Kes Tanah Rakyat lagi!!!Kerajaan Patut Beri Hak Bukan Ambil Tanah Kami!!!

Seramai 50 orang peserta tanah seluas tidak kurang 300 ekar di kawasan 'Gong Mak Su Joho' tidak akan berdiam diri sekiranya tanah yang mereka tebas dan tebang menggunakan tulang empat kerat sejak tahun 70-an diambil oleh kerajaan.
Wakil peserta terbabit, Abdul Manaf bin Awang Teh, 65 (Gambar berbaji merah), berkata kerajaan jangan 'kenana' mahu mengambil tanah yang telah 'dimiliki' rakyat puluhan tahun.
"Jangan ambil hak rakyat yang sudah 'milik' lama, jangan dia (kerajaan) cuba nak ambil...... sepatutnya dia beri pertolongan dan proses beri hak (geran pemilikan kepada rakyat)....itu cara dia (yang sepatutnya),
"kenapa dia yang begitu sekali 'kenana'!,"kata beliau yang dikenali sebagai Pak Manaf Bukit Putera.
Kemarahan penduduk tersebut adalah ekoran pihak pejabat tanah dan daerah meletakkan tanda amaran melarang penduduk kampung 'merintah' tanah tersebut.
Tinjauan Buletinonline mendapati, tanda amaran berupa tulisan berwarna merah di sehelai kertas 'A4' yang telah di salut plastik berbunyi "Amaran, Tidak DiBenarkan Merintah Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran Meurut Syeksen 425 KTN jika Sabit Kesalahan Anda Boleh Didenda tidak lebih RM10,000 Atau Setahun Penjara Atau Kedua-duanya sekali".
Kata Pak Manaf, usaha yang telah dilakukan oleh penduduk kampung bukan baharu, namun beliau sendiri telah mula meneroka tanah tersebut sejak umunya 25 tahun.
Menurutnya, beliau dan para peserta tanah itu 'bertarung nyawa', 'mengikat perut' dengan lapar dan dahaga ketika mula menebas dan menebang hutan di situ.
Katanya, apabila tanah dibuka penduduk kampung telah menanam padi dan membuat permohonan tanah itu di pejabat daerah Besut kerana waktu itu, daerah Setiu belum dibuka lagi.
"kena buat kira kemampuan saat-saat anak (masih) kecil duduk (meneroka tanah) dalam rok (hutan) ini.....bukan boleh minum teh 'o' serupa zaman sekarang,
"makan ikan kering bulat (dengan nasi) ketika itu lebih 30 tahun (dulu)......(sampai sekarang) Pak Manaf belum nyanyuk lagi...... (lepas tu) tanam padi status tanah TOL (LMS - Lesen Menumpang Sementara) masa tu bayar (cukai tanah) di pejabat (daerah Besut) di Kampung Raja, bukan di sini,"jelasnya ketika ditemui pada Jumaat 9 November.
Sehubungan itu, rakannya Awang Setapa bin Othman, 60, mengesahkan dakwaan Pak Manaf dan menambah, selepas habis usaha menanam padi tanah tersebut diusahakan dengan tanaman kontan, tembakau dan sayur-sayuran, sebelum ditanam dengan kelapa sawit.
Awang Setapa yang juga bekas Pengerusi Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKKK) kesal dengan tidakan kerajaan yang menganggap penduduk kampung meneroka tanah tersebut 'secara haram'.
Beliau selaku 'wakil kerajaan' telah beberapa kali membawa permohonan tanah tersebut ke pejabat dan tidak mendapat tentangan malah diluluskan dengan status LMS.
Beliau merasa sangat dukacita kerana kerajaan tidak mengingati jasanya yang berkhidmat puluhan tahun sebagai Tok Penghulu (Ketua Kampung) dan mahu merampas tanah tersebut dalam keadaan kelapa sawit sedang berbuah.
"mengapa selepas puluhan tahun....selepas kelapa sawit berbuah, baru nak rampas! dulu tak ada masalah.
"Saya harap kerajaan beri pertimbangan kepada saya yang telah lama berkhidmat dan kawan-kawan yang telah mengusahakan tanah tersebut sekian lama,"tegasnya.
Beliau berharap kerajaan khususnya wakil rakyat YB Asha'ari Idris memberikan perhatian kerana katanya Asha'ari bukanlah asing bagi penduduk Kampung Bukit Putera yang masih mempunyai 'talian persaudaraan'.
Wakil peserta terbabit, Abdul Manaf bin Awang Teh, 65 (Gambar berbaji merah), berkata kerajaan jangan 'kenana' mahu mengambil tanah yang telah 'dimiliki' rakyat puluhan tahun.
"Jangan ambil hak rakyat yang sudah 'milik' lama, jangan dia (kerajaan) cuba nak ambil...... sepatutnya dia beri pertolongan dan proses beri hak (geran pemilikan kepada rakyat)....itu cara dia (yang sepatutnya),
"kenapa dia yang begitu sekali 'kenana'!,"kata beliau yang dikenali sebagai Pak Manaf Bukit Putera.
Kemarahan penduduk tersebut adalah ekoran pihak pejabat tanah dan daerah meletakkan tanda amaran melarang penduduk kampung 'merintah' tanah tersebut.
Tinjauan Buletinonline mendapati, tanda amaran berupa tulisan berwarna merah di sehelai kertas 'A4' yang telah di salut plastik berbunyi "Amaran, Tidak DiBenarkan Merintah Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran Meurut Syeksen 425 KTN jika Sabit Kesalahan Anda Boleh Didenda tidak lebih RM10,000 Atau Setahun Penjara Atau Kedua-duanya sekali".

Menurutnya, beliau dan para peserta tanah itu 'bertarung nyawa', 'mengikat perut' dengan lapar dan dahaga ketika mula menebas dan menebang hutan di situ.
Katanya, apabila tanah dibuka penduduk kampung telah menanam padi dan membuat permohonan tanah itu di pejabat daerah Besut kerana waktu itu, daerah Setiu belum dibuka lagi.
"kena buat kira kemampuan saat-saat anak (masih) kecil duduk (meneroka tanah) dalam rok (hutan) ini.....bukan boleh minum teh 'o' serupa zaman sekarang,
"makan ikan kering bulat (dengan nasi) ketika itu lebih 30 tahun (dulu)......(sampai sekarang) Pak Manaf belum nyanyuk lagi...... (lepas tu) tanam padi status tanah TOL (LMS - Lesen Menumpang Sementara) masa tu bayar (cukai tanah) di pejabat (daerah Besut) di Kampung Raja, bukan di sini,"jelasnya ketika ditemui pada Jumaat 9 November.
Sehubungan itu, rakannya Awang Setapa bin Othman, 60, mengesahkan dakwaan Pak Manaf dan menambah, selepas habis usaha menanam padi tanah tersebut diusahakan dengan tanaman kontan, tembakau dan sayur-sayuran, sebelum ditanam dengan kelapa sawit.

Beliau selaku 'wakil kerajaan' telah beberapa kali membawa permohonan tanah tersebut ke pejabat dan tidak mendapat tentangan malah diluluskan dengan status LMS.
Beliau merasa sangat dukacita kerana kerajaan tidak mengingati jasanya yang berkhidmat puluhan tahun sebagai Tok Penghulu (Ketua Kampung) dan mahu merampas tanah tersebut dalam keadaan kelapa sawit sedang berbuah.
"mengapa selepas puluhan tahun....selepas kelapa sawit berbuah, baru nak rampas! dulu tak ada masalah.
"Saya harap kerajaan beri pertimbangan kepada saya yang telah lama berkhidmat dan kawan-kawan yang telah mengusahakan tanah tersebut sekian lama,"tegasnya.
Beliau berharap kerajaan khususnya wakil rakyat YB Asha'ari Idris memberikan perhatian kerana katanya Asha'ari bukanlah asing bagi penduduk Kampung Bukit Putera yang masih mempunyai 'talian persaudaraan'.
buletinonline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan