Jumaat, 9 November 2012

Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.. Betul dok ni,,


Sekadar untuk ambil tahu sahaja, percaya jangan. 


MAHA SUCI ALLAH. PENCIPTA BAGO SEKALIAN ALAM

Ini adalah kerja-kerja saintis barat  untuk merosakkan akidah umat islam supaya percaya dengan kajian mereka dan terus melupakan iktikad umat islam bahawa kejadian sesuatu perkara adalah ketentuan ilahi dan kehendakNYA.


Jika perkara ini betul-betul berlaku sekalipun, sepertimana tarikh dan waktu yang dinyatakan ianya adalah perkara biasa dan terlalu kecil bagi Allah SWT dan ianya bukan mustahil pun..


Bulan, bintang, matahari adalah semua ciptaanNYA, apa sangat dengan mengelapkan bumi ini tanpa sinar, tanpa cahaya untuk seketika?.. Yang paling penting bagi umat islam adalah berfikir dan menilai kejadian ini dalam bentuk kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.. Allah SWT tidak menjadikan sesuatu perkara hanya untuk suka-suka dan main-main..


0
0
  

Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah?
Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.

sumber: http://pemudacheh.blogspot.com

Alahai Felda?? Dalam Bursa Saham Turun Naik Harga Adalah Pekara Biasa, Terima lah Dengan Hati Terbuka


TERKINI! Saham FGVH Terus Menjunam!


Bagaikan tak dapat ditahan-tahan lagi, saham perladangan kebanggaan perdana menteri, Najib Altantuya iaitu Felda Global Ventures Holdings (FGVH) terus mencatat kejatuhan apabila sesi dagangan pagi dibuka hari ini.

Setakat jam 1045 pagi tadi, saham tersebut kini berada pada paras RM4.60, merosot lagi tiga sen dan kini cuma lima sen dari paras harga tawaran permulaan (IPO) iaitu RM4.55 apabila diapung di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu.

Saham tersebut didagangkan RM4.61 jam 1025 pagi tadi sebelum turun semula ke paras RM4.60 tidak sampai setengah jam selepas itu.

Semalam, FGVH ditutup pada paras RM4.63, paras kedua terendah RM4.59 kelmarin sejak mencatat paras tertinggi RM5.45 beberapa hari selepas penyenaraiannya.

Sudah beberapa kali institusi awam seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) menyuntik dana bagi memulihkan harga saham tersebut sejak beberapa bulan lalu namun usaha tersebut sia-sia.

KWSP kini memegang saham FGVH sebanyak 7.78 peratus  saham setelah membeli lagi 225 ribu saham perladangan tersebut semalam.

Setakat ini, pengerusi FELDA yang juga ADUN Bagan Pinang, Isa Samad masih diam membisu tanpa sebarang penjelasan.

Dipercayai, saham tersebut akan terus bergerak ke jajaran sempit ekoran cuti perayaan Deepavali dan Awal Muharam yang akan diambut minggu depan.

Prestasi mengecewakan ini pastinya akan menambah derita peneroka FELDA yang sudah melanggan sejumlah 800 unit saham yang diperuntukkan kepada mereka, apatah lagi mengenai dakwaan pengerusi NGO pro-Pakatan Rakyat (ANAK), Mazlan Aliman bahawa peneroka sudah pun mula mengalami kerugian apabila saham tersebut  mencecah RM4.78 sesaham atau lebih rendah dari itu.

Prospek aliran rendah serta ketidak tentuan harga minyak sawit mentah (MSM) dunia bagi kontrak hadapan Januari dan Februari 2013 turut menambah kemungkinan harga saham tersebut akan berlegar sekitar RM4.57 dan RM4.63 sen dalam tempoh terdekat.

JALAN PULANG

Terkini!!!!! Jelajah Merdeka Rakyat diserang lagi di Kerteh.




Jelajah Merdeka Rakyat diserang lagi!

Kali ini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama rombongannya dihalang lebih 20 ahli Perkasa dan Umno sejurus sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Kerteh, Terengganu.

Kehadiran ahli Perkasa itu bermula apabila mengetahui rombongan bas dua tingkat jelajah itu singgah di masjid tersebut kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, Anwar dilindungi skuad keselamatan yang sudah bersedia sebaik mendapat maklumat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menyebabkan kawalan keselamatan sekitar masjid itu dipertingkat setengah jam sebelum ketibaan bas yang membawa Anwar dan rombongannya.

Kejadian ini adalah kali kedua dilakukan Perkasa setelah insiden yang sama menimpa Anwar ketika bersolat Maghrib dan menyampaikan tazkriah di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar pada 2 September lalu.

Polis dilihat belum tiba ketika Anwar dan rombongannya menyebabkan ahli Perkasa yang berada berhampiran tempat kejadian terlompat-lompat umpama beruk manakala kertas besar bertulisan provokasi dinaikkan kunun sebagai tanda protes terhadap rombongan Anwar yang mahu singgah menunaikan solat Jumaat.

Menurut jadual, Anwar dijangka singgah di Kampung Gelugor, Kerteh kira-kira jam 2.30 petang nanti.

Menurut saksi kejadian, ahli Perkasa yang berdemonstrasi itu bukan penduduk tempatan kerana mereka dipercayai tiba dari Kuala Terengganu.

Selain menjerit ketika azan berkumandang, ahli Perkasa biadap apabila dalam masa yang sama menghamburkan kata-kata kesat kira-kira 50 meter dari pintu masuk masjid sambil penduduk tempatan dilihat tidak menghiraukan gelagat bodoh ketika memasuki perkarangan masjid.

Dipercayai juga, satu lagi demonstrasi menunggu Anwar yang kini dalam perjalanan ke Kuala Terengganu bertempat di Dataran Syahbandar jam 4.45 petang ini.

JALAN PULANG

  

Dapatkan Tip Ini, Kempen anti saman ekor.




AES - Bertujuan menyelamatkan nyawa?

Ya ka? Bukan nak cari untung dengan koyak rabakkan poket rakyat ka?
Mai sini tengok, dalam Harian Metro... JPJ telah siarkan 14 lokasi kamera AES...
Salah satunya ialah dilokasi KM6.6 Jalan Kajang/Puchong (SKVE)
Sebelum ini hadlaju dinyatakan adalah 90kmsj tapi sekarang telah ditukar ke 80kmsj...
Nak kata apa lagi selain dari "syabas JPJ"

Atas kesedaran bahawa ada cubaan untuk mengaut keuntungan dari projek ni lah maka Kempen Anti Saman Ekor (KASE) telah melancarkan satu kempen JANGAN BAYAR KOMPAUN kerana AES adalah keliru dan celaru...

Berikut adalah soal jawab berkenaan kempen jangan bayar kompaun yang dilancarkan oleh KASE...

Ada orang tanya begini & kami juga rasa ramai yg tak faham akan tanya begini... 
"PAS, you advised us not to pay and would provide legal assisstance. What are the chances of winning the case? And if we lose and if the court orders us to pay ,plus other costs, we will end up paying more than the RM300. Its very honourable for PAS to set up such a counter and we thank PAS for that, but we need to know what we are up against, an air-tight rules or rules with loop-holes to exploit?"
Untuk makluman, kami syorkan supaya jangan bayar kompaun krn kompaun adalah tawaran. sebaliknya setiap yang terima saman AES hadir ke Mahkamah seperti yang telah dinyatakan dalam Saman & kami akan sediakan bantuan guaman percuma. Bantuan guaman terbahagi kepada dua.

Pertama jika hari pertama hadir ke Mahkamah, org yg disaman [OKS] hendak mengaku salah, dendanya tetap minimum RM300 tetapi kami boleh bantu dari segi membuat rayuan [mitigation] kpd Mahkamah supaya hukuman yang dikenakan adalah ringan & mungkin boleh lepaskan dengan bond jaminan berkelakuan baik. Jika Mahkamah tidak terima maka kemungkinan dendanya RM300 tetapi duit RM300 tersebut akan masuk ke akaun denda Mahkamah yang akan dimasukkan dalam akaun wang disatukan kerajaan. Jadi syarikat pengendali AES akan mengalami masalah untuk dapatkan komisyen RM16 mereka. Jika bayar kompaun kpd JPJ, senang JPJ nak berikan komisyen kpd syarikat pengendali.

Kedua : jika OKS tidak mengaku bersalah & minta dibicarakan, maka kami akan membantu untuk bicara di Mahkamah. Proses Mahkamah seperti biasa akan dijalankan di mana pihak JPJ perlu membuktikan segala tuduhan mereka. Adakah boleh menang? Tak siapa boleh janji menang tetapi peguam kami tahu apa yang mereka lakukan dan kami akan pastikan kita bersedia untuk lawan mereka mempertahankan hak OKS...

Bagaimana dengan bayaran denda & kos2 lain jika kalah kes.? Dalam kes kesalahan trafik, jika OKS diputuskan bersalah [kalah], OKS hanya perlu bayar denda sahaja & tiada kos2 lain.. kalau denda RM300, maka RM300itu sahaja yg perlu dibayar.

Adakah perlu hadir ke mahkamah setiap kali bicara? Menyusahkan... Jika bicara, insyaallah peguam akan mohon supaya kehadiran OKS dikecualikan... Insyaallah... Kita berusaha... kami berusaha.. tanpa kerjasama anda ... apa kami boleh buat... kami sedia membantu tetapi kalau anda sendiri merasa susah untuk bantu diri anda.. apa lagi yg kami boleh buat....

Sekian, harap maklum..

shalehudinblogspot
HOT NEWS