Umno-BN ‘Memerah’ Minyak Terengganu, Menafikan Kemajuan dan Keselamatan,, Nasib lah rakyat Terengganu memilih UMNO sebagai peneraju kerajaan..

Menurut catatan pada laman US Energy Informatin Administration, jumlah pengeluaran minyak pada tahun 2011 adalah kira-kira 630,000 tong sehari (bbl / d), di mana kira-kira 83 peratus pengeluaran adalah minyak mentah.
Sebanyak 25 buah telaga minyak yang ada di Lembangan Melayu dan Lembangan Penyu, 17 buah daripadaya terletak di luar psesisir pantai negeri Terengganu.
[Gambar kanan atas - kedudukan medan minyak Lembangan Melayu dan kedudukan perigi minyak di luar pesisir pantai Terengganu ]
Lebih separuh daripada jumlah pengeluaran minyak Malaysia kini datang dari ‘Medan Minyak Tapis’ dalam lembangan Melayu luar pesisir negeri Terengganu.
Minyak yang dikeluarkan dari Medan Tapis adalah minyak yang terbaik yang dijadikan kayu ukur kualiti minyak Malaysia, dengan graviti API sebanyak 44 ° dan kandungan sulfur 0.08 peratus mengikut berat, diiktiraf di seluruh dunia.
Itulah kepentingan ‘tanah bertuah’ negeri Terengganu Darul Iman yang dikurniakan Allah hasil ‘emas hitam’ menjana perkembangan ekonomi dan pembangunan negara sejak ia ditemui pada tahun 1978.
Dilaporkan 75% dari hasil keluaran minyak negara yang dikorek dari luar pesisir pantai Terengganu telah digunakan bagi membiayai kerajaan persekutuan sekian lama, sejak itu.
Perbelanjaan ‘bilionan’ ringgit termasuk membina pusat pentadbiran kerajaan pusat Putrajaya, yang dilakukan oleh parti pemerintah Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN), adalah menggunakan hasil minyak negara.

[Gambar kiri - jenis kapal peronda TLDM dan gambar kanan bawah, 'patrol vessel' generasi baru TLDM]
Berbanding dalam tempoh tersebut kerajaan pusat ‘memerah hasil minyak’ sebanyak RM135, 228, 873, 627.00 melalui entiti perniagaan yang dimiliki kerajaan pusat, Petronas.
Disebalik kekayaan hasil dari negeri Terengganu itu, pembangunan hanya ditumpukan di pantai Barat dan kemajuan Terengganu jauh ketinggalan.
Selain itu faktor keselamatan turut di abaikan apabila Umno-BN yang kembali memerintah negeri Terengganu pada tahun 2004, menafikan perancangan mahu membangunkan Kuala Terengganu sebuah pusat industri maritim khususnya bagi tujuan pertahanan negara.
Menurut bekas Ahli Majlis Industri Pertahanan Negara, Haji Amzad Hashim, kerajaan terlalu memberi penumpuan kepada industri maritim di pantai barat, sedang hasil mashul negara terletak di Laut Cina Selatan, khususnya hampir kepada negeri Terengganu.
“Sekiranya berlaku apa-apa (ancaman kepada keselamatan) bagaimana kapal-kapal perang kita mahu di baik pulih, yang rosak dan sebagainya,
“sekiranya apa yang berlaku (realitinya) , (kapal-kapal) terpaksa ditunda ke Johor melalui perairan Singapura, ia satu kerugian dan bahaya dan risiko besar kepada negara dan (negeri) Terengganu,”jelasnya.
Katanya, beliau cuba menyampaikan situasi tersebut kepada kerajaan melalui Majlis Industri Pertahanan Negara.
Beliau berkata kerajaan sedang dalam usaha menggantikan 27 buah kapal peronda lama dengan kapal generasi baru ‘patrol-vessel’ dengan fasa permulaa sebanyak 6 buah dengan perbelanjaan sebanyak RM7 bilion.

“Fasa pertama telah diberi kepada Lumut Naval Dock Yard, kita cuba ‘fight’ ketika itu, jangan semua sekali bagi kepada Lumut (pantai barat),
“sekurang-kurangnya...... apa salahnya bagi RM2 bilion untuk di buat (kapal) di Pantai Timur (Terengganu) sebab kita (Terengganu) mempunyai kepntingan stategik (pertahanan negara),”tegasnya.
Haji Amzad yang juga bekas CEO Mara Shipyard an Engineering Terengganu (MSET) mempersoalkan mengapa kerajaan tidak membelanjakan satu pertiga daripada keseluruhan projek penggantian kapal peronda sebanyak RM27 bilion itu diPantai Timur, khususnya di Terengganu.
“apa salahnya kerajaan membelanjakan satu pertiga dari jumlah RM27 bilion dibelanjakan di Pantai Timur yang mana tujuan sebenarnya untuk mempertahankan kepentingan keselamatan Negara (termasuk kepentingan industry Petroleum) yang terletak di laut sebelah sini?,
“sekarang ini, kerajaan seperti menghadkan kepentingan pembinaan (maritime) di muara Sungai Terengganu setakat membina kapal-kapal kecil,”ujarya.
Oleh kerana itu, menurutnya, negeri Terengganu dan perairan Terengganu serta Laut Cina Selatan terdedah kepada ancaman kerana tidak cukup kapal yang berkawal dan tidak cukup pusat sokongan kepada kapal-kapal yang ditempatkan di Markas Panglima Tanjung Gelang, Kuantan.
“saya berpendapat, kerajaan pusat gagal melihat diletakkan kapal yang secukupnya bagi mengawal kepentingan perairan Negara dimana disitulah letaknya rezab simpanan minyak dan gas kita untuk jangka masa akan datang,”katanya membuat kesimpulan, menutup bual bicara bersama beliau
buletinonline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan