Rabu, 26 September 2012

Petua Pemuda Umno Bahagian Gopeng Didakwa Milik Surat Kuasa Palsu



Ketua Pemuda Umno Bahagian Gopeng, Mohd Arlizam Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam atas tuduhan memiliki dan menggunakan dokumen palsu iaitu sekeping surat kuasa bagi sebidang tanah di Kapar, Klang, lima tahun lepas.
    
Mohd Arlizam, 37, yang juga seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Dia didakwa memiliki dan menggunakan satu dokumen palsu iaitu 'Power of Attorney' bertarikh 21 Mei 2007 di antara penama Liew Woon Foh dan nama tertuduh sendiri bagi sebidang tanah milik Liew yang terletak di alamat GM 781, Lot 4337, Batu 3 3/4, Jalan Kapar.
    
Mohd Arlizam didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 21 Mei 2007.
    
Pertuduhan mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan agar Mohd Arlizam dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan pasportnya diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.
    
Peguam Kevin Arasu yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 atas alasan anak guamnya merupakan pesalah pertama dan menghidap sakit jantung sejak dua tahun lepas.

Sejak akhir-akhir ni banyak kes melibat integriti dan marwah pemimpin-pemimpin pemuda umno, dalam minggu ini sahaja sudah 3 kes, ketua pemuda umno selayang dengan isu iklan airnya diselangor, ketua pemuda Umno Kepong cerdera parah ditikam dan terbaru ketua pemuda umno Gopeng.. Ini tak termasuk lagi pembunuhan di seri kembangan yang melibatkan ahli perniagaan bergelar datuk dan juga pengasas NGO yang mesra Umno.. baca disini (http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8581501012265110082#editor/target=post;postID=8856848114904172822)


ekekekkek!!!!! rendahya moral pemimpin Umno nie.... kat mana-mana bahagian pun ada,, 
kalau nak kaya pun agak-agak lah jangan menipu,, patut lah mereka ini kaya-raya hasil tu bagi makan anak isteri kat rumah..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HOT NEWS