Isnin, 8 Oktober 2012

Tokoh Korprat Muda Sertai Pas dan kenapa??

                      AHMAD AMZAD MOHAMAD@HASHIM



Beliau ialah Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim, bekas Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu telah menyerah borang keahlian pas kepada Tuan Nik Aziz dalam majlis perasmian  Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno Ke- 5 (PGU 0.5).

Ahmad Amzad banyak mengambil alih syarikat yang bermasalah dan memulihkan Syarikat sehingga berjaya. Jadi sepanjang penglibatan beliau dalam bidang ini, dia banyak berurusan dengan pegawai-pegawai kerajaan dan parti-parti politik.

Pada masa zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebagai Perdana Menteri beliau  mengasaskan Pergerakan Profesional Muda, pada ketika itu beliau dapati, kerajaan negeri  Terengganu yang dipimpin oleh idris Jusoh, tidak ada idea-idea yang bernass untuk memajukan negara negeri.

Beliau menubuhkan Pergerakan Profesional Muda Kerana ramai lepasan universiti mahu menyumbang idea, kebetulan  ketika itu pencapaian terbaik dalan bidang pendidikan dan sebagainya.Sedangkan negeri kita setiap tahun mendapat pencapaian terbaik dalam bidang pendidikan dan sebagainya..


Sepanjang Ahmad Azad Mohamad@ Hashim mengetuai Pergerakan Profesional Muda itu, beliau melihat Umno berjaya dapat mengambil hati profesional muda, Pergerakan itu banyak menyumbang  idea yang bagus-bagus kepada pihak kerajaan tetapi peringkat perlaksanaan, idea yang bagus yang tak kena dengan kepentingan mereka, mereka ketepikan. Idea yang bagus yang sesuai dengan kepentingan mereka, mereka ambil....tetapi beri kepada mereka yang tidak tahu menahu untukmelaksanakan.

Selain dari memberi idea pada pihak kerajaan, Ahmad Amzad pernah berurusan dengan kerajaan PAS dizaman tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar dan pada massa itu Exco Keusahawanan adalah YB Haji Wahid Pesuruhjaya PAS Terengganu sekarang, Ahmad Amzad dapati pihak PAS lebih profesional, pihak PAS lebin terbuka, pihak PAS lebih memahami tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat negeri Terengganu. Saya tidak hairan walaupun berjuta ringgit dibelanjakan di negeri Terengganu, sekiranya diuruskan dengan cara yang tidak profesional, maka inilah keadaan sekarang yang erlaku kepada negeri kita.

Ahmad Amzad menyertai pas kerana yakin dan percaya akan dapat menyampaikan idea yang bernas bagi mewakili profesional muda secara terus kepada pimpinan PAS. beliau dapati, macamana mungkin dapat di sampaikan terus kepada pimpinan BN sekiranya sedangkan pimpinan BN di Terengganu bagaikan 'meminta sedekah'kepada pimpinan BN di Kuala Lumpur

TAHNIAH AHMAD AMZAD, SEMOGA PERJUANGAN  INI 

MENYAMBUNG PERJUANGAN-PERJUANGAN 

PEMIMPIN PAS YANG TERDAHULU. DENGAN 

PENYERTAAN INI KEKUATAN PAS BERTAMBAH.


tengok video ini








HOT NEWS