Khamis, 1 November 2012

RM12 JUTA SELENGGARAKAN RUMAH PM & TPM.

NEGARA KAYA, RAKYAT MISKIN,
PEMIMPIN KAYA RAKYAT FAKIR,


Apa yang boleh admin katakan berpinau kepala admin melihat angka-angka yang diberikan oleh Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen.

Apakah yang diselenggarakan sehingga mencecah jutaan ringgit setiap tahun?

Mana tidaknya, kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri iaitu hanya 2 buah sahaja telah pun mencecah sejumlah RM12 juta selama tempoh 3 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjawab melalui jawapan bertulis bagi soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Dewan Rakyat.

Jawapannya, Jumlah kos selenggara rumah Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri bagi tempoh empat tahun iaitu daripada tahun 2008 sehinggalah 2011 adalah berjumlah RM12,094,707.06. Di mana :

Kos selenggara kediaman rasmi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) di Sri Perdana : RM6,977,401.80

        

Kos selenggara kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yaasin) di Sri Satria : RM5,117,305.26.

Perincian kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi tahun 2008 hingga 2011.

Kos penyelenggaran Kediaman Sri Perdana :

Kos Selenggara Sahaja RM12,094,707.06 (2008-2011)
      
        Tahun 2008 – RM1,896,616.80
        Tahun 2009 – RM1,686,616.80
        Tahun 2010 – RM1,520,514.00
        Tahun 2011 – RM1,873,654.20

Kos Penyelenggaran Kediaman Sri Satria :

Kos Selenggara Sahaja RM12,094,707.06 (2008-2011)

        Tahun 2008 – RM1,129,992.00
        Tahun 2009 – RM1,130,007.26
        Tahun 2010 – RM1,401,502.00
        Tahun 2011 – RM1,455,804.00

Tidak kami sangka "Istana" yang sedemikian indah menjadi mangsa perbuatan vandalisme sehingga kos penyelenggaraannya mencecah jutaan ringgit. Teruk sangatkah mutu kerja sehingga terpaksa berbelanja dan berhabis sedemikian rupa?

Panas!! cerita kedai kopi. Pegawai MB Terengganu direman SPRM



"Cerita dan berita di kopitiam di Kuala Terengganu Bandaraya Persisir Pantai dihangatkan dengan berita beberpa pegawai kerajaan Negeri Terengganu dan termasuk seorang pegawai yang berkhidmat pejabat menteri besar Dato' Seri Ahmad Said ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia cawangan Terengganu (SPRM).

Tambah berita tersebut seorang kontraktor juga ditahan reman oleh SPRM. Mengikut tokoh Veteran UMNO berkenaan berita tangkapan pegawai dan kontraktor telah dimaklun kepada Ahmad Said.

Rakyat ingin kepastian cerita sebenar dari Ahmad Said. Menjadi kebiasaannya satu satu kes rasuah yang melibatkan pejabat menteri besar negeri dikuasai oleh BN/UMNO kesnya ditutup dan SPRM berkata "Tiada bukti untuk didakwa". macam cerita atau drama melayu di tv3 dan RTM.Kita tunggu jawapan dan berita dari SPRM dan pejabat menteri besar Terengganu dan kenyataan dari MB Ahmad Said. Yang pasti Terengganu bermandikan rasuah dan kronimas serta salahtadbir yang parah termasuk GLC terengganu dan PMINT.
Namun apakan daya UMNO/BN hidupnya senonin dengan wang rasuah dan salahurus dan penyangat serta lanun modern yang bersifat syaitan yang dikenali.
Jika cerita dan berita tersebut betul atau sebaliknya, kami mengharap Ahmad Said dan SPRM Terengganu  membuat satu kenyataan rasmi. kita tidak mahu ada pihak yang dengki dan khianat kepada kerajaan Terengganu dan MB Ahmad Said sendiri. sekian ,tunggu dan lihat siapa kepanasan. Yang pasti Itik Ahmad Said Di ZOO Ahmad Said mati haus
-
-.tranungkite
HOT NEWS