Isnin, 29 Oktober 2012

Agama Islam Itu Tinggi, Tiada Agama Lain Setinggi Darinya


Hadi yakin cita-cita Islam dapat dilaksana tanpa gangguan
HADI AWANG
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas yakin dapat merealisasikan cita-cita Islam yang diperjuangkannya dengan sempurna "tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali."

Dalam pandangan terbaru dikeluarkan hari ini, Presiden Pas itu berkata, beliau ingin menegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam, sama sekali tidak untuk bukan Islam.

Sehubungan itu, katanya, Pas tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.

"Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka Pas yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali," kata beliau.

Ia dilihat sebagai pandangan secara bertulis, yang panjang lebar dikeluarkan oleh Abdul Hadi dalam bulan ini.
Kata Hadi, Pas berlainan dengan Umno dan sangat berbeza kerana pihaknya tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara.
"Sekiranya dikaji Surah Al-Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat didalamnya undang-undang jenayah, di antaranya hudud," kata beliau.
"Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam," kata beliau lagi.
Ahli Parlimen Marang ini menambah, Pas berijtihad memilih demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud kerana pendekatan demokrasi secara damai bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang.
"Maka proses pelaksanaan undang–undang termasuk hudud dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihan raya lalu.
"Undang-undang  jenayah Islam termasuk hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, dibentang dan dibuka kepada proses soal jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya," kata beliau lagi.
Mengulas lanjut isu itu, katanya, DAP pula bukan parti Kerajaan Pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA.
"Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan Umno yang terlalu tinggi.
"Maka Pas lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas," katanya.
Malah menurut beliau, hubungan Pas dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat.
"Maka isu pelaksanaan Islam oleh Pas dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukan kepada hukum tahaluf siyasi dalam feqah siyasah.
"Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong Pas dan rakyat seluruhnya," katanya lagi.
Beliau mengulangi bahawa Pas tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya.

"Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil," katanya lagi.


Ni baru betul kerajaan: 4 negeri Pakatan tangguh AES


4 negeri Pakatan tangguh AES

AES
Sistem AES
KUALA LUMPUR - Empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.

"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.

AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.

Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.
  Bernama

Nik Aziz: Saya Sebut Tutup Aurat Untuk Islam




Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan kenyataan lamanya yang ditafsirkan pemimpin kanan MCA sebagai membenarkan merogol orang bukan Islam.NONE"Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat 'padanlah' kalau kena rogol pun.

"Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam," beliau dipetik sebagai berkata olehHarakahdaily hari ini.

Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat. 

Kenyataan itu kemudiannya disokong oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Sementara itu, menteri besar Kelantan juga dilapor berkata, dakwaan yang dilempar MCA terhadapnya sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong terhadap Islam.

Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam.

"Apabila Umno tolak Islam, takkan pula MCA nak bantu Islam. Dengan automatik parti itu akan buat perkara-perkara yang melemahkan Islam.

"Jadi mereka tidak layak memimpin negara. Negara barat marah kepada Islam, Umno pun begitu juga. Jadi apa beza Umno dengan pandangan barat," ujarnya lagi.






Malaysiakini
HOT NEWS