Ahad, 9 Disember 2012


Kikikiki! Media Arus Perdana Utusan, Hidangkan Berita Perbodohkan Rakyat!!!



macam ni. kita ambil contoh tayar. Tayar tu selamat dipegang dan dibelai malahan digomol. Tapi bila kau bakar tayar tu, cubalah kau sedut asap tayar yang dibakar tu. selamat atau tidak? orang cakap pasal pemprosesan, bukan raw material stupid.


Rakyat kalau bijak pandai Umno/Bn susah sebab itulah Umno/Bn nak rakyat terus bodoh...
"Orang ramai pegang nadir bumi bukti Lynas selamat" - utusan.

Pegang nadir bumi bukti Lynas selamat..Cakap bengong kan marah tapi kalau suka dibengongkan nak buat macam manakan.... Pegang nadir bumi dalam bentuk fizikal mcm tu mmg la selamat bongok. Yang jd tak selamatnya ialah ketika logam atau galian itu diproses, iaitu ketika ia berada dalam keadaan tak stabil. Apa jua logam atau galian adalah berbahaya ketika berada dalam keadaan tak stabil. Memandangkan nadir bumi ini beradioaktif tinggi, lagi la bahaya. Faham? Suruh belajo kimia, xnak. cuba pulak pegang sisa nadir bumi ni lepas diproses nak tengok jadi zombie ke tidak?...

Ibarat pegang bom la. Meletup x kalau setakat pegang ? Mana meletup sebab dia ada pin keselamatan. Sebab bom tu x berbahaya ketika stabil. Cuba tarik pin dia tgk. Masa tu cepat-cepat la taubat. Sebab bila tarik pin bom, ianya akan menjadikan bom itu tidak lagi stabil. Maka berkecailah...

P/S : Cuba la bagi berita yang buat rakyat malaysia ni jadi cerdik. Janganlah asyik dok perbodohkan orang jer.

Beli utusan korang rugi duit, kebodohan korang bertamabah, Kita membaca untuk tambah ilmu pengetahuan. jika ini kejahilan akan bertamabah

Megat Zulkarnain ketua Samseng umno Bawa Orang Luar Timbulkan Kekacauaan?

Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu.


Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memhon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan santun dan berbudi pekerti. Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng sampai hari ini.


Padahal kami sekian lama menanti kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampung ini,” kata Ketua kampung Gombak Utara, Said Zakaria pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Said berkata, lebih separuh samseng Umno yang mengganggu program dengan membuat bising, membaling batu, menyerang petugas dan penjaja malam, adalah orang luar yang dibawa Megat Zulkarnain.

Ia mencalar imej kampung, tidak menggambar sikap sebenar penduduk yang beradab dan menghormati tetamu. Kami yakin sebahagian besar penduduk kampung menerima cara Pakatan Rakyat mentadbir,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang perkembangan siasatan polis.

Yang kita lihat sekarang, penyerang pula yang mempersalahkan penganjur. Sedangkan kita sudah lapor kepada pihak berkuasa,” kata merujuk SMS ancaman sebelum kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, KEADILAN Gombak akan terus mengadakan program ceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat.

Terbaru pada 19 Disember, di tempat sama,” katanya sambil menuntut pihak berkuasa mengadakan kawalan bagi mengelak gangguan samseng Umno..


IPP: Pakatan perintah, TNB jimat RM3.5b setahun


PKR hari ini menawarkan kaedah penjimatan RM3.47 bilion setahun daripada bayaran yang dibuat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada syarikat pembekal kuasa bebas (IPP) sekiranya mereka memerintah selepas pilihan raya umum akan datang.

Ia akan dapat dicapai melalui pengurangan rizab margin kuasa elektrik dan rundingan semula kontrak sedia ada di antara IPP dan TNB, kata Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen.

Menurut Wong Chen, pulangan atas pelaburan (ROI) IPP sekarang secara puratanya adalah 19 peratus - satu kadar keuntungan yang terlalu tinggi berbanding penanda aras global yang meletakkannya pada kadar 10 peratus sahaja.

Mengambil kira sektor penjanaan kuasa yang melibatkan kontrak jangka panjang dan risiko operasi yang kecil, Wong percaya ROI tersebut boleh dirunding semula kepada 10 peratus sahaja dan membolehkan TNB menjimatkan RM2.6 bilion setahun.

"Pakatan Rakyat komited untuk merunding semula dengan IPP untuk menurunkan purata ROI daripada 19 peratus kepada 10 peratus," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar rizab margin kuasa sekarang pada 38 peratus dikurangkan kepada 20 peratus sahaja yang merupakan satu kadar optimum.

Langkah tersebut katanya akan membolehkan TNB menjimatkan RM870 setahun.

Penjimatan yang diunjurkan PKR itu juga akan melonjakkan keuntungan tahunan TNB kepada RM5.6 bilion daripada RM2.14 bilion setahun, tambahnya lagi.

Beliau turut menyatakan komitmen PKR untuk memastikan pentadbiran TNB bebas campurtangan politik dan perkongsian laba TNB dengan pekerja dan pengurusan TNB apabila sasaran kewangan dan operasinya dipenuhi.

"Kita akan pertimbang penjualan 10 peratus saham TNB yang dipegang Khazanah kepada semua 30,000 pekerja dan pengurusan TNB.

"Ini sebahagian daripada dasar ekonomi "management buy-out" untuk mewujudkan kelas menengah pengurus - pemilik dan mengurangkan penglibatan kerajaan dalam sektor swasta," katanya.

Gempak!!!! 68 Penduduk Kiulu Keluar BN Sertai KEADILAN!




Kubu kuat Barisan Nasional (BN) berjaya dipecahkan lagi di Sabah!

Bekas Sarjan Mejar, Eddie Maringking mendahului senarai bekas pemimpin BN menyerahkan 68 borang keahlian menyertai KEADILAN dari penduduk Kampung Togop, di DUN Kuilu, dalam parlimen Tuaran dalam satu majlis ceramah di kampung itu malam tadi.

Borang tersebut diserahkan kepada ahli majlis pimpinan KEADILAN negeri, Ansari Abdullah yang juga merupakan Ketua Cabang Tuaran dan disambut dengan laungan "Ini Kalilah Tukar" oleh ratusan hadirin yang membanjiri tapak ceramah di kampung itu.

Eddie dalam ucapannya mewakili kesemua bekas ahli BN menyifatkan gelombang kebangkitan rakyat di negeri ini sudah tidak dapat disekat lagi hingga satu majlis yang serupa bakal diadakan di beberapa kampung sekitar Tuaran dalam masa terdekat.

Malah, satu lagi majlis penyertaan beramai-ramai keluar BN dan menyertai KEADILAN akan diadakan hari ini kira-kira jam 4 petang bertempat di Kampung Guakon dalam DUN Tamparuli, juga dalam parlimen Tuaran.




Menurut Ansari, kebangkitan rakyat luar biasa negeri ini membuktikan Umno dan BN tidak lagi boleh dipercayai membela nasib rakyat setelah 49 tahun diberi peluang memerintah Sabah yang merdeka dari penjajah British pada 1963.

Kesan daripada keputusan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang keluar dari BN awal Julai lalu nampaknya kini memberi kesan teruk kepada BN hinggakan majlis ceramah yang diadakan parti reput itu sejak akhir-akhir ini langsung tidak mendapat sambutan walaupun menyalahgunakan harta kerajaan seperti menggunakan van Jabatan Penerangan untuk mengadakan hebahan kepada penduduk kampung.

Bekas timbalan presiden UPKO itu yang kini memimpin Angkatan Perubahan Sabah (APS) mesra Pakatan Rakyat dijangka akan dicalonkan bertanding sekali lagi di parlimen Tuaran tetapi akan turun sebagai calon KEADILAN dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam masa yang sama, Umno dan BN masih tercari-cari pemimpin yang sesuai yang boleh menandingi kredibiliti Bumburing yang semakin mendapat sokongan rakyat setelah keluar dari BN, petanda khidmatnya masih diperlukan rakyat di parlimen itu.

Tuaran merupakan salah satu daripada 10 kerusi parlimen yang disasarkan Pakatan Rakyat untuk menang kali ini selain Kota Kinabalu, Tenom, Pensiangan, Kota Belud, Beaufort, Kota Marudu, Kinabatangan, dan lain-lain.

Dengan perkembangan terbaru ini, ketua menteri, Musa Aman kini semakin tertekan dalam misi mempertahankan Sabah dari dirampas Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum yang mesti diadakan sebelum 28 April tahun depan.


Umno ibarat seperti kereta buruk, tak ada makenik akuinya lagi

KANTOI LAGI! Gambar Janji Ditepati 'DIUBAHSUAI'?

TERKINI!


Seakan tidak serik dengan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan kununnya sambutan rakyat terhadap program bersama perdana menteri tidak surut sambutannya, kali ini The Star pula menyiarkan sekeping gambar yang sudah 'diubah suai' terutama di bahagian belakang imej yang dipaparkan.

Sekiranya sebelum ini, agensi berita nasional Bernama dan Utusan Malaysia saling berlumba-lumba membodek Najib Altantuya hingga penipuan mereka menerusi gambar yang dimuatkan di laman web mereka cukup mudah terbongkar, kali ini akhbar yang dikuasai rejim MCA pula mengambil giliran dilondehkan tembelang mereka.

Peliknya, kedua-dua media rejim Zionis Umno ini tidak mahu mengaku gambar yang disiarkan sudah diedit hingga pembaca terpaksa meneliti sendiri gambar yang ditunjukkan bagi membuktikan penipuan tersebut sememangnya berlaku.

Gambar yang dirakamkan oleh seorang jurugambar, dipercayai akhbar berbahasa Inggeris yang bakal menghadapi tindakan saman oleh PAS itu diambil semasa karnival jelajah Janji Ditepati (baca: Janji Dicapati) yang diadakan di padang kawad, Universiti Sains Malaysia (USM), Minden, oleh perdana menteri, Najib Altantuya di Pulau Pinang, semalam.

Jika diperhatikan dengan lebih jelas sekiranya anda perhatikan bulatan yang dilakar di atas gambar tersebut, jelas kelihatan gambar tersebut telah diubah suai di bahagian belakang bagi menunjukkan betapa ramainya rakyat yang turun semasa pemimpin rejim Zionis Umno itu melaungkan slogan 'Janji Dicapatinya' yang menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia sejak diperkenalkan lebih lima bulan lalu.

Jelas kelihatan apabila diteliti, pada gambar yang dibulatkan di sebelah belakang sekali bahagian kiri dan kanan menunjukkan imej lelaki seakan dipinda dan kelihatan lebih besar daripada manusia yang berada di sekelilingnya.

Selain itu, bayang kelam di hampir satu pertiga bahagian gambar ini terutamanya di bahagian tengah menunjukkan tindakan 'tidak cermat' tukang edit gambar ini yang terpapar jelas di muka hadapan akhbar yang kini sudah mula ditolak oleh kaum Cina, India dan komuniti perniagaan warganegara asing yang kebiasaannya mendapatkan akhbar berkenaan terutamanya pada hujung minggu.

Kini ia tinggal sebagai satu persoalan tetapi yang paling utama ialah adakah akhbar rejim sudah berani mensabotaj setiap program yang dihadiri Najib Altantuya bagi menunjukkan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam keadaan terdesak memperolehi sokongan rakyat akibat tindakan zalim mereka sendiri?

Siapakah yang berani mengarahkan gambar tersebut dipinda bagi memalukan Najib Altantuya sekaligus ia satu petanda bahawa kepimpinannya sudah tidak boleh diterima BN yang mana Muhyiddin Yassin tidak sabar-sabar menggantikannya?

Saya serahkan penilaian kepada anda dan jangan lupa, sekiranya Najib Altantuya berani mengatakan kununnya satu undi untuk Pakatan Rakyat bermakna huru-hara, maka satu undi untuk BN pula bermaksud membawa Malaysia menuju malapetaka yang khusus dicipta untuk kita semua!
Klu tidak menipu bukan namanya UMNO!!
HOT NEWS