Rabu, 26 September 2012

Hebat Dan Kebalnya Peguam Negara


           Speaker tolak soalan tentang dakwaan 'salah laku' AG
   
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak soalan daripada anggota parlimen Cheras Tan Kok Wai berhubung status siasatan polis terhadap dakwaan salah laku profesional oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Tan, yang juga naib pengerusi DAP kebangsaan, menyerahkan soalan ekoran berhubung hasil siasatan terhadap dakwaan dalam buku berjudul Tan Sri Abdul Gani Patail Pemalsu, Penipu dan Penjenayah.

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dalam suratnya kepada Tan menjelaskan, soalan itu ditolak berdasarkan Perintah Tetap 23(1)(c).

Perintah Tetap itu menyatakan, pertanyaan yang dikemukakan tidak boleh mengandungi kalimah "mengelirukan, menyindir atau menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau penerangan mengenai perkara-perkara remeh".

Surat yang dihantar itu bertarikh 21 September


HEBAT DAN KEBALNYA PEGUAM NEGARA , !!! KALAU ORG LAIN SIBUK NAK MENDAKWA TETAPI KENA DIRI SENDIRI, CUBA GUNAKAN KUASA VETO KE !!!, kalau peguam negara tak boleh di dakwa, memang kena tukar lah nampaknya !!! kerajaan UMNO BN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HOT NEWS