Siapa

"Adnan Mansor dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20 Disember 1950 jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran kelahirnya bernombor 100502.
Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor.
Pada 20 Disember 1962, ketika beliau berusia genap 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor juga seperti yang tertera dalam surat kelahirannya.
Sekali lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada 3 Mac 1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan nama Adnan bin Mansor.
Tetapi, pada 3 Oktober 1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor.
Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba.
Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga Diraja Melaka.
Keluarga beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.
Keluarganya adalah keturunan ke-3 daripada golongan Kerabat Diraja Melaka.
Pada hari yang sama (3 Oktober 1972), Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama ‘Tengku Adnan bin Tengku Mansor’.
Lebih kurang 2 tahun kemudian, pada 2 April 1974, bapanya juga mendapat kad pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336.
Begitulah dengan mudahnya Adnan menukar identitinya dari orang biasa berpindah ke identiti baru-seorang berketurunan kesultanan Melaka yang hilang telah takhta akibat kezaliman terhadap rakyat.
Maka sejak itu Adnan digelar 'Tengku Celup'.
Bukan Tengku asal dan tulen.
Sesiapa sahaja di Malaysia ini boleh menukar identiti dengan mudah termasuk untuk mendapatkan kad pengenalan seperti yang diperolehi rakyat asing dengan satu syarat memberi undi kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
Semasa Kesultanan Melayu Melaka amat hebat di abad ke 15, negeri itu menjadi tumpuan seluruh dunia yang mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengannya.
Disebabkan Raja-rajanya yang memerintah secara zalim mengikut hawa nafsu, maka Allah SWT telah menghantar bala tentera dari luar (Portugal dan Inggeris) meruntuhkan kesultanan Melaka sehingga ke hari ini, Melaka tidak beraja.
Jadi, tidak hairanlah sesiapa sahaja yang mengikuti perjalanan hidup Adnan ini penuh dengan misteri.."