Jumaat, 19 Oktober 2012

Perlembagaan Negara Tidak Akan Diubah....


DSAI: Kita Pertahankan Perlembagaan


“……. menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.” - Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu, 31 Ogos 1957

Pakatan Rakyat terbina di atas keringat rakyat yang dahagakan perubahan di negara ini. Bumi bertuah ini tidak kurang bakat dan khazanahnya. Malangnya jika gagal ditadbir urus dengan baik, semua potensi yang kita miliki akan hancur sia – sia akhirnya.
Usaha terdesak pimpinan UMNO dan Barisan Nasional memainkan isu agama dan perkauman; meniup api kebencian di kalangan rakyat; memomokkan rakyat dengan ancaman ketidakstabilan dan kacau – bilau adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Mewar – warkan penglibatan anasir asing dalam politik negara; cuba mewujudkan keresahan dengan melaga – lagakan di kalangan penganut agama dan cuba menyemarakkan api perkauman sesama rakyat adalah taktik politik yang lapok, jijik dan biadap. Lebih biadap tatkala pimpinan Umno dan Barisan Nasional yang ketandusan isu menuduh Pakatan Rakyat berniat mengubal perlembagaan dan memporak – perandakan negara.

Pakatan Rakyat telah menandatangani Dasar Bersama pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama – menegaskan bahawa ketiga – tiga parti; Keadilan-PAS-DAP menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan amalan demokrasi Raja Berperlembagaan. Ketegasan ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tuntas untuk mengembalikan Malaysia sebagai negara yang patuh pada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang – undang. Keharmonian sesama kaum, bekerjasama membentuk negara Malaysia yang lebih baik menjadi tema perjuangan Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi.

Tuduhan tak berasas bahawa negara kucar – kacir apabila Pakatan Rakyat memerintah kelak ternyata seperti anjing menyalak bukit, takkan runtuh – kebaikan yang dicela kebejatan, tentu tidak akan binasa kebaikannya. Laporan Audit Negara 2011 yang memuji kecekapan dan tadbir urus baik negeri – negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat membuktikan kemampuan dan kesediaan Pakatan Rakyat untuk benar – benar membawa perubahan dan menawarkan tadbir urus yang lebih baik dan bertanggungjawab untuk sama – sama kita membina Malaysia yang lebih baik.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk menolak pimpinan dan pemerintahan yang saban hari menyemai api kebencian, menanam ranjau pertelingkahan yang akhirnya akan menghancurkan negara. Sudah tiba masanya kita kembalikan halatuju negara ke arah membentuk masyarakat madani yang harmoni dan mengangkat ketamadunan bangsa kita menjadi bangsa yang berilmu, beradab dan bermaruah.

Reformasi!

Berita Hangat!!!!, Iman Masjid Dilucutkan Jawatan

Imam masjid dipecat gara-gara menegur aktiviti karaoke dalam kawasan surau


 SEORANG imam di Masjid Dato' Abdul Ghani, Kampung Sagil, Parit 2 Ledang, Tangkak Johor dipercayai telah dipecat gara-gara menegur satu aktiviti berkaraoke di dalam kawasan surau.


Tambah mengejutkan, surat pemecatan imam tersebut diserahkan ketika beliau hendak menaiki mimbar bagi menyampaikan khutbah solat Jumaat. Tongkatnya dikatakan dirampas oleh pegawai agama yang bertugas menyerahkan surat tersebut.

Sumber memberitahu bahawa imam tersebut, Ustaz Mohd Nazri Bin Musa telah menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Ketua Cawangan Umno Parit 1, Senin Kadong menegur penganjuran karaoke untuk program anak angkat UTHM di dalam kawasan Surau Parit 1.

Keesokan harinya, Ketua Cawangan Umno Parit 1 itu bagaimanapun berang lalu ke rumah imam tersebut memarahi dan menengkingnya. Ketua Cawangan itu mendakwa imam tersebut telah mengganggu tugasnya malah dia turut menghalau imam itu agar berambus keluar dari Sagil.

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut memberi amaran akan meminta Menteri Besar Johor dan Kadi untuk memecat Ustaz Nazri yang bertugas sebagai Imam 1 di Masjid Dato' Abdul Ghani.

Ustaz Nazri telah dipecat sebagai imam dengan alasan ia merupakan keputusan sebulat suara mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid. Namun apabila ditanya kepada ahli jawatankuasa masjid,mereka langsung tidak mengetahuitentang pemecatan tersebut.

Kes ini sudah difailkan di mahkamah untuk mencabar pemecatan tersebut dengan menamakan Pejabat Kadi Daerah Ledang, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai respondens.



ReJaM© "Baru pegang jawatan Ketua Cawangan Umno sudah berlagak macam samseng... "

Sumber: milosuam

HOT NEWS