Khamis, 27 September 2012
Dr Siti Mariah Mahmud: Hudud antara tolak & tentang
Dr Siti Mariah Mahmud: Hudud antara tolak & tentang: Pendahuluan: Sumber memahami ajaran Islam Sesiapa sahaja yang ingin mengetahui Islam secara ikhlas, maka wajiblah mereka membaca dan mengk...
Hudud;;: Tiada Paksaan Bagi Individu Bukan Islam
Hudud : Tiada paksaan bagi individu bukan Islam
Editor | August 29, 2012

KUALA LUMPUR : Hukum hudud adalah hukum Islam, maka perlaksanaannya tidak boleh dipaksa kepada orang bukan Islam.
Demikian ulas Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Khadir berkenaan isu hukum hudud yang semakin ‘hangat’ diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata, perlaksanaan hukum hudud hanya akan diaplikasikan kepada orang Islam jika ia dibenarkan di negara ini dan tidak wajar dilaksanakan untuk orang bukan Islam.
“Hukum hudud adalah hukum yang dibina khas untuk orang Islam dan ia telah termaktub dalam Al-Quran. Ia wajib dilaksanakan sekiranya mampu, namun ia tidak melibatkan orang bukan Islam.

Sheikh Abdul Halim Abdul Khadir
“Orang bukan Islam tidak perlu mengkritik atau menolak perlaksanaan hukum hudud kerana mereka tidak akan dipaksa untuk menerimanya,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT).
Menurut Abdul Halim, orang Islam tidak boleh mengaitkan permasalahan adil atau tidak sekiranya ia tidak dilaksanakan kepada orang bukan Islam ekoran fahaman agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia adalah berbeza.
“Kita tidak boleh menyamakan perlaksanaan hukum hudud yang melibatkan orang Islam sahaja dengan undang-undang sedia ada yang melibatkan semua orang. Hukum hudud ialah hukum Islam.
“Kita sebagai orang Islam, wajib solat lima waktu, tapi orang bukan Islam tidak perlu. Kepercayaan kita berbeza, jadi kita tidak boleh memaksa hukum hudud kepada orang bukan Islam,” ujarnya.
Selain itu, Abdul Halim turut menyelar tindakan sesetengah individu yang menyatakan bahawa hukum hudud adalah satu hukuman yang kejam.
“Orang yang tidak faham dengan hukum hudud akan menganggapnya kejam walhal perlaksanaan hukum hudud tidak semudah yang disangkakan kerana ia perlu melalui satu proses yang panjang dan perlu ada prosedur-prosedur tertentu sebelum kita boleh membuktikan yang seseorang itu bersalah.
“Kalau dilihat, hukum hudud sebenarnya terlalu sikit kerana ia hanya melibatkan kes-kes tertentu, dan jika ada apa-apa yang syubhah, atau jenayah tersebut dilakukan dalam keadaan terpaksa ketika siasatan dibuat, mereka tidak boleh dikenakan hukum hudud,” tambahnya.
Ditanya tentang mengapa hukum hudud sukar dilaksanakan di Malaysia, Abdul Halim berkata, perlaksanaan hukum hudud hanya boleh dilakukan jika mendapat persetujuan badan undang-undang tertinggi negara.
“Kerajaan Negeri Kelantan pernah cuba melaksanakan hukum hudud, namun tidak berhasil kerana dalam konteks Malaysia, undang-undang Kerajaan Persekutuan mengatasi undang-undang negeri, justeru Kerajaan Negeri terpaksa akur jika Kerajaan Persekutuan tidak menyetujui perlaksanaannya.
“Hukum hudud adalah hukuman yang melibatkan orang ramai, jadi orang Islam berhak membuat pilihan sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak. Jika ia masih tidak dapat dilaksanakan, kita sebagai orang Islam wajib melaksanakan hukum Islam setakat yang termampu,” tegasnya – TMT-
Langgan:
Catatan (Atom)