Isnin, 22 Oktober 2012

Kerajaan Negeri Kelantan Umun ganjaran Esok


Orang sudah berbuat budi, kita selaku kerajaan tentu saja akan juga berbudi kepadanya,” kata Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas.

Piala Malaysia
Penyokong Kelantan meraikan gol pasukan itu. - Foto Sinar Harian
KERAJAAN Kelantan akan mengumumkan ganjaran khas untuk pemain bola sepak negeri itu yang telah berjaya menjulang Piala Malaysia edisi 2012, esok.
Kelantan telah mengatasi Angkatan Tentera Malaysia, Sabtu lalu, sekali gus menjulang piala itu buat kali kedua dan memperoleh tiga kejuaraan musim ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat Exco esok.
“Insya-ALLAH, Exco yang berkaitan akan membuat pengumuman selepas mesyuarat Exco,” kata beliau dipetik Harakahdaily.
Beliau juga menyifatkan kemenangan itu juga sebagai hadiah untuk pentadbiran kerajaan Kelantan yang kini genap 22 tahun.
Pas menguasai kerajaan negeri Kelantan menerusi Pilihan Raya Umum 1990.
Katanya, sebelum ini kerajaan Kelantan telah memberikan tiket umrah kepada pemain, imbuhan kepada jurulatih ketika itu termasuk sebuah rumah kepada penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
“Orang sudah berbuat budi, kita selaku kerajaan tentu saja akan juga berbudi kepadanya,” kata Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas.
Katanya, Islam memang mengajar hambanya membalas budi serta menyenangkan hati mereka, termasuk orang yang memberikan senyuman.
Beliau turut mendapat gambaran bagaimana pasukan Kelantan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi juara pada malam itu demi untuk mengharumkan nama negeri.
“Dalam fikiran saya turut terfikir, sekiranya anak muda berusaha menjuarai perlawanan bola sepak setiap musim, begitu juga dengan royalti yang kini juga dituntut oleh anak muda.
“Saya juga berharap kesungguhan bola sepak yang dikuasai anak muda, akan memberi kejayaan juga pada tuntutan royalti oleh anak muda bersama R,” ujarnya.
“Walaupun saya ini dah berusia, tetapi kegembiraan kerana kemenangan itu tidak dapat saya gambarkan dengan perkataan,” ujarnya.
“Bila dah berusia ini memang tak boleh bermain dah, tetapi sewaktu saya muda dulu memang saya ini kaki bola, sewaktu saya duduk di pondok Jertih, saya bermain bola ditendang oleh kawan saya, menyebabkan lutut saya sampai sekarang masih bermasalah,” ujarnya.

Anwar: Khalid MB Selangor paling Berjaya


“Bagi saya, ukuran pertama yang penting (sebagai pemimpin) ialah integriti. Ada jawatan, dia tidak akan ambil tanah, balak, syarikat dan komisen daripada projek negeri. Orang boleh kritik dia (Abdul Khalid) kedekut, itu saya setuju, tetapi kekuatannya ialah integriti."

Anwar
Anwar memuji integriti Abdul Khalid sebagai MB Selangor.
SHAH ALAM – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor paling berjaya kerana kekuatan integriti beliau, sepanjang hampir lima tahun menerajui negeri itu.
Anwar berkata, tuduhan bahawa sesetengah individu yang terlibat dalam bidang politik mengundang kekayaan untuk kepentingan peribadi diakui berlaku di negara ini, namun kebanyakannya dikaitkan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN).
“Bagi saya, ukuran pertama yang penting (sebagai pemimpin) ialah integriti. Ada jawatan, dia tidak akan ambil tanah, balak, syarikat dan komisen daripada projek negeri. Orang boleh kritik dia (Abdul Khalid) kedekut, itu saya setuju, tetapi kekuatannya ialah integriti. Selangor mempunyai lebihan wang negeri RM2 bilion.
“Sebab itu integriti moral perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara apabila orang masuk politik untuk cari kekayaan. Bila pemimpin ada integriti, dia mampu mentadbir negara,” katanya pada majlis Makan Malam Keadilan Selangor 2012, kelmarin.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan pendekatan fitnah atau berunsur negatif dalam memenuhi misi menawan
Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak, sebaliknya mereka berhasrat menang berdasarkan fakta.
Beliau berkata, fakta itu boleh dilihat menerusi kejayaan empat negeri, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah yang diterajui PR, sekali gus membuktikan mereka mampu mentadbir negara.
Katanya, mengambil contoh Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang, kedua-dua negeri itu dikatakan menyediakan peruntukan kira-kira RM500 juta untuk pembinaan rumah kos rendah.
“Kita hendak menang (PRU13) bukan kerana kita hendak fitnah (BN). Tidak, kita hanya hendak menang berdasarkan fakta umpamanya kejayaan negeri yang ditadbir PR seperti Selangor dan
Pulau Pinang yang sediakan setengah bilion ringgit untuk pembinaan rumah kos rendah.
“Pembinaan rumah kos rendah ini sepatutnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat. Kerajaan negeri hanya beri tanah mempercepatkan proses kelulusan (pembinaan) saja, tetapi Pulau
Pinang dan Selangor catat sejarah pertama (sediakan peruntukan ini),” katanya.
Pada majlis itu, lebih 5,000 orang hadir sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Selangor.
Konvoi jelajah itu diadakan jam 10 pagi bermula di Dewan Undangan Negeri (Dun) Dengkil, Morib, Pelabuhan Klang, Sementa, Melawati, Ijok dan berakhir di Kota Anggerik.
Selain Abdul Khalid, turut hadir, Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim; Timbalan Presiden PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

RM19j Bangunan Sekolah Siap Tapi Tidak Guna,,



KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan terus membongkar isu-isu yang berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu sehingga pilihanraya umum ke-13 akan datang.


Pesuruhjayanya, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata ia termasuk dalam tiga isu utama selain isu royalti petroleum dan isu tanah.


Beliau berkata, antara isu rasuah dan penyelewengan itu adalah, senarai panjang berhubung dengan bangunan rosak dan runtuh yang sering berlaku dibawah pemerintahan Umno dan BN.

"yang ketiga kita nak fokuskan isu rasuah dan penyelewengan kerajaan negeri.....macam (seperti) kes-kes (bangunan) runtuh (yang mempunyai) senarai yang panjang,"ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Terengganu di Kuala Ibai, pada Khamis 18 Oktober.

Haji Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, salah satu isu tersebut adalah berhubung pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat yang telah siap dibina tetapi tidak boleh digunakan kerana tanah tapak sekolah tersebut mendap dan bangunan menjadi 'tergantung' serta tidak selamat.

Katanya, soalan beliau di Parlimen berhubung perkara itu telah dijawab oleh Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi yang mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulih bangunan SMKA Alor Limbat yang dibina dengan kos RM19 juta.

"soalan saya di Parlimen (berhubung) bangunan sekolah yang sudah siap, tetapi tak boleh digunakan. (Ada sekolah) siap tahun 2010 Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Limbat ambil tanah RM1.6 juta buat bangunan RM19 juta, tak boleh guna kerana (tanah) mendap,

"saya tanya dalam Parlimen kepada Timbalan Menteri (Pelajaran)......kalau nak baiki (bangunan sekolah itu) berapa (kosnya)? (Dia jawab) kita perlukan lebih kurang RM15 juta,"jelas Haji Wahid.

Beliau berkata, kes tersebut sama seperti kes Stadium Sultan Mizan yang runtuh bumbungnya, dimana pembinaan keseluruhan stadium tersebut adalah menelan kos sebanyak RM392 juta.

Namun, menurut beliau, apabila stadium tersebut runtuh bumbungnya, kerajaan Umno dan BN telah meminta peruntukan sebanyak RM120 juta untuk tujuan baik pulih.

Kerajaan Umno- Bn Gadai Tanah Melayu


Kalau bukan Umno adakah PKR, PAS dan DAP yang gadaikan tanah orang Melayu di negara ini?

Klik pada baner besarkan imej dan copy paste. Sila kongsi sebarkan baner ini dalam blog dan facebook anda serta tandakan pada rakan-rakan


Seram!!! Siksaan Kubur Itu Adalah benar


BUKTI SEKSAAN KUBUR Itu Adalah Benar! Lihat Peristiwa Ini.

Perhatikan imej gambar-gambar mayat ini. Kuburnya digali semula dan mayatnya dikeluarkan selepas tiga jam ia dikebumikan.
By IBRAHIM AWANG

TIGA keping gambar di atas adalah seorang pemuda berusia 18 tahun yang meninggal di salah satu rumah sakit di Oman .

Mayat pemuda tersebut digali kembali dari kuburnya setelah tiga jam di makamkan yang disaksikan oleh ayahnya.

Pemuda tersebut meninggal di hospital dan setelah dimandikan di makamkan secara Islam di hari itu juga.

Tetapi setelah dikuburkan, ayahnya merasa ragu atas diagnosa doktor dan menginginkan untuk diidentifikasi kebenaran sebab-sebab kematiannya.

Seluruh kerabat dan teman-temannya begitu terkejut ketika mereka melihat kondisi mayat tersebut. Mayat itu begitu berbeda dalam tempoh hanya tiga jam. 
Mayat berubah sama sekali dan kelihatan keabu-abuan seperti orang yang sudah tua (lanjut usia).

Dengan kelihatan jelas bekas siksaan dan pukulan yang amat keras dan dalam kedudukan tulang-tulang kaki dan tangan yang hancur, begitu juga hujung-hujungnya sehingga menekan ke badannya.

Mata mayat terbuka luas seperti memerlihatkan ketakutan, kesakitan dan rasa putus asa.

Kesan-kesan darah yang begitu jelas menandakan bahawa pemuda tersebut sedang mendapatkan siksaan yang amat berat.

Kesimpulannya kepada kita yang masih hidup, sesungguhnya peristiwa dan kisah benar ini adalah bukti kekuasaan Allah SWT.

Maka benarlah keterangan Allah SWT dan Rasul-Nya bahawa siksaan kubur itu adalah benar, seperti yang lazim dibaca sewaktu talqin.

Panas!!! Isu Hudud Versi Chua Soi Lek




Aku tak tahulah Chua Soi Lek ni dikategorikan sebagai kafir zimmi atau kafir harbi...
sebab tindakan dia lebih kepada kafir harbi..
dia bukan sahaja menghina hukum-hukum Islam,malah dia menentang dengan keras perlaksanaan hukum Islam dan bukan setakat itu sahaja..

Chua Soi Lek melalui MCA menjalankan "kempen anti hudud" dan dengan berbangga beliau mendakwa kempen mereka itu sangat berjaya dan kini berjaya menakut-nakutkan orang Cina terhadap hudud.



Semalam Pemuda MCA telah pun meluluskan resolusi yang membantah keras hukum hudud dan menyokong pentadbiran sekular kini yang memisahkan agama dari politik...
baca sini [Pemuda MCA luluskan resolusi bantah hukum Allah]

Apakah kita sebagai ummat Islam masih boleh memilih penggabungan politik yang terdapat MCA di dalamnya..?

Tidakkah sepatutnya sudah menjadi "wajib" bagi kita menolak MCA dan BN kerana mereka menentang hukum Allah malah menghinanya?

Mereka menakut-nakutkan orang Cina seolah-olah orang Cina nanti akan dihukum dengan hukum hudud,sedangkan Tuan Guru Nik Aziz sudah pun memberikan jaminan bahawa hukum hudud tidak akan dikenakan ke atas orang bukan Islam..

Kalau tidak percayakan kata-kata pemimpin PAS bahawa yang bukan Islam tidak terlibat dalam hukum hudud.. maka baca artikel ini yang memaparkan Fathul Bari Mat Jahaya (Ustaz UMNO) sendiri yang mengakui hukum hudud tidak dilaksanakan ke atas bukan Islam.
[hukum hudud tidak dikenakan kepada bukan Islam - ustaz UMNO]

Lianglahad

Kenyataan Noh Omar Disanggah!!




Unisel: Dakwaan Noh tidak relevan

shah Alam – Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad menyifatkan universiti tersebut kini adalah lebih baik di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) berbanding kerajaan Barisan Nasional(BN) sebelum itu.

Menurutnya, kenyataan bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang mengatakan kononnya universiti tersebut tidak menghadapi sebarang masalah semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) kerana mendapat sumber kewangan sendiri adalah sebagai tidak tepat.

Beliau berkata, dahulu kewangan Unisel dikawal sepenuhnya Kerajaan Negeri tetapi kini pihak Unisel boleh berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai perkara tersebut.

“Kalau nak dibuat perbandingan, Unisel pada hari ini adalah lebih baik berbanding dahulu kerana dahulu yang bermasalah.

“Macam sekarang soal kewangan saya sendiri boleh mengetahuinya dan boleh berbincang dengan Menteri Besar” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Unisel juga telah mencapai sasaran operasinya pada tahun ini dengan penambahan jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 13,500 termasuk 2,800 pelajar yang akan menamatkan pengajian tahun ini.

Katanya, beliau percaya Unisel dapat menjadi sumber kewangan kepada Kerajaan Negeri menjelang hujung tahun ini.

“Unisel dah capai sasaran apabila Kerajaan Negeri mengambil alih bon tersebut pada Januari lalu,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kewangan Unisel, Anuar berkata, semua pembelian peralatan ataupun tender dibuat mengikut prosedur.

Katanya, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai laporan lengkap kewangan tersebut kerana ia sedang dalam proses diaudit.

“Semua proses pembelian direkodkan dan kita telus mengenai hal ini dan akan dedahkannya apabila laporan tersebut selesai diaudit seperti mana yang dikatakan oleh Menteri Besar,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa sebarang pelantikan atau pun peletakkan jawatan adalah bukan di bawah bidang kuasa universiti tersebut sebaliknya ia terletak di bawah Kerajaan Negeri.

Anuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kontroversi pelantikan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Unisel.

Menurutnya, tahun ini Unisel juga menempa nama apabila berjaya melahirkan seorang pelajar terbaik bidang kejuruteraan yang mendapat pengiktirafan daripada Insititut Kejuruteraan Malaysia.

"Kini lebih ramai pensyarah berkelulusan doktor falsafah (PhD) mengajar di universiti ini," katanya.


Kelmarin, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Unisel bakal menjadi gajah putih akibat kerakusan Kerajaan Negeri mempolitikkan pendidikan dan menjadikan universiti itu sebagai alat politik mereka. -SH



Dap Buatkan Umno Panas Telinga


DAP Pertahan Tuan Guru Nik Aziz! Umno?

Parti Tindakan Demokratik (DAP) hari ini berkobar-kobar bangkit mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Saei Kie yang disokong Presiden MCA, Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.

Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan alat pembesar suara di hadapan Loke dan meminta ketua pemuda DAP itu tidak membawa hujah politik dalam dewan.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.

Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.


Di Parlimen juga, sebelum itu, Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) berkata, ucapan Chua di perhimpunan agung ke-59 MCA semalam terang-terang menghina Islam dan melukakan hati umat Islam.

Justeru, kata Dzulkefly, Perdana Menteri, Najib Altantuya yang hadir dalam perhimpunan itu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Chua manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons.

Beliau mempersoalkan sama ada Umno sudah terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Bagaimanapun, pemimpin Umno, Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil berkata, Chua hanya memberikan pandangan berhubung kunynnya ia dasar negara dan bukan menghina Islam.


HOT NEWS