Khamis, 8 November 2012

Meh kita semak,orang-orang melayu dah jadi murtad!!!

MELAYU TUKAR AGAMA!!! Ini bukti permohonan Murtad diluluskan oleh Nurul Izzah?



 
KISAH KARTINA KAMARUDDIN YG MURTAD : ISLAM Memang Terbela di bawah UMNO

Walau agak panjang tp berbaloi unt dibaca....
Kisah Bapa sebagai ketua Keluarga yg bertungkuslumus mempertahankan Aqidah anak dan maruah keluarga tapi kecewa dgn SISTEM yg ada dalam negara Islam Malaysia 

Betapa lemahnya sistem pendaftaran negara.. tiada langsung rasa ingin menyelamatkan akidah sesama muslim.
 

Hari hari Media Lidah Biawak UMNO-BN duk canang pasal murtad sana sini, tapi bila ada permohonan MURTAD, yg luluskan tu SIAPA? NURUL IZZAH ke? ANWAR IBRAHIM ke? NIK AZIZ ke? HADI AWANG ke? LIM KIT SIANG? atau KARPAL SINGH?

Bukak la mata besar2, buka hati luas2.. Jamil Khir dengan bangganya berkata 168 permohonan murtad DILULUSKAN. MENTERI AGAMA membiarkan MURTAD berleluasa..

Hukum mana Kerajaan MELAYU yg kononnya ISLAM ni ikut? - Orenji Ren Oren 
 

Haha ini siapa pula punya keroje?... Nurul lagi ke hahahaha. Nurul mana ada kuasa kan kan kan 

sapa ehhh yang cakap nii?pemimpin PAS ke ?pemimpin DAP ke?anwar ke?nurul izzah ke?hj hadi ke?nik aziz ke?

sat sat aku tengok...laaaa rupa2 bekas Ahli UMNUU laaa ..opsss tu pasai apa zaid hamidi kata hormati keputusan murtad...

Gempar!!!!!!! baca lah cerita yang menghayat hati seluruh umat islam..



Makam Nabi Dan Masjid Nabawi Akan Di Hancurkan Oleh Kerajaan Arab Saudi???

Pintu Makam Nabi
Makam Nabi Muhammad di Masjidil Nabawi, Madinah rencananya akan dihancurkan oleh pemerintah Kerajaan Arab Saudi, seperti dipetik daripada laman Fars News Agency, pada Isnin (29/10) lalu.

Pemerintah Kerajaan Arab Saudi merancang untuk menghancurkan tempat-tempat bersejarah Islam, termasuk Masjidil Nabawi menggunakan buldoser, termasuk di dalamnya adalah 3 masjid tertua di dunia.

Kerajaan Arab Saudi merancang untuk mengembangkan projek pembesaran bernilai berbillion ringgit. Projek penghancuran Masjid Nabawi dijangka akan dimulakan pada bulan depan selepas musim Haji berakhir.

Di lokasi bersejarah tersebut, kerajaan Arab Saudi akan membangun kompleks terbesar di dunia yang mampu menampung 1.6 juta orang pada satu-satu masa. Raja Arab Saudi Raja Abdullah yang enggan mengekalkan warisan arkeologi paling suci bagi dunia Islam tersebut sudah mendorong kemarahan umat Islam.

Pengembangan Masjidil Nabawi ini akan dimulakan dibahagian barat masjid. Di bahagian ini, terdapat makam dua Khalifah yang juga merupakan sahabat Nabi, iaitu Khalifah Umar dan Khalifah Abu Bakar.
Pada tahun 2007, Kementerian Urusan Islam Kerajaan Arab Saudi menerbitkan risalah mengenai rencana penghancuran Masjidil Nabawi yang disusun oleh Mufti Besar Arab Saudi, Abdulaziz al-Sheikh.

Risalah tersebut menyiarkan rancangan penghancuran kubah masjid dan meratakan makam Nabi Muhammad, Abu Bakar dan Umar berdasarkan fatwa Abdulaziz al-Sheikh.

Masjid Nabawi
“Diamnya kaum Muslimin atas penghancuran Makkah dan Madinah adalah bencana dan kemunafikan terbesar,” kata Irfan al-Alawi dari Yayasan Pemeliharaan Warisan Islam. Irfan al-Alawi sudah menghabiskan 10 tahun terakhir ini meneliti rancangan penghancuran Masjid Nabawi.


Sumber ~ Fars News Agenc
y

APA!!!!!!!, Johor Kian bergoncang?





















KHAIRUL Faizi Ahmad Kamil, 39, (gambar) adalah Setiausaha Dewan Pemuda PAS


Pusat. Dalam masa yang sama beliau adalah Yang Dipertua PAS kawasan Kluang, Johor.

Beliau adalah antara tokoh muda PAS yang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada politik. Kerja sepenuhnya masanya adalah ahli politik.

Menjadi rutin mingguan Khairul Faizi untuk pulang ke Johor, bersama rakan-rakan dalam PAS dan Pakatan Rakyat di Kluang.

Minggu lalu, ketika penulis turun ke Johor, beliau sibuk menguruskan majlis dialog pemimpin PAS Johor dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di sebuah hotel di Kluang, antara bandar utama di Johor selepas Johor Bahru.

Malamnya, mereka mengadakan ceramah di depan Pejabat PAS Kawasan Kluang. Ia disertai oleh pelbagai pihak termasuk penduduk bukan Islam di bandar Kluang.

Khairul Faizi hanya baru menjadi Yang Dipertua PAS Kluang sessi lalu. Namun beliau sudah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum iaitu tahun 2004 dan 2008. Kedua-duanya beliau kalah di DUN Mahkota dalam parlimen Kluang.

Dalam pilihan raya 2004, beliau hampir hilang wang deposit apabila hanya mendapat 4,107 undi sedangkan lawannya dari Umno mendapat 19,045 undi.

Namun dalam pilihan raya 2008, Khairul Faizi mendapat 9,809 undi iaitu peningkatan 100 peratus manakala lawannya mendapat 17,487 undi.

Dalam pilihan raya akan datang, Khairul Faizi akan bertanding lagi, mencuba untuk kali ketiganya. Walaupun namanya disebut-sebut untuk turut bertanding di peringkat Parlimen, namun beliau tidak berapa berminat.

Dun Mahkota adalah satu satu dari 28 kerusi DUN yang bakal ditandingi oleh PAS dalam pilihan raya umum akan datang di Johor.

Dari segi rankingnya, Mahkota diletak yang kelima selepas Sungai Abong, Maharani (dua DUN yang dimenangi PAS 2008), Puteri Wangsa dan Sungai Balang.

Turut bersama Mahkota adalah Nusajaya, Gambir dan beberapa DUN lagi yang disasarkan oleh PAS Johor untuk menang dalam pilihan raya ini.

Hampir kesemua DUN ini adalah kawasan pengundi campuran antara Melayu, Cina dan India. Daripada 41,000 pengundi DUN Mahkota misalnya, 21,000 darinya Melayu (51.2%), 19,000 (Cina - 46.3% ) dan 2,000 (India - 0.48%).

Minggu lalu, PAS Kluang melancarkan lima lagi cawangannya. Cawangan-cawangan itu adalah Kampung Baru, Taman Ilham, Kampung Abdul Rahman Yassin, Kampung Bentong dan Taman Sri Impian.

"Cara kami bergerak di Johor ini agak berbeza sedikit di mana kami utamakan usaha untuk membantu rakyat dan mendekati mereka. Bila mereka dah dekat baru kami cakap pasal Islam," kata Khairul Faizi kepada penulis.

Dalam pilihan raya umum 2008, pengundi di Johor khasnya pengundi Cina tidak terlibat dengan tsunami politik yang melanda Semenanjung Malaysia. Begitu juga pengundi Sabah dan Sarawak.

Ketika itu orang Johor fikir, negeri itu adalah kubu Umno. Mereka tidak boleh berbuat apa-apa dengannya. Rutin hidup harian mereka hanya tertumpu kepada mencari makan. Ramai antara mereka pula bekerja di Singapura dan tv yang mereka tonton adalah TV Singapura.

Namun selepas 2008 baru mereka sedar bahawa perubahan boleh berlaku jika mereka mahu. Hasilnya, dalam tinjauan penulis ke Kulai, Kota Tinggi dan Kluang, jelas kelihatan mereka mahukan perubahan.

Majlis-majlis yang dianjurkan oleh PAS, DAP serta PKR mendapat sambutan hangat. Majlis yang dianjurkan PKR di Skudai disertai lebih 5,000 orang, majlis PAS di Kota Tinggi penuh dewan manakala majlis DAP di Kulai penuh sesak dengan tetamu.

Kesemua mereka bercakap soal perubahan yang mereka terlepas dalam pilihan raya 2008 lalu.

"Sekarang kita mahu ke Kota Tinggi, kubu Umno di Johor. Kalau sambutannya bagus dan Cina juga menyertai majlis ini, ia adalah petanda jelas Johor sedang dilanda perubahan," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang bakal bertanding di Johor kali ini kepada penulis dalam perjalanan kami ke Kota Tinggi.

Terbukti, Dewan Chun Moi, Kota Tinggi penuh dengan manusia. Separuh darinya adalah Cina.

Dalam pilihan raya ini, PAS Johor mensasarkan 17 kerusi Dun untuk dimenangi dari 28 kerusi yang mereka akan tandingi, termasuk kerusi DUN Mahkota yang bakal ditandingi Khairul Faizi.

"Saya rasa DAP akan menang kesemua kerusi yang ditandinginya iaitu antara 13 - 14 kerusi," kata beliau kepada penulis.

Dengan pilihan raya umum yang hampir tiba, suasana semakin panas di Johor. Penganalisa politik Bridget Welsh berkata, 15 dari 26 kerusi Parlimen di Johor boleh dimenangi oleh Pakatan Rakyat kali ini.

Apakah ini benar dan bakal berlaku? Kita hanya boleh meramalkan berdasarkan tinjauan dan penemuan kita tetapi Allah yang lebih tahu apa sebenarnya yang akan berlaku.
HOT NEWS