyak dan sumber gas.

Negeri yang ditadbir dibawah pemerintahan Umno-BN ini, setiap tahun telah meluluskan di Dewan Undangan Negeri suatu jumlah bajet yang amat besar dan menakjubkan.

Apa tidaknya. Bajet kerajaan negeri 'Penyu Bertelur’ ini sepanjang hampir 5 tahun telah mencecah hampir RM10 billion ringgit. Ini merupakan penerusan ’perbelanjaan amat luar biasa’ sepanjang pentadbiran Menteri Besar Datuk Sri Ahmad Said memimpin negeri ‘Darul Iman’ ini.

Persoalannya, apakah perbelanjaan yang amat besar ini munasabah bagi sebuah negeri kerdil yang berhadapan dengan kadar kemiskinan rakyat yang amat tinggi sehingga mencecah lebih 14 peratus?


Bayangkan sahaja, sepanjang lima tahun ini sahaja, perbelanjaan negeri Terengganu telah mencecah hampir RM10 bilion. Persoalannya, adakah bajet sebesar ini merupakan suatu amalan urus tadbir kewangan yang berhemah dan bijak?


Apakah dengan perbelanjaan sebesar ini, kerajaan Terengganu sudah dapat merapatkan jurang antara yang kaya dan yang miskin serta mengatasi ketidakseimbangan perbelanjaan setiap tahun ?

Secara lojiknya, dengan perbelanjaan tahunan mencecah lebih RM2 bilion setiap tahun sepanyang lima tahun kebelakangan ini, sepatutnya negeri 'Darul Iman’ ini sudah lama dapat memastikan kemakmuran dan kekayaan terhasil dikecapi oleh setiap lapisan rakyat. Begitu juga dengan kedudukan kemiskinan yang ada di negeri tersebut yang sepatutnya sudah lama dapat diatasi.

Malangnya ini semua gagal dan terbantut akibat pengurusan yang tempang serta tidak mendahului kepentingan rakyat ramai. Realitinya negeri Terengganu tetap mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi dengan kebanyakan rakyatnya yang miskin yang terpaksa bergantung kepada subsidi dan ‘wang ehsan’ samada dalam bentuk ‘bantuan atap biru’, ‘subsidi pukat dan injin bot’, ‘bantuan pakaian dan beg sekolah’ maupun ‘subsidi bantuan hariraya dan persekolahan anak-anak’.

Lebih menakjubkan lagi, perbelanjaan sepanjang lima tahun di bawah pentadbiran Ahmad Said ini juga telah meletakkan keseluruhan bajet negeri Terengganu adalah antara yang tertinggi bagi seluruh Semenanjung Malaysia. Malahan ia terus mengatasi negeri-negeri yang jauh lebih maju seperti Selangor, Pulau Pinang dan Johor bagi setiap tahun.

Seperti yang telah ditegaskan, agak lebih menghairankan lagi apabila negeri-negeri maju ini telah menyumbang jauh lebih besar kepada Keluaran Kasar Dalam Negeri (GDP) negara berbanding dengan negeri Terengganu yang banyak bergantung semata-mata kepada royalti Gas dan Minyak.

Sebagai contohnya, negeri Selangor yang jauh lebih maju dan merupakan negeri ’nadi industri’ telah meluluskan bajet 2011 hanya berjumlah RM1.43 billion. Manakala Pulau Pinang yang merupakan negeri ’nadi hi-tech’’ Malaysia hanya meluluskan bajet 2011 berjumlah RM900.35 juta.

Apatah lagi negeri Kelantan yang sejak sekian lama di’anak-tirikan’ oleh kerajaan Umno-BN hanya berbelaja sekitar RM700 juta sahaja.

Pada hemat saya, sepatutnya sebarang perbelanjaan kerajaan negeri Terengganu iniwajar diasaskan kepada amalan urus tadbir yang baik dan tidak semata-mata kerana negeri Terengganu mampu berbelanja besar setiap tahun.

Setiap berlakunya ‘salah urus‘ (mis-management) sumber kewangan negeri adalah merupakan tindakan menzalimi rakyat Terengganu sendiri yang terus mengharapkan pembelaan serta bergantung kepada kerajaan negeri terutamanya golongan berpendapatan rendah seperti pengayuh beca, petani dan nelayan yang hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Namun persoalan besar adalah, sampai bilakah budaya ‘subsidi’ dengan ‘Dana khas’ bantuan kemiskinan, bantuan hari raya, bantuan atap biru dan bumbung akan terus di pancing kepada rakyat Terengganu yang rata-rata miskin? Dan siapakah yang akan memantau ketelusan perjalanan projek-projek mega negeri seperti kegagalan Stadium Sultan Mizan yang bernilai hampir RM300 juta, Dan kini kelewatan LPT 2 yang mencecah lebih RM4 billion, Kawasan bebas Cukai Tasik Kenyir yang di jangka mencecah lebih RM300 juta dan Zoo di Bukit Takal Kemaman yang mencecah hampir RM100 juta?

Ya inilah realiti di negeri ‘penyu bertelur’ ini. Kebanyakan rakyatnya terus dihimpit kemiskinan, dan pada waktu yang sama kerajaan negeri di bawah pentadbiran Dato Sri Ahmas Said terus berbelanja mewah di atas nama ‘pembangunan’ dan ‘memajukan’ negeri Terengganu ini.


---------------------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agung PAS dan Adun Batu Burok dan boleh dihubungi melalui
Email: syedazmans@yahoo.co.uk This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .
HOT NEWS