FAKTA
TUNTUTAN ROYALTI MINYAK DAN GAS KELANTAN.
A.
UNDANG-UNDANG DAN PERJANJIAN DILANGGARI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN.
- Tahun 1974 – Akta
Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen dan mengantikan Ordinan Darurat
1969 berkaitan pemberian Royalti Minyak 5% dan jarak perairan laut
Negeri-Negeri. Seksyen 13
(1)
Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian
ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah
tidak relevan.
- Pada 9 Mei 1975 –
Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144
Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and
Privileges in respect of Petroleum”. Beberapa buah negeri telah menandatangi perjanjian dengan
PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS
dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas
Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.
[NOTA:
Berdasarkan perjanjian itu Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak
walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China
Selatan.]
- 12 Noember 1975 –
“Mengikut perjanjian itu,
tiap-tiap negeri akan menerima 5% drpd nilai Petroleum yang dijumpai dan
diperolehi dlm kwsn perairan (onshore) atau diluar perairan (offshore) negeri
tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya.”
-
Kenyataan Mantan Perdana Menter, Arwah TUN Razak (Bapa Najib). Menjawab soalan
Lim Kit Siang di Dewan Negara.
B.
HAK PENDARATAN MINYAK KE PERAIRAN KELANTAN DINAFIKAN BAGI KAWASAN MEDAN JDA
DENGAN PEMBINAAN PAIP MINYAK DI SONGKLA, THAILAND, WALAUPUN JARAK KOTA BHARU
LEBIH DEKAT 110KM.
- Tahun 2005 –
Kawasan Joint Development Area (JDA) Malaysia-Thailand (dalam perairan
Kelantan) telah beroperasi projek di Telaga Cakrawala telah bermula sejak 2005
terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari
Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan
310 km dari Pekan Kerteh.
-
Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA
tetapi paip menyalurkan minyak didaratkan ke Songla yang jaraknya 260km dari
JDA (beza 110km) – Penafian HAK Kelantan buat kali pertama!
-
Jarak 166km telaga minyak diperairan Terengganu didaratkan di Kerteh,
Terengganu. Kenapa Kelantan yang jaraknya hanya 150km dari JDA dinafikan hak?
C.
SEKALI LAGI HAK NEGERI KELANTAN INGIN DINAFIKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN
DENGAN MENDARATKAN MINYAK KELANTAN KE TERENGGANU.
- 24 Ogos 2011 –
PETRONAS mengumumkan pendaratan dan pembinaan loji pemprosesan gas di Kerteh,
Terengganu dgn nilai RM15Billion meliputi pemasangan paip dilautan sepanjang
200km dan dijangkan siap 2013.
- 2
telaga minyak iaitu Telaga Bumi dan Telaga Surya dari Blok PM301, North Malay
Basin yang berada di perairan Kelantan.
-
60,000 tong sehari pengeluaran di kedua2 telaga.
-
USD80 setong harga minyak mentah minimum mengikut pasaran dunia.
-
21.6 juta tong setahun pengeluaran dari kedua-dua medan dan boleh mencapai
RM5.24 billion setahun.
-
RM262 JUTA setahun yang patut Kelantan terima jika royalti 5% diberikan kepada
Kelantan.
Sebagai
Rakyat Kelantan dan Rakyat Malaysia, saya menyeru seluruh rakyat Kelantan
bersatu padu dan bangkit menuntut HAK ROYALTI minyak+gas dan HAK PENDARATAN
minyak dan gas di bumi Kelantan demi kedaulatan Negeri, kemakmuran ekonomi
anak bangsa hadapan.
Ayuh
Rakyat kita BANGKIT! Royalti Hak Rakyat Kelantan, Tuntut Sampai Dapat!
Disusun
oleh;
Syam
Ghaz
Setiausaha
Gerakan
Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR)
Pasted from <http://royaltikelantan.com/archive/2011/11/fakta-tuntutan-royalti-yang-perlu-diketahui/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan