Ahad, 18 November 2012

Bolehkah Mendoakan Kemusnahan Sesama Islam? Apa Komen Dr MAZA?





Terkini!! Jawapan Boleh atau tidak berdoa untuk UMNO Mamposs..

Sehari dua ni UMNO mendapat modal besar, apabila isu doa bagi UMNO dan BN Hancur dimainkan di media dan menjadi percakapan semua pihak pencacai UMNO... 
Apa pun terima kasih buat TV3, kerana tolong siarkan doa tersebut,, sama-sama kita mengaminkan doa itu bila berkemumandang di TV,, moga-moga cepat UMNo mampos... 
Ramai yang menjadi jurucakap tak bertauliah isu doa ni,,, bila lagi nak dapat peluang bercakap keluar di kaca TV,,, cuma sekarang aku minta hang dengar dan lihat sendiri apa kata ulama yang ada kreadibilty untuk bersuara... 









Muktamar PAS terus perkukuh Pakatan Rakyat


KOTA BHARU: PAS terus beriltizam memperkukuhkan Pakatan Rakyat dengan mengambil kira parti itu tidak boleh bersendirian di Malaysia dalam suasana masyarakat majmuk, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Begitu juga kata Presiden PAS itu, Umno tidak boleh bersendirian memerintah negara dalam suasana masyarakat yang pelbagai.

“Kita memerintah dalam suasana masyarakat majmuk. Melalui Pakatan Rakyat kita berjaya menghasilkan resolusi dalam tiga konvensyen yang diadakan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada hari akhir muktamar di Putik hari ini.

Ucapannya mengambil masa lebih sejam itu mempertegaskan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat menyentuh perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan.

Menurutnya apa yang telah ada dalam perlembagaan iaitu Islam agama persekutuan, keadilan kepada agama lain, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan raja berperlembagaan sudah disepakati.

“Kita menerima kerana ini sudah ada dalam perlembagaan. Apa yang dihalal agama lain sebaliknya diharam agama Islam, kita tidak boleh ganggu. Amalan ini sudah dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.

“Kita halalkan perkara halal dan haramkan perkara haram. Sebaliknya sekarang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak diketepikan.

“Misalnya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang boleh menyatukan semua bangsa di Malaysia. Melalui bahasa dapat menyatukan antara satu sama lain, cuma kalau hendak tambah ilmu bolehlah menggunakan bahasa asing,” ujarnya.

Kata Ustaz Abdul Hadi semua orang tahu bahasa adalah jiwa bangsa.

Sebaliknya kata beliau Umno pinggirkan bahasa kebangsaan, di  mana pemimpin negara lebih berminat menggunakan bahasa asing.

Katanya, pemimpin negara lain bercakap di PBB menggunakan bahasa ibunda masing-masing, sebaliknya pemimpin negara kita lebih suka menggunakan bahasa Inggeris.



Berat 66!! Felda jual sawit ke Israel???


Bantah Israel dalam masa sama membuat hubungan dagangan dengan negara haram Israel.. 

KOTA BHARU: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman menunaikan janjinya untuk 
mendedahkan bukti penjualan kelapa sawit oleh Felda kepada syarikat yang dimiliki oleh negara haram Israel ketika negara itu sedang membunuh umat Islam Palestin di Gaza.

(Mazlan menunjukkan invois jualan kelapa sawit Felda kepada Israel)

Beliau mendedahkan dokumen berupa invois jualan itu semasa berucap di Muktamar Tahunan PAS yang ke 58 di Putik hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh pimpinan dan ahli parti bersama-sama menyertai penyerahan memorandum ke pejabat Felda di Kuala Lumpur, 23 November ini.

Beliau berkata, memorandum itu bagi membantah tindakan Felda menjual minyak sawit kepada syarikat Yahudi dan menuntut penjelasan Felda berhubung RM400 juta saham syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda.

Mensasarkan 5,000 rakyat ke penyerahan memorandum tersebut, Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berkata, Anak akan bergabung dnegan NGO-NGO lain berarak ke ibu pejabat Felda di Jalan Semarak di ibu negara.

"Saya menyeru pimpinan dan ahli bersama-sama Anak berarak dari masjid berdekatan pejabat Felda ke pejabat Felda di Jalan Semarak untuk menyerahkan memorandum kepada Felda.

"Anak akan gerakkan jentera dan bergabung dengan NGO untuk penuhkan masjid sekurang-kurangnya 5,000 orang untuk serah memorandum mendesak penjualan minyak sawit kepada syarkat Yahudi sejak 2010," katanya sewaktu perbahasan usul di Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 di Putik, hari ini.

Sementara itu, Mazlan juga mencabar pimpinan Umno menafikan perkara ini dalam Perhimpunan Agung parti itu akhir bulan ini.

"Tak perlulah Umno berkokok lagi dan kita cabar di perhimpunan agung untuk Umno jawab seperti yang dia nafikan sebelum ini.

"Saya ada bukti invois penjualan minyak sawit ini dan pasal saham Genting pun saya ada bukti," katanya.

harakahdaily



Saya rela mati selepas Islam menang - Presiden Pas













































KOTA BHARU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak berminat untuk menjadi perdana menteri dan "biarlah Islam menang dahulu sebelum beliau mati."

"Saya minta tuhan jadikan cita-cita saya menangkan Islam dahulu, lepas tu nak mati-matilah," ujarnya ketika dalam ucapan penangguhan
Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 di Putik, petang tadi.

Beliau memberi respons itu ekoran ada perwakilan mencadangkan Abdul Hadi diangkat menjadi Perdana Menteri sekiranya menang dalam pilihan raya nanti.

Ustaz Hadi bagaimanapun mengucapkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan Dewan Ulamak untuk melihat beliau menjaedi perdana menteri tetapi katanya, yang lebih penting Islam yang menang.

Sewaktu ucapan penangguhan hari ini, wakil Ulama dan Muslimat sekali lagi menegaskan hasrat itu.

Abdul Hadi sebelum ini, juga memberitahu beliau sanggup menjadi nelayan semula dan seboleh-bolehnya mahu menjadi khadam rakyat.

Ucapan Tuan Guru Abdul Hadi kali ini disifatkan yang terbaik pernah beliau berikan dengan pelbagai ragam ucapan dan gelak ketawa dan kadang-kadang serius.

"Bagi saya, Ustaz Hadi telah berjaya menjadi ayah kepada semua pemimpin, ahli dan pihak-pihak dalam PAS dalam ucapannya kali ini," kata seorang pemerhati muktamar ini.

Para petugas media juga membuat penilaian yang sama dan mereka menyifatkan ini adalah ucapan terbaik dari Presiden PAS yang berlangsung kira-kira satu jam itu.


Hanya satu parti Islam


Dalam pada itu, Abdul Hadi turut bangga apabila PAS satu-satunya parti Islam yang terus bertahan di Malaysia sehingga hari ini.

"Kita berjaya wujudkan satu sahaja parti Islam di negara ini. Di Indonesia, lebih dari satu parti Isam wujud. Kita bersyukur hanya PAS satu-satunya, tetapi kita ada banyak NgO Islam yang turut memberi pandangan kepada kita,"katanya.

Di akhir penangguhan itu, Abdul Hadi turut berpesan kepada para perwakilan agar membuat persiapan pilihan raya mengikut kemampuan dan kewangan yang ada tidak semestinya sama dengan musuh.

Tetapi katanya, dengan kesediaan dan keikhlasan yang ada, pasti akan datang pertolongan daripada Allah SWT.

"Kena ingat, BN jadi kuat dan menang pun sebab mereka pakai tongkat, dengan penipuan, politik wang, guna jentera kerajaan.

"Umpama kalau kita main bola, pemain BN 30, penjaga gol mereka 10 orang, lepas tu pula pengadil pun sepak bola masuk gol yang dijaga oleh seorang sahaja penjaga gol," katanya diringi sorakan dan tepukan para perwakilan.

Justeru, beliau mengajak semua perwakilan terus yakin dengan PAS kerana PAS merupakan bahtera yang paling kukuh dan kuat kerana dapat bertahan sehingga ke hari ini.

"Bahtera PAS terus bertahan walaupun menghadapi perjalanan yang jauh dan dilanda ribut. Tetapi jangan kita terjun! Kalau mabuk makan ubat kalau pening rehat sebentar. Jangan terjun sebab dibawah ada jerung!," katanya yang disambut Allahuakbar para perwakilan.


INFO!!! FORMULA MEMBACA UTUSAN MELAYU

Banyak kritikan terhadap Utusan Malaysia kerana akhbar itu memainkan isu-isu untuk memecah belahkan rakyat. Utusan merupakan akhbar untuk UMNO kerana akhbar itu kepunyaan UMNO. Utusan itu merupakan ‘kuda pelejang’ untuk UMNO dan apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO itu adalah kerja baik dari sudut pandangan Utusan. Utusan sudah hilang kredibiltinya yang tidak mungkin dapat dipulihkan lagi.

Tetapi kalau kita pandang dari sudut yang lain ada caranya untuk menganggap Utusan itu akhbar yang mampu untuk memberikan kita berita dan rencana yang baik untuk kita. TETAPI untuk melakukannya ia bersyarat.

Syaratnya hanya satu: iaitu kita mesti ada formula untuk melakukannya. Seperti matematik formula adalah penting untuk mendapat jawapan yang tepat. Formulanya ialah, kita mesti membacanya dengan terbalik. Membaca dengan terbalik adalah jalan terbaik untuk mendapat kebenaran dari Utusan.

Maksud saya jika Utusan mengatakan yang mereka akan dapat merampas Selangor, P Pinang, Kedah dan Kelantan maka yang benarnya ialah ia tidak mungkin tercapai. Jika Utusan kata Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang dan Kota Bharu  itu tidak berjaya ia bermakna himpunan itu telah berjaya.

Utusan pernah berkata yang BN akan mendapat 140 kerusi parlimen dalam pilihanraya nanti, ia bermakna 140 kerusi itu akan didapati oleh Pakatan Rakyat. Kita juga telah melihat Utusan sentiasa mengatakan yang negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat tidak berkemampuan tetapi yang sebenarnya negeri-negeri inilah yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan diakui oleh Ketua Audit Negara.

Utusan mengatakan yang PR tidak berkepimpinan maka yang sebenarnya BN lah yang tiada kepimpinan sehinggakan ahli-ahli UMNO sendiri tertanya-tanya siapa yang akan menjadi MB Selangor jika BN memenangi Selangor. Begitu juga di NS tidak ada siapa yang mampu untuk menggantikan Mohamad Hasan jika BN masih berkuasa dan mendapat mandat sedangkan Mohamad Hasan wajib diganti. Bagaimana Utusan boleh mengatakan UMNO itu sarat dengan kepimpinan. Utusan tidak sedar yang kepimpinan UMNO sudah mula susut sejak Mahathir mengambilalih kepimpinan negara.

Saya menulis isu ini kerana masih ramai yang terpedaya dengan dakyah Utusan yang tidak bertanggungjawab itu. Utusan sekarang sudah hilang matlamat dan tujuan asal penubuhannya. Matlamat Utusan ialah untuk memenjarakan pemikiran rakyat terutamanya orang Melayu. Utusan tidak mampu menyedari yang rakyat boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Utusan masih dengan sifat dan ‘attribute’ lamanya iaitu mengeliru dan menyesatkan pemikiran ramai untuk mengekalkan kuasa.

Saya juga menulis tentang isu ini kerana kita boleh agak apa yang akan dilakukan oleh Utusan dalam pilihanraya nanti. Saya juga pernah menulis tentang TV3 kerana TV3 juga mempunyai ‘attribute’ yang sama seperti Utusan. Itulah sebabnya saluran TV itu sudah mula turun ‘rating’nya dan ia tidak mustahil menghadapi pengalaman yang sama seperti yang dialami oleh Utusan.

Satu lagi formula apabila hendak membaca Utusan itu, dengan membaca ‘auzubillah’ 33 kali sebelum membuka dan membaca akhbar itu.. Jangan lupa apabila membacanya, mesti membacanya dengan terbalik. - 


ISU GAJI GURU PASTI SELESAI
Salmiyah Harun,18 Nov 2012


KOTA BHARU: Setelah dikritik di dalam Muktamar Dewan Muslimat Khamis lalu berhubung masalah gaji atau elaun guru-guru Pasti yang rendah, hari ini Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil inisiatif menubuhkan dana khas bagi membantu nasib mereka.

Ketuanya Nasruddin Hassan ketika ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS berkata, dengan adanya dana ini beliau percaya ia boleh mengatasi masalah gaji guru-guru Pasti.

Malah beliau juga mencadangkan agar mana-mana kerajaan dalam Pakatan Rakyat menyumbang satu dana khas melalui dana pendidik terus kepada Pasti.

Jelasnya, guru-guru Pasti pada asasnya diberi gaji antara RM400 hingga RM800 sebulan bagaimanapun ia tertakluk kepada pengurusan cawangan Pasti masing-masing.

"Gaji mereka ini bergantung kepada jumlah murid dan jumlah yuran yang dibayar oleh murid.

"Sebab itulah ada yang dapat gaji lebih dan ada yang dapat gaji kurang," katanya.

Tambahnya, Pemuda juga memberi kenaikan elaun sebanyak lima peratus malah juga memberi bonus hari raya dan permulaan masuk sekolah kepada guru-guru Pasti.

Khamis lalu, Dewan Muslimat di dalam penggulannya mendesak Dewan Pemuda agar mengambil serius berhubung masalah gaji guru-guru Pasti memandangkan 99.9 peratus yang terlibat di dalam Pasti adalah di kalangan muslimat.
harakahdaily


Inilah doa yg menggentarkan UMNO - 


"Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke putrajaya 3x
Ya Allah hukumkanlah UMNO BN 3x
Dalam pilihanraya ke-13 ini, kezaliman UMNO BN 50 tahun lebih kepada agama Mu, kepada hamba Mu kepada negeri kami. Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang hal kami.

Kami hambaMu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini. Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai kami. Kami hamba-hambaMu Ya Allah, datang dari jauh dan dekat berkumpul di malam yang berkat.

Ya Allah ampunila dosa kami. Dosa kedua ibu bapa kami 3x.
Janganlah Engkau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambaMu.

Sekiranya Engkau ampuni dosa kami, Engkau Tuhan pengampun lagi maha penyayang penuh kasih sayang.
Ya Allah, kuatlah iman kami. murahkan rezeki, amankan rumahtangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami.

Anak-anak kami adalah amanah dariMu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan di akhirat nanti. Berilah mereka berjaya untuk menolong Sunnah Muhammad SAW.

Ya Allah hukumkan UMNO.
Ya Allah hukumkan UMNO BN.
KO BN, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, dalam pilihanraya ke - 13 ini Ya Allah.
Mudah-mudahan perjalanan kami ke putrajaya Ya Allah dengan begitu mudah sekali, permudahkan dengan pertolongan Mu Ya Allah.

Kalau la Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Engkau telah izinkan bumiMu telah Qarun, Ya Allah, Engkau telah melaknatkan Namrud.. dan begitu juga Abu Lahab, maka sungguh mudah untuk Engkau bagi jahanamkan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke - 13.

Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah.. ragut, rogol, bakar, cincang manusia dan macam-macam jenayah, Ya Allah habislah negara kami ini dijual oleh UMNO.. Singapura dah habis Ya Allah, Batu putih.. putih Ya Allah.. Ya Allah Tanjung pagar.. rapat ke pagar Ya Allah ...

HANCUR UMNO.. TUMBANG BN!"

TAK DOK KEJE LAIN,Serang PKNS, Noh Omar menipu lagi

MENTERI Pertanian, Noh Omar sekali lagi memperlihatkan bagaimana beliau kekeringan isu dan berhati busuk bagi seorang yang bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor. 
Setelah beberapa isu yang telah beliau 'dedahkan' memakan diri sendiri, kini Noh mereka cipta satu lagi isu 'sensasi' yang kononnya diharapkan dapat menekan PKNS dan sekaligus menyerang Pakatan Rakyat. 
Noh mendakwa kononnya anak syarikat PKNS, Worldwide Holdings, merancang menjual kepentingannya bernilai RM150 juta kepada Bukan Bumiputra. 
Menggunakan senjata media tidak bermaruah seperti Utusan Malaysia dan Bernama, Noh serta UMNO menjaja isu ini ke seluruh negara kononnya Pakatan dan PKNS menjual hak Melayu. 
Isu-isu tanpa asas yang dikokok oleh Noh turut dipaparkan dalam portal berita alternatif yang tidak berusaha mendapat ulasan PKNS. 
Tidak cukup dengan itu, sebilangan pemimpin Pakatan Rakyat turut terpengaruh dengan hasutan fitnah Noh dan menyerang PKNS tanpa usul periksa. 
Worldwide adalah sebuah anak syarikat milik penuh PKNS dan tidak pernah timbul sebarang persoalan untuk menjual saham Worldwide kepada mana-mana pihak pun. 
Dengan bantuan juak-juak Umno di dalam PKNS, Noh ingin menggagalkan usaha PKNS untuk meningkatkan daya saing serta keuntungan organisasi yang akan digunakan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik. 
Fakta sebenar yang dikaburi oleh Noh ialah PKNS mendapat tawaran daripada syarikat luar negara untuk membeli bangunan milik Worldwide (Menara Worldwide) bernilai RM350 juta tetapi PKNS tidak berhasrat menjual bangunan tersebut. 
Sebaliknya, Worldwide akan memindahkan milikan bangunan tersebut kepada sebuah lagi anak syarikat milik penuh PKNS dengan nilai RM250 juta sahaja; RM150 juta dalam bentuk pinjaman dan RM100 juta dalam bentuk tunai. 
Ini bermaksud PKNS dan Worldwide melepaskan peluang untuk membuat keuntungan tambahan sebanyak RM100 juta dan bertindak menguruskan sendiri bangunan tersebut. 
Seperti urusniaga biasa untuk mendaftar sebuah anak syarikat, PKNS membeli sebuah syarikat 'shell/dormant' bernilai RM2 yang akan ditukar milikan saham serta barisan pengarah syarikat tersebut kepada PKNS. 
Hanya disebabkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Setiausaha Syarikat mengambil masa untuk menukar nama pengarah dan milikan saham syarikat 'dormant' tersebut, Noh berkokok riuh sekampung. 
Sedangkan urusniaga korporat ini menurut nasihat badan profesional PriceWaterhouseCoopers (PwC) menurut best practice urusniaga kotporat. 
PKNS kini turut menerima pelbagai pengiktirafan termasuk daripada Transparency International dan SPRM dalam perlaksanaan tender terbuka, tadbir urus dan integriti korporat. 
Keuntungan tertinggi yang dicatat oleh PKNS sebanyak RM420 juta pada 2011, telah membolehkan PKNS mengagihkan keuntungan menerusi bonus kepada warga kerja PKNS, 98% adalah di kalangan orang Melayu. 
Keuntungan ini juga membolehkan PKNS kini sedang membina 2,761 unit rumah mampu milik dan merancang membina tambahan 9,241 unit rumah mampu milik dalam masa 8 tahun ke hadapan. 
Oleh itu, tidak timbul langsung isu PKNS atau Worldwide menjual saham kepada sesiapapun, Melayu atau Bukan Melayu. 
Apa yang nyata ialah, kerja-kerja propaganda Noh dan Utusan tidak bersandarkan fakta tetapi merupakan ilusi dan fitnah untuk mencalarkan imej PKNS dan Pakatan Rakyat. 
Wajar untuk kita renungi firman Allah S.W.T. :
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa suatu informasi maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum karena suatu kebodohan, sehingga kalian menyesali perbuatan yang telah kalian lakukan"
(Al-Hujurat:6)

milosuam

ISU DOA MUNAJAT PAS DI KOTA BARU


Berdoa utk menghancurkan sebuah parti politik tidak bermaksud berdoa utk menghancurkan pengikut/penyokong parti tersebut......tapi berdoa supaya dihapuskan fahaman/ideologi parti yang mana dilihat oleh kumpulan yg mendoakan itu sbagai satu parti yg telah membawa kerosakan kepada agama dan negara ...ini perlu kita fahami…

K.O BN !!! K.O BN !!! BN K.O !!! K.O BN !!! BN K.O !!! K.O BN !!! BN K.O !!! ... Dlm Pilihanraya yg ke 13 ini ya ALLAH.. Mudah- mudahkan perjalanan kami ke Putrajaya ya Allah, dgn begitu sekali mudah dgn pertolongan MU ya ALLAH...


Kalaulah KAMU pernah tenggelamkan Firaun di dlm laut, KAMU telah izinkan kepada bumiMU telan Qarun ... Ya ALLAH, KAMU telah melaknatkan Namrud .. dan begitu juga Abu Lahab2.. maka sungguh mudah untuk KAMU bagi menjahanamkan Umno dan BN dlm Pilihanraya 13..

Tidak larat kami hendak melihat anak2 kami dgn suasana yg tidak selamat, di dlm rumah dan diluar rumah, dgn ragut rogol, bunuh, bakar, cincang manusia dan begitu juga dgn bermacam- macam jenayah...

Ya ALLAH ... habislah negara kami ini, dijual oleh Umno... Singapore dah habis.... ya ALLAH .... Batu Putih putih ya ALLAH mata, ya ALLAH ....Tanjung Pagar...rapat kepagar ya ALLAH ...

HANCUR UMNO TUMBANG BN !!!!...
itu antara doa yg dibacakan mlm tu doa untuk tumbangkan kezaliman BN…dinyatakan jelas kezaliman umno, maka tidak salah kita sebagai hamba yang ditindas dan dizalimi meminta pertolongan Allah… kita bukan memusuhi orang islam. Kita hanya minta doa pertolongan dari Allah agar kezaliman umno dapat ditumbangkan...

YANG PELIKNYA UMNO MEMFITNAH PAS, MENDOAKAN KEHANCURAN SESAMA ISLAM DALAM MASA SAMA UMNO LUPA MEREKA TELAH MENZALIMI RAKYAT, UMNO LUPA MEREKA MELANGAR PERJANJIAN ROYALTI MINYAK KELANTAN MENARIK PEMBAYARAN ROYALTI MINYAK DI TERENGGANU PADA TAHU 2000-2004. ZALIM BUKAN SEMESTINYA MEMBUNUH.
HOT NEWS