Ahad, 11 November 2012

BUDAK SEKOLAH MALUKAN PM???

NAJIB DIMALUKAN PELAJAR SEKOLAH BERKAITAN  NAJIS MUGHALLAZAH DAN GAGAL BAGI CONTOH KEDUA NAJIS MUGHALLAZAH SETELAH DIMINTA OLEH PELAJAR SEKOLAH ITU, TURUT BERSAMA PERDANA MENTERI, TAN SERI MUHYIDIN YASSIN TIMBALAN SERTA BEBERAPA PEMIMPIN KANAN KERAJAAN..

MALUNYA RAKYAT MALAYSIA INI MEMPUNYAI SEORANG PERDANA MENTERI DARI KALANGAN BANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM YANG TIDAK TAHU BENDA YANG ASAS SEPERTI NAJIS,









BOHONG!!! "JANJI DITEPATI" INILAH JANJI BN YANG TIDAK DITEPATI OLEH KERAJAAN BN/UMNO,,,, KERAJAAN SELANGOR GUNA RIZAB NEGERI TERUSKAN PROJEK GAGAL BN!


Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa "Kerajaan Negeri akan meneruskan projek pembinaan jambatan ketiga bagi mengatasi masalah kesesakan bandar Klang sekiranya Kerajaan Pusat masih gagal berbuat demikian pada tahun depan.."

Jambatan ketiga ini sebenarnya adalah janji BN sebelum Pilihanraya ke 12 pada 2008 yang lalu..

Malah perasmian projek jambatan ketiga ini diadakan 4 hari sebelum Pilihanraya ke 12...

dan itulah tandanya projek jambatan ketiga tersebut hanyalah "janji BN" untuk memenangi hati pengundi di Klang.


Menurut Abdul Khalid, Kerajaan Negeri akan menggunakan rizab yang dimiliki Negeri Selangor untuk melaksanakan projek yang pernah dijanjikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Beliau berkata, sewaktu pemerintahan Umno-BN terdahulu, mereka berjanji kepada rakyat Klang untuk membina jambatan tersebut, malah telah melancarkan batu asas bagi membina jambatan tersebut.
bagaimanapun tegasnya, ia kini dilihat sebagai satu omongan kosong sahaja.

“Rakyat Selangor memberi sumbangan terbesar kepada Malaysia. Oleh itu, tahun depan kita akan adakan pelbagai program untuk rakyat di negeri ini.

Rakyat Selangor adalah penyumbang terbesar kepada ekonomi negara, kini sudah tiba untuk pulangkan hasilnya kepada rakyat.

“Tahun depan kalau tidak dibina jambatan ketiga di Klang, kita akan bina dengan menggunakan rizab negeri.

Dengan cara itu kita dapat melaksanakan pembangunan secara saksama di Negeri Selangor,” katanya semasa menghadiri Majlis Sambutan Deepavali di Jalan Tengku Kelana.

Najib kata pemimpin BN tidak pernah memungkiri janji dan janji mereka adalah janji ditepati..
jika mungkiri janji, munafik kata Najib,sambil meminta rakyat menolak pemimpin yang munafik..
maka sekarang ni kita perlu tolak BN yang gagal mematuhi janji yang mereka buat.

Kah..kah..kah..
tu lah Najib... kalau dapat bercakap selalu tak ingat dunia..

-lianglahad

55 TAHUN MEMERINTAH INILAH JASA-JASA UMNO PADA ORANG MELAYU DAN RAKYAT YANG BOLEH DIKENANG

UNTUK RENUNGAN DAN PENILAIAN ANDA
Setiap kali berjumpa rakyat Perdana Menteri dan pemimpin UMNO dan BN kerap meminta rakyat mengenang jasa Pemimpin dan parti yang yang telah banyak membuat jasa kepada negara dan rakyat. Betul ke mereka ada membuat jasa pada rakyat atau rakyat yang membuat jasa kepada mereka.

Selepas 12 kali PRU dan 55 tahun merdeka yang nampak kaya-raya, senang lenang pemimpin, keluarganya dan orang sekelilingnya sahaja. Rakyat terutamanya orang melayu masih lagi ramai yang miskin. Rakyat pun bukanlah mudah boleh terpengaruh dakyah pembangkang. Rakyat boleh nampak dan nilaikan sendiri apa yang pemimpin dan pemerintah buat.

Setiap kali nak pilihanraya minta jasabaik rakyat kekalkan mereka. Kalau ada banyak jasa pada rakyat apa perlu merayu lagi minta kekalkan. Masakan rakyat tidak ingat jasa pemimpin dan pemerintah. Masaalahnya rakyat tidak nampak apa jasa yang boleh dikenang oleh mereka untuk mengekalkan pemimpin yang ada. 

Jasa membangunkan negara, jasa bagi subsidi, jasa bagi BR1M dan bantuan-bantuan yang lain memang tanggungjawab pemimpin dan parti yang memerintah. Negara yang tiada parti UMNO dan BN pun maju dan beri bantuan pada rakyat juga. Siapa yang memerintah kena laksanakan tanggungjawab ini. Yang dibelanjakan duit rakyat bukan duit parti.

Bagi rakyat setelah 55 tahun merdeka dan selepas 12 kali PRU yang rakyat nampak inilah jasa-jasa pemimpin UMNO dan BN yang boleh dikenang sepanjang menjadi pemerintah.
 
Baca disini
pulau batu putih4 Isu Pulau Batu Putih Milik Singapore. Semak Punca Kekalahan Di sini!!

Tanjungpagar (1)

 Baca disini
nfc malaysia lembu NFC Malaysia : Keluarga Shahrizat Jalil Belanja RM593,500 Kad Kredit Guna Duit Lembu NFC?
ipp11 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
 Baca disini
 
#TumbangBN
MANGSA AES

JOHOR - Seorang mekanik berusia 57 tahun telah menerima 1 saman trafik dan 3 saman daripada kamera AES dalam masa 2 bulan. Bagaimanapun ia menafikan saman itu adalah miliknya kerana gambar yang ditunjukkan oleh kamera AES itu adalah kereta yang berbeza tetapi menggunakan nombor pendaftaran yang sama.

Mangsa yang memandu kereta Perodua Alza silver bernombor pendaftaran JNJ 4186 menerima saman pertama daripada JPJ menunjukkan pada 28 September jam 4.22 ptg beliau memandu laju di Batu Pahat, sedangkan pada masa itu beliau sebenarnya masih bekerja.

"Selepas insiden itu, saya pergi ke balai polis untuk melaporkan perkara ini. Seminggu kemudian saya dimaklumkan oleh pihak berkuasa saman ini akan dibatalkan" katanya.

Mangsa kemudiannya menerima saman kedua bertarikh 2 Oktober jam 5.33 ptg kerana memandu laju di kilometer 376.9 lebuhraya Utara-Selatan. Pada tarikh dan masa itu juga beliau sedang bekerja dan mempunyai dokumen yang membuktikan dia sedang bekerja.

Mangsa yang tidak berpuas hati telah merujuk ke ibu pejabat JPJ Johor dan diarahkan untuk membuat pemeriksaan kenderaan miliknya supaya dapat disahkan. Akhirnya keputusan yang diperolehi menunjukkan kereta miliknya adalah sah dan tulen tanpa ada sebarang perubahan.

Pemeriksaan membuktikan badan dan enjin kereta milik mangsa adalah tulen.

Pihak berkuasa JPJ kemudiannya memberikan kepada mangsa alamat Syarikat Pengurusan AES supaya saya dapat menulis surat untuk memaklumkan insiden yang sebenar. Bagaimanapun tidak lama kemudian mangsa menerima lagi saman AES untuk kali ketiga dan keempat.

Lebih menarik lagi, saman AES ketiga dan keempat yang diterima mangsa bertarikh 20 Oktober itu menunjukkan mangsa memandu laju pada jam 1.52 petang di kilometer 375.9 lebuhraya Utara-Selatan dan pada jam 4.03 petang di kilometer 204.6 lebuhraya Utara-Selatan. Gambar yang ditunjukkan dalam saman AES itu adalah model kereta yang samatetapi warna yang berbeza iaitu warna hitam.

Mangsa yang menerima 4 saman kerana memandu laju ini disaman sebanyak RM300 setiap kesalahan. 2 lagi saman yang diterimanya memerlukan mangsa untuk hadir ke Mahkamah Majistret Taiping pada 7 Januari dan Mahkamah Slim River pada 8 Januari.

Walaupun telah membuat laporan polis sebanyak 4 kali dan banyak kali merujuk JPJ serta polis trafik namun masalah saman yang diterimanya masih tidak dapat diselesaikan walaupun mangsa mempunyai dokumen lengkap yang kukuh menyebabkan mangsa merasa sangat kecewa.

P/S : Kan sama jer dengan kes saman ekor yg dulu...asyik pikirkan keuntungan jer.....
Najib belanja sakan
orang terkaya Senarai Orang Terkaya Malaysia 2012 VS Rakyat Malaysia?

Baca disini  disini
orang terkaya malaysia Senarai Orang Terkaya Malaysia 2012 VS Rakyat Malaysia?
 


PRU ke-13 ini adalah medan paling getir bagi UMNO dan BN, kerana selama 50 tahun, belum pernah hegemoni kuasa mereka tercalar sebegitu teruk dalam PRU ke-12 yang lepas.
 monyet lepak

Umno-BN ‘Memerah’ Minyak Terengganu, Menafikan Kemajuan dan Keselamatan,, Nasib lah rakyat Terengganu memilih UMNO sebagai peneraju kerajaan..


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/medan%20minyak%20TerengganuA.jpg
KUALA TERENGGANU 
- Medan minyak terbesar Negara terletak di luar pantai Semenanjung Malaysia yang meliputi lebih daripada 12,000 meter di kawasan yang dikenali sebagai ‘Malay Basin’ (Lembangan Melayu) dan kawasan seluas 5,000 kilometer di Selatan yang dikenali sebagai ‘Penyu Basin’ (Lembangan Penyu).

Menurut catatan pada laman US Energy Informatin Administration, jumlah pengeluaran minyak pada tahun 2011 adalah kira-kira 630,000 tong sehari (bbl / d), di mana kira-kira 83 peratus pengeluaran adalah minyak mentah. 

Sebanyak 25  buah telaga minyak yang ada di Lembangan Melayu dan Lembangan Penyu, 17 buah daripadaya terletak di luar psesisir pantai negeri Terengganu.

[Gambar kanan atas - kedudukan medan minyak Lembangan Melayu dan kedudukan perigi minyak di luar pesisir pantai Terengganu ]

Lebih separuh daripada jumlah pengeluaran minyak Malaysia kini datang dari ‘Medan Minyak Tapis’ dalam lembangan Melayu luar pesisir negeri Terengganu.

Minyak yang dikeluarkan dari Medan Tapis adalah minyak yang terbaik yang dijadikan kayu ukur kualiti minyak Malaysia, dengan graviti API sebanyak 44 ° dan kandungan sulfur 0.08 peratus mengikut berat, diiktiraf di seluruh dunia.

Itulah kepentingan ‘tanah bertuah’ negeri Terengganu Darul Iman yang dikurniakan Allah hasil ‘emas hitam’ menjana perkembangan ekonomi dan pembangunan negara sejak ia ditemui pada tahun 1978.

Dilaporkan 75% dari hasil keluaran minyak negara yang dikorek dari luar pesisir pantai Terengganu telah digunakan bagi membiayai kerajaan persekutuan sekian lama, sejak itu.

Perbelanjaan ‘bilionan’ ringgit termasuk membina pusat pentadbiran kerajaan pusat Putrajaya, yang dilakukan oleh parti pemerintah Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN), adalah menggunakan hasil minyak negara.
http://www.buletinonline.net/v6/images/stories/berita42/mekoa100-491x300.jpgNamun begitu, menurut bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas, negeri Terengganu hanya mendapat hasil royalti Petroleum sebanyak 5% berjumlah RM7, 129, 413, 373.00 sejak tahun 1978 sehingga bayaran tunai wajib itu dihentikan oleh kerajaan pusat pada tahun 2000.

[Gambar kiri - jenis kapal peronda TLDM dan gambar kanan bawah, 'patrol vessel' generasi baru TLDM]
Berbanding dalam tempoh tersebut kerajaan pusat ‘memerah hasil minyak’ sebanyak  RM135, 228, 873, 627.00 melalui entiti perniagaan yang dimiliki kerajaan pusat, Petronas.

Disebalik kekayaan hasil dari negeri Terengganu itu, pembangunan hanya ditumpukan di pantai Barat  dan kemajuan Terengganu jauh ketinggalan. 

Selain itu faktor keselamatan turut di abaikan apabila Umno-BN yang kembali memerintah negeri Terengganu pada tahun 2004, menafikan perancangan mahu membangunkan Kuala Terengganu sebuah pusat industri maritim khususnya bagi tujuan pertahanan negara.

Menurut bekas Ahli Majlis Industri Pertahanan Negara, Haji Amzad Hashim, kerajaan terlalu memberi penumpuan kepada industri maritim di pantai barat, sedang hasil mashul negara terletak di Laut Cina Selatan, khususnya hampir kepada negeri Terengganu.

“Sekiranya berlaku apa-apa (ancaman kepada keselamatan) bagaimana kapal-kapal perang kita mahu di baik pulih, yang rosak dan sebagainya,

“sekiranya apa yang berlaku (realitinya) , (kapal-kapal) terpaksa ditunda ke Johor  melalui perairan Singapura, ia satu kerugian dan bahaya dan risiko besar kepada negara dan (negeri) Terengganu,”jelasnya.

Katanya, beliau cuba menyampaikan situasi tersebut kepada kerajaan melalui Majlis Industri Pertahanan Negara.

Beliau berkata kerajaan sedang dalam usaha menggantikan 27 buah kapal peronda lama dengan kapal generasi baru ‘patrol-vessel’ dengan fasa permulaa sebanyak 6 buah dengan perbelanjaan sebanyak RM7 bilion.
http://www.buletinonline.net/v6/images/stories/berita54/mr%207.jpgSebaliknya dari membelanjakan semua jumlah RM7 bilion itu di pantai Barat, kata beliau, apa salahnya kerajaan pusat membelanjakan sebanyak  RM2 bilion untuk merangsang industri maritim di pantai timur, khususnya di Terengganu yang mempunyai kepentingan strategik pertahanan negara.

“Fasa pertama telah diberi kepada Lumut Naval Dock Yard, kita cuba ‘fight’ ketika itu, jangan semua sekali bagi kepada Lumut (pantai barat), 

“sekurang-kurangnya...... apa salahnya bagi RM2 bilion untuk di buat (kapal) di Pantai Timur (Terengganu) sebab kita (Terengganu) mempunyai kepntingan stategik (pertahanan negara),”tegasnya.

Haji Amzad yang juga bekas CEO Mara Shipyard an Engineering Terengganu (MSET)  mempersoalkan mengapa kerajaan tidak membelanjakan satu pertiga daripada keseluruhan projek penggantian kapal peronda sebanyak RM27 bilion itu diPantai Timur, khususnya di Terengganu.

“apa salahnya kerajaan membelanjakan satu pertiga dari jumlah RM27 bilion dibelanjakan di Pantai Timur yang mana tujuan sebenarnya untuk mempertahankan kepentingan keselamatan Negara (termasuk kepentingan industry Petroleum) yang terletak di laut sebelah sini?,

“sekarang ini, kerajaan seperti menghadkan kepentingan  pembinaan (maritime) di muara Sungai Terengganu setakat membina kapal-kapal kecil,”ujarya.

Oleh kerana itu, menurutnya, negeri Terengganu dan perairan Terengganu serta Laut Cina Selatan terdedah kepada ancaman kerana tidak cukup kapal yang berkawal dan tidak cukup pusat sokongan kepada kapal-kapal yang ditempatkan di Markas Panglima Tanjung Gelang, Kuantan.

“saya berpendapat, kerajaan pusat gagal melihat diletakkan kapal yang secukupnya bagi mengawal kepentingan perairan Negara dimana disitulah letaknya rezab simpanan minyak dan gas kita untuk jangka masa akan datang,”katanya membuat kesimpulan, menutup bual bicara bersama beliau
buletinonline



BERITA YANG TAK KAN KELUAR DALAM MEDIA-MEDIA PENCACAI UMNO/BN....

Pelaburan di 
Selangor RM6.9 bilion, tertinggi di Malaysia

SHAH ALAM: Perkembangan ekonomi Selangor dijangka terus berkembang pesat setelah negeri itu berjaya menarik jumlah pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan dengan nilai RM6.9 bilion berbanding negeri-negeri lain.

Angka yang diperolehi dari statistik terbaru, sehingga Ogos 2012 itu diperolehi dari MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) semalam.

Statistik pelaburan itu juga menunjukkan Selangor berjaya mencatat jumlah pelaburan dalam negeri tertinggi yang bernilai RM5.23 bilion dan pelaburan asing bernilai RM1.66 bilion dengan jumlah projek perindustrian tertinggi, 170 projek.

Jumlah tersebut berjaya dicapai disebabkan kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini berjaya mewujudkan suasana yang kondusif untuk perniagaan sekaligus menarik minat pelabur-pelabur baru untuk melabur.

Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam upacara perasmian ‘Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012′ yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini.

“Kita terus konsisten mengekalkan kedudukan tiga negeri teratas yang berjaya menarik pelaburan tertinggi di Malaysia disebabkan kemampuan kita mewujudkan persekitaran kondusif dan sihat untuk aktiviti perniagaan dan pelaburan.

“Mungkin kalau anda melabur RM1 di Selangor, ia mempunyai nilai lebih tinggi berbanding melabur RM1 berbanding negeri lain,” kata Abdul Khalid.

Menurut Abdul Khalid, langkah mengadakan ekspo juga merupakan langkah yang berkesan bagi menjana aktiviti perniagaan seperti aktiviti pemasaran produk dan memperolehi pelabur baru.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam majlis sama turut menggesa masyarakat negeri Selangor mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan mereka.

Dalam program Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012 yang berlangsung dari 9 hingga 11 November di SACC, sebanyak 132 syarikat yang memasarkan produk penjagaan kesihatan dan kecantikkan mengambil bahagian.

Selain itu, dianggarkan lebih 300 produk penjagaan kesihatan dan kecantikan dari dalam dan luar negeri turut dipamerkan di sepanjang ekspo sama.

Ekspo tersebut dianjurkan oleh Multi Mutual Resources dan mendapat sokongan Selangor State Investment Centre (SSIC) dan Selangor Times.


harakahdaily


Nong Chik ramal PRU13 bakal diadakan selepas Tahun Baru Cina.


Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membayangkan pilihan raya umum (PRU) ke-13 bakal diadakan selepas Tahun Baru Cina tahun depan memandangkan ketika itu ke semua perayaan yang disambut rakyat akan berakhir dalam ucapannya di Lembah Pantai.

“Kita sudah menyambut raya haji, selepas ini kita akan sambut Deepavali dan Krismas. Kemudiaan tahun depan masyarakat Cina akan sambut tahun baru.

“Tapi kita jangan lupa perayaan paling besar untuk rakyat, iaitu memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dalam perayaan paling penting iaitu selepas tahun baru Cina,” kata Menteri Wilayah Persekutuan tersebut.

Nong Chik (gambar) mendakwa waktu tersebut adalah paling terbaik buat kerajaan memandangkan ketika itu rakyat Malaysia yang berbilang kaum berada dalam harmoni dan perpaduan kuat ketika itu.

“Setiap berakhir perayaan, perpaduan berbilang kaum di dalam negara ketika itu sangat kuat memandangkan seluruh rakyat Malaysia menyambut perayaan tersebut.

“Apabila hubungan yang erat ketika itu saya harapkan ia akan dibawa hingga ke pilihan raya,” tambah Nong Chik.

Walaubagaimanapun, Nong Chik berkata itu hanya satu ramalan tetapi keputusan penuh dan muktamad masih lagi ditangan perdana menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Saya hanya meramal, tetapi waktu itu adalah sesuai. Namun, jentera harus bersiap-sedia dan mula mengerakkan kerja kempen di setiap tempat,” kata Nong Chik.

Dalam pada itu, Nong Chik merupakan antara calon yang disebut-sebut akan diletak untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13.

Malahan ketua Umno Lembah Pantai itu juga telah memaklumkan hasratnya kepada PM dan sedia untuk mengembalikan semula kerusi yang telah dirampas daripada Umno pada 2008 lalu.

“Saya telah banyak kali memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, sekiranya saya dicalonkan dalam pilihan raya ke-13 kelak, saya mahu bertanding di Lembah Pantai walaupun ia dikatakan sukar untuk dimenangi, berbanding Putrajaya dan Labuan,” katanya.


The Malaysian Insider

2 Exco terima anugerah

KOTA BHARU: Dua anggota Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Dr Muhammad Fadzli Hassan hari ini menerima anugerah yang membawa geralan Dato’ Paduka sempena ulangtahun hari keputeraan Sultan Muhammad V.

Mereka menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia.

Turut menerima darjah sama Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad yang juga bekas anggota Exco.

Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Seri Dr Ali Hamsa mengetuai senarai 239 penerima Anugerah Gelaran Kebesaran, Darjah-Darjah Kebesaran dan Pelantikan Jaksa Pendamai pada istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan di Istana Balai Besar hari ini.

Sebelum itu berlangsung Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di  Padang Merdeka bermula jam 8.15 pagi.

Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V kali ke-43 tahun ini dengan cogan kata “Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat” manakala temanya “Islam Dimartabat, Raja Didaulat, Negeri Berkat”.

Semalam Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Zainuddin Ibrahim berkata istiadat pengurniaan darjah kebesaran tahun ini membabitkan penerima seramai 636 orang.

Seramai 397 penerima lagi iaitu bagi Bintang-Bintang, Pingat-Pingat dan Surat-Surat Kepujian pula akan berlangsung pada satu tarikh ditetapkan kemudian.

Sementara itu Dr Muhammad Fadzli merakamkan ucapan syukur dan terharu di atas penganugerahan daripada Sultan Kelantan dan berharap semoga ia memberi kebaikan di dunia dan akhirat.

Kes Tanah Rakyat lagi!!!Kerajaan Patut Beri Hak Bukan Ambil Tanah Kami!!!


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/Pak%20Manaf1a.jpgSETIU 
- Penduduk kampung Bukit Putera dalam kawasan DUN Langkap di sini memberi amaran kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) khususnya kepada pihak Pejabat Tanah dan Daerah Setiu supaya jangan merampas tanah yang telah diterokai sejak hampir 40 tahun yang lalu.
Seramai 50 orang peserta tanah seluas tidak kurang 300 ekar di kawasan 'Gong Mak Su Joho' tidak akan berdiam diri sekiranya tanah yang mereka tebas dan tebang menggunakan tulang empat kerat sejak tahun 70-an diambil oleh kerajaan.

Wakil peserta terbabit, Abdul Manaf bin Awang Teh, 65 (Gambar berbaji merah), berkata kerajaan jangan 'kenana' mahu mengambil tanah yang telah 'dimiliki' rakyat puluhan tahun.

"Jangan ambil hak rakyat yang sudah 'milik' lama, jangan dia (kerajaan) cuba nak ambil...... sepatutnya dia beri pertolongan dan proses beri hak (geran pemilikan kepada rakyat)....itu cara dia (yang sepatutnya),

"kenapa dia yang begitu sekali 'kenana'!,"kata beliau yang dikenali sebagai Pak Manaf Bukit Putera.

Kemarahan penduduk tersebut adalah ekoran pihak pejabat tanah dan daerah meletakkan tanda amaran melarang penduduk kampung 'merintah' tanah tersebut.

Tinjauan Buletinonline mendapati, tanda amaran berupa tulisan berwarna merah di sehelai kertas 'A4' yang telah di salut plastik berbunyi "Amaran, Tidak DiBenarkan Merintah Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran Meurut Syeksen 425 KTN jika Sabit Kesalahan Anda Boleh Didenda tidak lebih RM10,000 Atau Setahun Penjara Atau Kedua-duanya sekali".

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/Pak%20Manaf%20menunjukkan%20tanda%20amaran.jpgKata Pak Manaf, usaha yang telah dilakukan oleh penduduk kampung bukan baharu, namun beliau sendiri telah mula meneroka tanah tersebut sejak umunya 25 tahun.

Menurutnya, beliau dan para peserta tanah itu 'bertarung nyawa', 'mengikat perut' dengan lapar dan dahaga ketika mula menebas dan menebang hutan di situ.

Katanya, apabila tanah dibuka penduduk kampung telah menanam padi dan membuat permohonan tanah itu di pejabat daerah Besut kerana waktu itu, daerah Setiu belum dibuka lagi.

"kena buat kira kemampuan saat-saat anak (masih) kecil duduk (meneroka tanah) dalam rok (hutan) ini.....bukan boleh minum teh 'o' serupa zaman sekarang,

"makan ikan kering bulat (dengan nasi) ketika itu lebih 30 tahun (dulu)......(sampai sekarang) Pak Manaf belum nyanyuk lagi...... (lepas tu) tanam padi status tanah TOL (LMS - Lesen Menumpang Sementara) masa tu bayar (cukai tanah) di pejabat (daerah Besut) di Kampung Raja, bukan di sini,"jelasnya ketika ditemui pada Jumaat 9 November.

Sehubungan itu, rakannya Awang Setapa bin Othman, 60, mengesahkan dakwaan Pak Manaf dan menambah, selepas habis usaha menanam padi tanah tersebut diusahakan dengan tanaman kontan, tembakau dan sayur-sayuran, sebelum ditanam dengan kelapa sawit.
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/tanda%20amaran.jpgAwang Setapa yang juga bekas Pengerusi Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKKK) kesal dengan tidakan kerajaan yang menganggap penduduk kampung meneroka tanah tersebut 'secara haram'.

Beliau selaku 'wakil kerajaan' telah beberapa kali membawa permohonan tanah tersebut ke pejabat dan tidak mendapat tentangan malah diluluskan dengan status LMS.

Beliau merasa sangat dukacita kerana kerajaan tidak mengingati jasanya yang berkhidmat puluhan tahun sebagai Tok Penghulu (Ketua Kampung) dan mahu merampas tanah tersebut dalam keadaan kelapa sawit sedang berbuah.

"mengapa selepas puluhan tahun....selepas kelapa sawit berbuah, baru nak rampas! dulu tak ada masalah. 

"Saya harap kerajaan beri pertimbangan kepada saya yang telah lama berkhidmat dan kawan-kawan yang telah mengusahakan tanah tersebut sekian lama,"tegasnya.

Beliau berharap kerajaan khususnya wakil rakyat YB Asha'ari Idris memberikan perhatian kerana katanya Asha'ari bukanlah asing bagi penduduk Kampung Bukit Putera yang masih mempunyai 'talian persaudaraan'.
buletinonline

APABILA PASTI DAN TADIKA KEMAS BERTEMBUNG!!!



Apabila tadika Kemas dan Tadika Pasti bertembung sudah tentulah kita akan dapat lihat perbezaan yang ketara.. 

Pada 5 ~ 7 November baru-baru ini beberapa PASTI sekitar Gombak telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara..

PASTI yang terlibat adalah PASTI EHSAN 1 & 2 dan PASTI BBSA..



Dan nak dijadikan cerita,ketika berada di dalam Zoo Negara,secara kebetulan Tadika PASTI bertembung dengan Tadika Kemas juga mengadakan lawatan dan kedua-dua tadika ini bersama-sama berada di kawasan pertunjukan singa laut dan burung..

Maka terlihatlah dengan jelas betapa berbezanya corak asuhan di kedua-dua tadika tersebut..

 



Terlihat contoh asuhan yang diberi...

Sumber
HOT NEWS