Selasa, 30 Oktober 2012

Lagi Bantahan Terhadap Perlaksanaan AES..


Bila sokongan terhadap kerajaan menurun disebabkan AES, baru lah pemuda umno dan BBCBN mahu kerajaan kaji semula dan tangguh,,,,,,,,,,
Memang jelas dan Nyata kebanyakan rakyat dinegara ini tidak merestui perlaksanaan AES, bagi mereka Sistem ini bukan mahu mengurangkan kemalangan jalan raya malah ia lebih kepada menekan pada rakyat.. 

AES
Sistem AES
KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sebahagian ahli kelab itu mahu kerajaan  menimbang dan memperhalusi pelaksanaan Sistem Pengkuatkuasaan Automatik (AES).

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata demikian ketika ditemui di lobi Parlimen malam tadi.

"Dalam BBCBN kita masih belum ada pendirian. Apa yang berlaku ialah ahli-ahli Parlimen menyuarakan pendapat setiap individu. Tidak ada mesyuarat khusus untuk kita membincangkan isu AES.

"Sebenarnya isu ini agak rumit sedikit. Ada yang menyokong, tidak ada yang membantah tetapi ada yang meminta supaya AES ini diperhalusi, letaklah lebih papan tanda. Ada yang meminta di kawasan-kawasan yang ada 30, 40 meter ini diletakkan AES," ujar beliau yang juga Setiausaha Umno Sabah.

Semalam, Pemuda Umno mengambil pendirian mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES sehingga kajian menyeluruh dilakukan.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berharap Kabinet yang bermesyuarat minggu ini dapat memutuskan berkenaan hal terbabit.

“Pemuda desak kerajaan tangguh AES. Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda BN.

Sementara itu, Abdul Rahman ketika diminta mengulas menambah, beliau secara peribadi merasakan AES ini adalah cara terbaik dalam mengurangkan kadar nahas jalan raya di negara ini.

"Sudah tiba masanya kita mengenakan syarat-syarat seperti ini. Dari segi pendidikan kita sudah buat. Inikah sahaja caranya? Sebab 7,000 kematian berlaku di atas jalan raya kita," katanya.

Kelmarin, empat Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan AES.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.

"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya.

Isnin, 29 Oktober 2012

Agama Islam Itu Tinggi, Tiada Agama Lain Setinggi Darinya


Hadi yakin cita-cita Islam dapat dilaksana tanpa gangguan
HADI AWANG
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas yakin dapat merealisasikan cita-cita Islam yang diperjuangkannya dengan sempurna "tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali."

Dalam pandangan terbaru dikeluarkan hari ini, Presiden Pas itu berkata, beliau ingin menegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam, sama sekali tidak untuk bukan Islam.

Sehubungan itu, katanya, Pas tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.

"Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka Pas yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali," kata beliau.

Ia dilihat sebagai pandangan secara bertulis, yang panjang lebar dikeluarkan oleh Abdul Hadi dalam bulan ini.
Kata Hadi, Pas berlainan dengan Umno dan sangat berbeza kerana pihaknya tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara.
"Sekiranya dikaji Surah Al-Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat didalamnya undang-undang jenayah, di antaranya hudud," kata beliau.
"Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam," kata beliau lagi.
Ahli Parlimen Marang ini menambah, Pas berijtihad memilih demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud kerana pendekatan demokrasi secara damai bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang.
"Maka proses pelaksanaan undang–undang termasuk hudud dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihan raya lalu.
"Undang-undang  jenayah Islam termasuk hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, dibentang dan dibuka kepada proses soal jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya," kata beliau lagi.
Mengulas lanjut isu itu, katanya, DAP pula bukan parti Kerajaan Pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA.
"Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan Umno yang terlalu tinggi.
"Maka Pas lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas," katanya.
Malah menurut beliau, hubungan Pas dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat.
"Maka isu pelaksanaan Islam oleh Pas dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukan kepada hukum tahaluf siyasi dalam feqah siyasah.
"Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong Pas dan rakyat seluruhnya," katanya lagi.
Beliau mengulangi bahawa Pas tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya.

"Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil," katanya lagi.


Ni baru betul kerajaan: 4 negeri Pakatan tangguh AES


4 negeri Pakatan tangguh AES

AES
Sistem AES
KUALA LUMPUR - Empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.

"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.

AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.

Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.
  Bernama

Nik Aziz: Saya Sebut Tutup Aurat Untuk Islam




Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan kenyataan lamanya yang ditafsirkan pemimpin kanan MCA sebagai membenarkan merogol orang bukan Islam.NONE"Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat 'padanlah' kalau kena rogol pun.

"Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam," beliau dipetik sebagai berkata olehHarakahdaily hari ini.

Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat. 

Kenyataan itu kemudiannya disokong oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Sementara itu, menteri besar Kelantan juga dilapor berkata, dakwaan yang dilempar MCA terhadapnya sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong terhadap Islam.

Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam.

"Apabila Umno tolak Islam, takkan pula MCA nak bantu Islam. Dengan automatik parti itu akan buat perkara-perkara yang melemahkan Islam.

"Jadi mereka tidak layak memimpin negara. Negara barat marah kepada Islam, Umno pun begitu juga. Jadi apa beza Umno dengan pandangan barat," ujarnya lagi.






Malaysiakini

Ahad, 28 Oktober 2012

Umno yang sebenarnya menghakis kuasa melayu!!!!!!!!



0
0
  

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat di beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) berjaya menambah bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berbanding jika kerusi itu dimenangi Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, ini suatu bukti nyata kemampuan Pakatan Rakyat untuk menambah suara orang Melayu/Islam di Parlimen berbanding BN.
“Ramai orang tidak sedar perkara ini kerana terpengaruh dengan propaganda Umno kononnya hanya parti itu yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam. Kita tak bagi propaganda kosong tetapi kita bagi bukti.
Apabila Dr Siti Mariah Mahmud (PAS) menang di Kota Raja, siapa yang dia kalahkan? SA Vigneswaran daripada BN.
Apabila Zainal Abidin Ahmad (KEADILAN) menang di Hulu Selangor, siapa yang dia kalahkan? G Palanivel daripada BN. Apabila Fuziah Salleh (KEADILAN) menang di Parlimen Kuantan, siapa yang dia kalahkan? Fu Ah Kiow daripada BN.”
Bagaimanapun kata Mat Sabu, apabila BN menewaskan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor menerusi P Kamalanathan yang mengalahkan Zaid Ibrahim (KEADILAN), bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berkurangan.
“Parti mana yang menyebabkan suara Melayu semakin terhakis di Parlimen? Ini menunjukkan Umno hanya menggunakan isu Melayu sebagai propaganda untuk menarik sokongan, bukan untuk membela orang Melayu seperti apa yang mereka uar-uarkan.
“Ini kerana mereka hanya bercakap tetapi tidak buat sedangkan Pakatan Rakyat buat dan ada bukti,” katanya.
Mat Sabu berkata, apa yang berlaku di Kelantan yang 97 peratus penduduknya orang Melayu, ditindas dengan bermacam-macam cara hanya kerana negeri itu diperintah oleh PAS.
“Kalau betul nak bela Melayu, kena bantulah, bukan ditindas sejak sekian lama,” katanya dalam ceramah bertajuk ‘Selamatkan Malaysia”’ anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Karang di sini, semalam.
Mat Sabu turut menyentuh isu royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan tidak diberi sebagaimana perjanjian yang pernah dibuat, malah hasil minyak tersebut didaratkan di Songkhla, Thailand.
“Inikah yang dikatakan hendak membela nasib Melayu? Rakyat harus bersama PAS dan Pakatan Rakyat menumbangkan BN dalam PRU akan datang terutamanya di Parlimen Tanjong Karang untuk bantu kemenangan di Putrajaya,” katanya.


mediaperak

Jelas Umno Takut Dengan Tok Guru Nik Aziz




Oleh Idris Ahmad














Tiba-tiba pemimpin Umno, Utusan Malaysia, bekas Pemimpin Pas yang kena pecat Datuk Dr Hassan Ali, Ustaz Nakahaei Hj Ahmad yang keluar daripada Pas menyuruh Tuan guru Nik Aziz berundur daripada jawatan Mursyidul Am Pas.

TIdak pernah berlaku di dalam mana-mana organisasi mereka yang bukan ahli hendak menentukan kepimpinan di dalam sebuah organisasi.
Pas sebagai sebuah parti yang matang sesuai dengan usianya sudah menjangkau 61 tahun tentu tahu apa yang Pas putuskan. Tiba-tiba musuh Pas sedih kerana Tuan Guru Nik Aziz mencemar perjuangan Islam Pas.
Sejak bila pula Umno dan media Umno iktiraf Pas sebagai parti Islam? Bukankah selama ini Umno mengatakan Pas bukan parti Islam. Pujian ini seperti kata-kata Saidina ALi Karramallahuwajhah "Kalimah itu betul, maksud yang dikehendaki batil". Ertinya puji ada makna yang tersirat.

Tidak perlulah Umno cuba hendak melaga-lagakan pemimpin Pas. Semua keputusan Pas bukan diputuskan oleh seorang, sebaliknya dimesyuarat terlebih dahulu. Agenda peribadi tidak akan diterima di dalam Pas.

Tuan Guru Nik Aziz masih diperlukan di dalam barisan pimpinan Pas. Dia tetap menjadi ikon, segala buah fikirannya tetap segar yang boleh menggoncang kuasa kerajaan BN. Beliau telah berjaya menunjukkan kepada masyarakat Pas bukan semacam Umno, meletakkan orang agama hanya untuk membaca doa tahlil dan marhaban sahaja. Mulut penuh dengan "sagon" yang tidak mampu untuk menegur kemungkaran dan penyelewingan oleh kerajaan.

Tuan Guru Nik Aziz telah memimpin perubahan di dalam pentadbiran negeri kemudian idea ini ditiru oleh kerajaan BN. Antaranya ialah cuti dua hari, rumah 3 bilik, pinjaman tanpa faedah, pajak gadai Islam, penggunaan dinar.

Jika pemimpin Umno dan media Umno kononnya hendak membela Pas dengan meminta supaya Tuan Guru NIk Aziz berundur kerana beliau telah terkeluar daripada dasar Pas. Permintaan Umno ini sama seperti musang meminta supaya menjaga reban ayam.

Mapin: Gerakan,MCA cetus isu kerana PRU13




ALOR SETAR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kecewa dengan sikap biadab pemimpin parti Gerakan dan MCA yang berterusan membuat serangan dan penghinaan terhadap hukum hudud.

Setiausaha Agungnya,  Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kedua-dua parti itu dilihat cuba berselindung di sebalik alasan konon hukum hudud yang diutarakan adalah ‘buatan’ Pas, dan menggunakan kesempatan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk melancarkan kempen anti hudud dengan menyatakan pendirian secara terbuka yang melampau.

“Kita tiada masalah jika mereka tidak bersetuju dengan hudud dilaksanakan ke atas bukan Islam. Pakar undang-undang dan ahli ilmuwan Islam boleh berhujah jika mereka bersedia memahami kenapa hudud lebih berkesan mengekang jenayah,” katanya.

Menurutnya, hudud kini menjadi bahan serangan murahan kepada parti politik yang mencari kelebihan meraih pengundi bukan Islam.

“Secara jelas mereka mencari alasan untuk tanamkan kebencian orang bukan Islam kepada hukum Islam dan menghilangkan rasa hormat terhadap kedudukan Islam di negara ini,” katanya.

Mohd Azmi berkata, apabila mereka melancarkan serangan dengan merendah-rendahkan hukum hudud, seperti yang disuarakan Presiden MCA dan Gerakan Kedah, Mapim menyifatkannya sebagai serangan mahu memprovokasi sentimen agama antara orang Islam dan bukan Islam.

“Adakah menyentuh sensitiviti umat Islam tidak diambil peduli? Mereka memberi gambaran buruk kepada hudud dengan tohmahan ia adalah hukum sebuah parti politik, dengan harapan membawa kesan negatif kepada golongan bukan Islam,” katanya.

Menurutnya, hukum hudud akan terus menjadi bahan serangan dan isu ini tidak akan berhenti selagi PRU13 belum dilaksana.

“Mapim sentiasa menyokong pelaksanaan hukum ALLAH ini kerana ia kewajipan dan kami yakin hanya hukum ALLAH SWT mampu mengekang jenayah. Sebab itu kita tidak berkompromi terhadap serangan yang dilakukan,” katanya.

Mohd Azmi berkata, hukum Islam yang diperkatakan secara tidak beradab adalah disebabkan selama ini orang bukan Islam dimomokkan bahawa hukum Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia ekoran masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama.

PERDANA MENTERI DAN DUA LAGI MENTERI PONTENG SIDANG DEWAN RAKYAT UNTUK BERMAIN GOLF.



Dewan Rakyat adalah tempat untuk membincangkan kepentingan rakyat dan pembangunan negara..

mereka yang telah dilipih oleh rakyat perlulah menjalankan tugas mereka demi rakyat dan perlu hadiri sidang dewan ketika sidang dewan berlangsung

Ketika dalam kesibukan perbahasan yang berlaku di Dewan Rakyat yang macam pasar dan tidak terkawal..
Perdana Menteri dan dua lagi menteri ponteng sidanghanya untuk bermain golf.

Sedangkan ketika perbahasan, seseorang timbalan menteri tidak akan dapat menjawab kesemua soalan jika menterinya tidak hadir..


Itulah yang berlaku pada Timbalan Menteri Kewangan,Awang Adek pada selasa lepas yang enggan meneruskan sesi perbahasan apabila beliau tidak tahu dan gagal menjawab soalan yang ditanya..

Beliau diasak dengan soalan berkaitan kontrak LRT Ampang yang diberikan kepada syarikat George Kent dan juga soalan berkenaan peruntukan pembentungan kepada syarikat Indah Water Konsortium (IWK)

Awang Adek jadi mangsa serangan bertalu-talu dan gagal menjawab soalan yang diberikan..
kemana Bos beliau iaitu Menteri Kewangan..?


Perdana Menteri,Menteri Kewangan dan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat ponteng Sidang Dewan hanya semata-mata mahu lepak dengan Tiger Woods..

Menteri berkenaan adalah Najib Razak..
dialah Perdana Menteri,dialah Menteri Kewangan dan dia jugalah Menteri Wanita..
Ketika Sidang Dewan Rakyat yang membicarakan soal hidup rakyat dan soal negara..
Najib sibuk main golf dengan Tiger Woods..


Dah lah soalan Najis Mughallazah pun tak tahu..
rakyat amanahkan dia hadir sidang untuk bincang masalah rakyat pun dia tak nak hadir..

Najib nak menang lagi dalam pilihanraya nanti supaya dia boleh berseronok-seronok main golf sewaktu orang lain tengah penat bekerja ker..? 


_lianglahad

Khamis, 25 Oktober 2012

Ramai Pemimpin Bukan Islam Pertahankan Nik Aziz,




Oleh Ahmad Lutfi Othman

Panik. Gelabah. Meracau-racau. Mungkin itu istilah sesuai dapat dirumuskan tentang situasi Umno-BN berdepan tsunami politik Mac 2008, lebih empat tahun lalu, yang menyaksikan BN kalah mengejut lima negeri dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Nampak jelas, sekali Umno dirundung malang, hilang segera kewarasan berpolitik, juga kebijaksanaan mengatur strategi. Segala yang tercapai dek tangan digapai bagi menyelamatkan diri daripada terus tenggelam.
Umno nyalakan api perkauman 
Sentimen dan api perkauman dinyalakan. Media dan alat propaganda yang dikuasai Umno, misalnya Utusan Malaysia dan TV3, bebas memercikkan bahang panas  menggugat sensitiviti.
Jika saingan politiknya, seperti PAS ataupun DAP, berbuat demikian, pemimpin dan aktivisnya pasti diserkup pelbagai akta. Apa pun, rakyat semakin matang dan cermat memerhati aksi golongan terdesak itu.
Memikirkan pengundi masih bermentaliti lapuk, mudah dikelirukan isu-isu sensasi dan cepat melupakan persoalan kritikal  -- seperti korupsi, salahguna kuasa, peningkatan kadar jenayah, kenaikan kos hidup -- Umno dan kembarnya, MCA, mencari jalan pintas demi mempertahankan Putrajaya.
Umno, MCA lidah bercabang 
Kepada audien Melayu-Islam, Umno ghairah menggambarkan PAS begitu kemaruk kuasa, sanggup menggadai prinsip perjuangan dan rela memeluk rakan barunya, DAP, yang dipersepsikan sebagai musuh agama dan bangsa. DAP pula diunjurkan  menjadi parti paling dominan dan mempunyai kuasa penentu dalam Pakatan Rakyat. Segalanya bertujuan untuk menakutkan pengundi Melayu terhadap usaha Pakatan membentuk kerajaan alternatif.
MCA, yang kalah  pada kebanyakan kerusi majoriti pengundi Cina, menggunakan lenggok bahasa dan penekanan isu berbeda. PAS yang disifatkan Umno sebagai kuda tunggangan DAP, telah diangkat Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek -- ketika berdepan masyarakat Tionghua -- menjadi parti paling berpengaruh dan bakal menerajui kerajaan Pakatan di peringkat persekutuan.
Untuk mengusik emosi penyokong tradisinya, konsep Negara Berkebajikan dikritik hebat media Umno, dan PAS ditohmah sanggup melupakan cita-cita menubuhkan Negara Islam, sekali gus meremehkan Hudud. Bekas pemimpin PAS, seperti Dr Hasan Ali dan dua tiga kerat ulamak tertentu diperalatkan bagi memalitkan imej buruk ke wajah Parti Islam itu.
Dalam masa sama, lidah pemimpin MCA terutama Soi Lek, semakin fasih mencerca Hudud dan membayangkan satu undi kepada Pakatan bermakna satu undi kepada pelaksanaan undang-undang Islam, yang sengaja digambarkan sebagai peraturan kolot, menindas dan zalim.
Bukanlah isu besar jika MCA menolak Hudud, memandangkan Umno turut mengambil pendirian hampir sama. Malah sekutu rasminya dalam Perikatan sejak 1953 -- Umno -- melalui pemimpin utamanya kerap melemparkan ungkapan mempersenda dan menghina Islam.
Soi Lek sambung kerja jahat Umno 
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merumuskan dengan baik situasi ini: "Dulu ketika Umno tidak pandai lagi menggunakan hujah dalam ilmu-ilmu Islam seperti maqasid syariah untuk menolak perlaksanaan hukum Islam, para pemimpin dan pengikutnya mencaci dan mencerca hukum Islam habis-habisan dan menuduh hukum Islam primitif, menimbulkan huru hara dan sebagainya.
"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam."
Ketika Soi Lek memberikan gambaran salah terhadap apa yang didakwanya perlaksanaan Hudud di negara-negara yang dianggap "paling korup, tidak stabil dan tidak selamat", dalam perhimpunan agung MCA baru-baru ini, banyak pihak mengecam sikap membisu Perdana Menteri, Najib Razak yang merasmikan majlis berkenaan. Soi Lek juga tidak menyokong tohmahannya itu dengan fakta dan data sahih.
Dalam perhimpunan itu,  Naib Pengerusi Wanita MCA, Senator Heng Seai Kie, yang juga seorang timbalan menteri, memutarbelitkan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis kempen menutup aurat di Kelantan, dengan mendakwa Mursyidul Am PAS itu menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat. Satu kenyataan paling biadab, kurang ajar dan cukup celupar!
Najib sebelum itu turut enggan mengulas dakwaan Soi Lek (yang hanya bersumberkan satu SMS diterimanya daripada individu yang tidak dikenali)  bahawa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika Hudud dilaksanakan. Presiden MCA menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas dengan kehilangan pekerjaan yang didakwanya itu, antaranya, pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.
Islam dihina, Najib boleh senyum lagi 
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu majlis ceramah membidas Najib: "Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia  boleh duduk senyum. Kemudian bila berucap tak tegur pun. Mana dia maruah  sebagai umat?"
Namun apa yang ditunjukkan Soi Lek bukan lagi sekadar penolakan Hudud (sesuatu yang boleh dianggap lazim bagi seorang bukan Islam), tetapi ia usaha terancang dan bermotif untuk menghina dan merendahkan Islam bagi meraih sokongan. Menyedari MCA mungkin menjadi sejarah selepas PRU13, Soi Lek cuba menampilkan imejnya sebagai "pembela dan penyelamat" bagi masyarakat Cina daripada "kezaliman Hudud".
(Dalam satu paditonya, Mat Sabu menyindir: "Sekarang orang ramai bukan lagi bertanya berapa banyak kerusi MCA yang dimenanginya dalam PRU13 nanti, tapi mereka bercakap berapa ramai ahli MCA yang tinggal.")
Soi Lek secara terbuka pernah melafazkan: "Kita orang Cina berani menentang dan melawan Umno terutama dalam bab Hudud, adakah DAP berani dalam hal ini." Saya perhatikan banyak posting dalam internet menggandingkan kenyataan Soi Lek itu dengan ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng: "Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita."  Masyarakat dapat menilai siapa sebenarnya yang memperlekehkan Hudud.
Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook selepas dilaporkan menepuk meja dalam sidang Parlimen menyokong Tok Guru Nik Aziz yang difitnah Senator MCA, memberi respons penuh hikmah: "Dalam politik kita berbeza pendapat, itu perkara biasa. Umpamanya, kita dalam DAP juga punyai pendapat berbeza dengan PAS dalam soal hukum Hudud. Tetapi kita tidak pergi sampai ke tahap memburuk-burukkan dan menghina Islam."
Lagak pemimpin gila seks 
Gaya politik Soi Lek  -- yang kerap diingati dengan pengakuan rakaman rahsia hubungan seksnya pada 2007 di sebuah hotel di Johor -- dan pemimpin MCA mutakhir ini cukup berbahaya. Ia semakin menjadi-jadi apabila kenyataan menghina Islam oleh Soi Lek  sejak awal dulu tidak pernah ditegur pemimpin Umno. Seharusnya diperbetulkan, apatah lagi jika ia berpunca dari kejahilan, memandangkan Umno juga mempunyai ilmuan Islam dan ulamak!

Saya tertarik dengan ingatan Anthony Loke, Ketua Pembangkang dalam Dun Negeri Sembilan dan ahli Parlimen Rasah, tanda kewarasan dan kebijaksanaan pemimpin Pakatan tidak pernah pudar. Masyarakat Islam tentunya mendapat pengajaran bermakna dalam episod ini, sekurang-kurangnya dapat membantu membuat penilaian menyeluruh dan adil terhadap gelagat aktor-aktor politik yang gelisah berdepan hukuman rakyat.      


Sejuk dada saya membaca kenyataan dan reaksi pemimpin DAP terhadap fitnah MCA itu. Kalau dulu kita terpaksa mengharapkan sanggahan daripada pemimpin PAS tetapi kini cukuplah dengan sokongan sekutunya dalam DAP.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit turut melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Soi Lek mempertahankan tuduhan liar Timbalan Menteri Wanita MCA yang mendakwa Tok Guru Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menuruti kod pemakaian Islam dirogol.
"Perasan terkejut kepada ucapan Chua bertukar menjadi kasihan dan sedih melihatkan Presiden MCA sanggup menjadi sebegitu hina untuk menghamburkan pembohongan-pembohongan dan penipuan kerana terdesak memikirkan prospek PRU13," tegas Kit Siang.
"Adalah jelas MCA dan Umno telah mengadakan 'perjanjian syaitan' supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu, kerana mereka menyimpulkan bahawa politik kebencian sedemikian adalah satu-satunya cara untuk melindungi dan memelihara kuasa Umno-BN  pada PRU13," tambahnya.
Soi Lek fitnah, bohong besar
Setiausaha Agung DAP, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataannya  menyifatkan fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz sebagai "satu pembohongan besar".
"Ini satu pembohongan besar sama dengan pembohongan Utusan Malaysia apabila mendakwa saya anti-Melayu dan anti-Islam kerana Nik Aziz tidak pernah berkata begitu," kata  Guan Eng dalam kenyataannya.
"MCA adalah versi Cina untuk akhbar Utusan Malaysia yang bertenggek di atas kepalsuan, ketakutan dan kebencian untuk hidup. MCA umpama lelaki curang yang mendakwa dirinya bermoral dan bermaruah," ujarnya.
Saya segera teringat bisikan Guan Eng semasa bertemunya di Lapangan Terbang LCTT, Sepang ketika saya masih keuzuran selepas menjalani pembedahan pintasan jantung.
Beliau yakin hubungan PAS dengan DAP tidak mudah diputuskan disebabkan persefahaman pemimpin kedua-dua parti, terutama Tok Guru Nik Aziz dan Kit Siang, yang pernah melalui pelbagai penderitaan dan tekanan yang sama dalam memperjuangkan kebenaran dan hak rakyat.

Selamat hari raya Aidil Adha dan melaksanakan ibadah korban serta menghayati pengertian pengorbanan setulusnya seperti ditunjukkan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Rabu, 24 Oktober 2012

Guan ENG Mahu Laksanakan ASE Di PP??




Chiss!!!
Bedebah punya Guan Eng... mati mati gua ingat itu cilaka punya AES... haha...


Guan Eng janjikan 'AES' untuk rakyat Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah berjanji untuk membawa AES kepada penduduk Pulau Pinang - tetapi bukannya Sistem Penguatkuasaan Automatik yang dipertikaikan sekarang.

Sebaliknya, Lim berkata, belanjawan Pulau Pinang untuk tahun depan akan dikenali sebagai "AES", yang bermaksud "Agenda Ekonomi Saksama".

Ketua menteri Pulau Pinang itu mendakwa, AES (pemasangan kamera bagi kesalahan trafik) bukan untuk kepentingan rakyat kerana ia dilaksanakan untuk keuntungan syarikat-syarikat swasta yang terlibat.
"Apa yang kita mahu bukan Sistem Penguatkuasaan Automatik. Kita mahu Agenda Ekonomi Saksama. Itulah perbezaan antara AES BN dengan AES Pakatan Rakyat," katanya ketika merasmikan forum mengenai bajet di Kuala Lumpur malam tadi.
Lim berkata, bajet AES, yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2 November, akan menjurus ke arah menangani ketidaksamaan.

Kerajaan telah dikecam kerana melaksanakan sistem kamera bagi kesalahan lalulintas kerana dua syarikat swasta - Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd - yang mengendalikan sistem tersebut berhak mendapat bayaran daripada saman yang dikutip.

Lim mengumumkan Selasa lepas bahawa dua majlis tempatan di negeri itu telah diarahkan untuk menggantung pelaksanaan sistem tersebut sementara menunggu hasil kajian mengenainya. Kedah mengikut jejak langkah kerajaan Pulau Pinang itu tiga hari kemudian.

'Menangani ketidaksamaan keutamaan Pakatan'

Beliau memberitahu forum bajet tersebut bahawa usaha menangani ketidaksamaan, terutama untuk membantu mereka yang memerlukan, adalah satu keutamaan bagi Pakatan.

Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah gagal membina sebarang perumahan kos rendah untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah.
"Sejak 2008, kami telah membina 4,000 unit perumahan kos rendah dan kita akan membina 18,000 lagi.
"Sudah tentu negeri tidak membinanya secara langsung. Ia telah dibina oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, yang 100 peratus dimiliki kerajaan negeri," kata Lim.
Ini tiada bezanya dengan kerajaan persekutuan, yang membina unit perumahan melalui Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB). `

Lim berkata, bajet bayangan Pakatan juga turut menangani ketidaksamaan itu dengan memberi tumpuan kepada tiga teras - memecahkan monopoli melalui persaingan, mensasarkan kumpulan kritikal (miskin, muda dan wanita) dan memerangi rasuah.- Malaysiakini

Cukai Rokok Dan AES Cara Pantas jana Hasil


AES
SAYA merokok ikut-ikutan selama dua tahun apabila mula bekerja pada tahun 1969. Selepas itu berhenti terus. Saya nasihati orang yang rapat dengan saya jangan merokok, berhenti merokok atau kalau tak tahan sangat, cuba kurangkan merokok.

Saya benci sikap penghisap rokok yang tidak bertanggungjawab dan tidak sopan. Mereka tidak peduli orang yang tidak merokok. Mereka buang puntung rokok yang masih menyala sesuka hati.

Pengotor.

Jadi, saya sepatutnya mengalu-alukan kenaikan tiba-tiba harga rokok dan tembakau mulai 22 Oktober yang diumumkan oleh syarikat pengeluar rokok dengan persetujuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia), pengeluar terbesar, menaikkan harga semua produk sebanyak 20 sen. Ia berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 18 Oktober mengenai kebenaran menaikkan harga kilang rokoknya antara 26 peratus hingga 58 peratus bermula 19 Oktober.

Saya terus mengalu-alukan usaha mengurangkan tabiat yang merosakkan kesihatan itu, tetapi langkah menaikkan cukai melalui kenaikan harga itu “menceritakan” sikap kerajaan, khasnya Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak selain kemungkinan bahawa Perbendaharaan memerlukan pendapat segera.

Lazimnya, pengumuman kenaikan cukai rokok dan arak dibuat ketika pembentangan belanjawan negara. Tetapi, Mohd Najib tidak melakukannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 September lalu.

Jadi, kenapa agaknya beliau berbuat begitu?

Saya hanya berani dan boleh membuat andaian. Yang terlintas dalam fikiran adalah Mohd Najib mahu membentangkan belanjawan pilihan raya yang menyenangkan semua orang dan pihak. Beliau sendiri tidak menaikkan cukai rokok sebab beliau tahu banyak pengundi adalah perokok.

Tetapi, kenapa selepas 20 hari cukai rokok dinaikkan secara tidak langsung melalui kebenaran kenaikan harga oleh Kastam dan Eksais? Perokok lagi marah kerana mereka berasa tertipu. Dalam Belanjawan tak naik, tapi melalui prosedur Kastam dan Eksais naik.

Ada dua kemungkinan. Pertama, kerajaan memang hendak menaikkan harga dan cukai rokok, tetapi bukan melalui pengumuman belanjawan. Kedua, Perbendaharaan kekurangan wang atau kehabisan wang untuk tahun semasa (2012).

Dan ketiga, dengan membenarkan kenaikan harga dan dengan itu kenaikan cukai di luar belanjawan, kerajaan boleh memungut cukai serta-merta. Kalau dibuat melalui belanjawan, ia hanya boleh dilaksanakan apabila belanjawan diluluskan oleh Parlimen, diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan arahan-arahan kewangan tertentu dikeluarkan.

Perbendaharaan Kesuntukan Duit?

Melihatkan kenaikan pintu belakang cukai rokok dan betapa cepatnya Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcment System- AES) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaksanakan serta saman dikeluarkan, nampaknya Perbendaharaan mungkin kesuntukan wang atau kekeringan wang untuk tahun semasa.

Saya dapat merasakan kemungkinan bahawa Perbendaharaan mengalami kesuntukan wang setelah secara kebetulan, bercakap dengan tiga orang bekas Menteri Kewangan, yang semua bimbang dengan kedudukan kewangan kerajaan.

Hari ini, dalam akhbar The Star tersiar surat Mohd Zakry Omar, Ketua Unit Perhubungan Korporat dan Awam, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia bertajuk “AES Cameras Smart Enough” (kepintaran kamera AES memadai” dalam ruangan surat pembaca.

Setelah melihat saman yang dikeluarkan berikutan pelaksanaan AES, saya kurang yakin dengan kenyataan beliau. Sebaliknya, saya rasa sistem itu “is not smart enough” (tidak cukup pintar) apatah lagi meyakinkan.

Gambar yang disertakan hanya mempamerkan bahagian hadapan kenderaan dengan pelat nombornya sahaja. Gambar seperti itu boleh diambil di mana-mana pun. Kamera yang dikatakan pintar itu tidak mempamerkan dalam gambar tempat tangkapan, waktu dan tarikh tangkapan dan kelajuan (dalam kes melanggar had laju).

Kalau inilah hasil kamera AES, saya rasa kamera digital RM500 lebih “smart” kerana boleh pamerkan banyak maklumat atas gambar.

Terima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana membangkitkan ketidaksenangan dan keraguan umum terhadap sistem ini. Daripada apa yang saya lihat, sistem itu bukan sahaja tidak meyakinkan, tetapi kesilapan boleh berlaku ketika menulis saman kerana bukti bergambar seperti yang saya sebutkan di atas tidak ada atau tidak disertakan.

Tetapi, seperti lampu isyarat yang dipasang di tempat-tempat yang tidak diperlukan dan tidak dinyalakan, kemungkinan berlaku pakatan dan persekongkolan antara pembekal sistem dengan pembeli (JPJ) tidak boleh ditolak bulat-bulat.

Namun begitu, jelaslah sistem ini boleh menjana hasil yang lumayan dan “cost effective” kepada Perbendaharaan berbanding tangkapan laju dan sekatan jalan raya oleh pihak polis. AES tidak memerlukan tenaga manusia, tidak tidur malam dan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

* Dipetik dari blog A. Kadir Jasin

Siapa Individu yang mendapat Saham Felda sejuta??


NONE



Seorang MP BN menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holding  (FGV) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda".

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda.

"Ada orang di Sabah, yang tidak ada kena mengena dengan Felda, mendapat sejuta saham. Saya tidak sebut nama. Saya minta menteri menjawab secara bertulis, kerana orang ini tidak menyumbang dari segi politik dan pembangunan Felda.

"Saya minta diberi senarai pihak yang menerima pink form ini yang dapat sejuta syer," kata Abdul Ghapur dalam satu soalan lisannya di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Ahmad Maslan kemudiannya mempersetujui saranan Abdul Ghapur untuk mengemukakan jawapan bertulis bagi menyenaraikan golongan yang layak menerima tawaran saham dan syarat kelayakannya.

Sebelum itu, Ahmad menjelaskan bahawa golongan yang menerima “pink form” tersebut adalah pengarah kumpulan FGV, kakitangannya serta kumpulan yang menyumbang kejayaan Felda dan FGV.

"Tetapi daripada senarai yang saya ada, saya tidak dapat melihat sesiapa yang disebut oleh Yang Berhormat itu. 

"Saya ingin menjelaskan di sini, kerajaan negeri Sabah telah diperuntukkan 5 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.

"Itu nilainya yang amat besar untuk sebuah kerajaan negeri. Dan saya khuatir kekeliruan di situ nanti. Kerajaan negeri Sabah dapat 5 peratus saham itu," kata Ahmad Maslan.

Bekas menteri kaki mabuk raba punggung wanita rupanya orang kanan Najib

LIHAT wajah lelaki ini baik-baik, siapa tak kenal dengan bekas menteri bernama Jamaluddin Jarjis yang pernah dilaporkan kepada polis keranameraba punggung pelayan wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur.


Dalam satu kejadian di Kelab Havana Hotel Meridien, ketika seorang pelayan wanita sedangmenghidangkan arak untuk Jamaluddin Jarjis. Dalam keadaan mabuk Jamaluddin telah memegang tangan wanita itu.

Wanita itu telah memarahinya, namun Jamaluddin bertindak mengekori pelayan wanita itu dari belakang dan meraba punggungnya. Laporan Polis sudah dibuat pada 19 April 2008.

Kertas siasatan kes raba punggung terhadap Jamaluddin Jarjis telah disiapkan oleh pihak polis dan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan. Di bawah ini pengakuan Ketua Polis, Kuala Lumpur sila tonton.


Namun sehingga ke hari ini tiada tindakan diambil. Malah Najib telah melantik Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat. Sudah sampai peringkat pendakwaan, namun tiba-tiba dibatalkan.

Perkara ini pernah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dalam dewan rakyat pada 2010. Karpal mempersoalkanmengapakah Jamaluddin Jarjis sehingga kini tidak didakwa?

Jika wanita yang membuat laporan Polis itu berbohong, wanita itu boleh didakwa kerana membuat laporan palsu. Namun kedua-dua tindakan ini tidak berlaku.

Akhirnya barulah kita faham, rupa-rupanya bekas menteri kaki mabuk dan gersang ini adalah orang kanan Najib Razak. Perkara ini didedahkan oleh Wartawan Sinar Harian Mohd Izzatul Izuan.



Dalam satu laporan diSinar Harian, Jamaluddin dilaporkan sebagai antara nama yang disebut sebagai calon paling sesuai menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob selain dianggap sebagai orang paling rapat dengan Perdana Menteri.

Difahamkan Jamaluddin yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pekan sudah tentu menjadi orang kepercayaan Najib untuk menduduki jawatan nombor satu di peringkat Negeri itu.

Jamaluddin yang pernah ‘direhatkan’ (kerana kes raba bontot) dalam barisan kabinet kerajaan selepas PRU12 bagaimanapun diberi kepercayaan semula oleh Najib pada 4 Ogos 2009 sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

ReJaM© "Penjenayah cabul dan kaki mabuk dilepaskan kerana rapat dengan Perdana Menteri, no wonder "

Nak tahu lebih banyak kisah pasal bekas menteri yang gersang dan kaki mabuk ini sila klik sini [ASD]

Ulama 'hanyut' apabila sertai UMNO, DR Asri.



Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.
Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."
“Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian.
Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik.
“Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri.
Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya  percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur.
“Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat.
“Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin.
“Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur,” jelas beliau lagi.

Selasa, 23 Oktober 2012

Dewan Ulama Pas: MCA sengaja mahu jatuhkan UMNO



Terima kasih, MCA sengaja nak jatuhkan Umno

Terima kasih MCA. Itulah ucapan yang boleh Dewan Ulamak PAS Pusat ucapkan kepada MCA hari ini. Terima kasih kerana membantu untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno dalam PRU13 nanti.Ucapan berterusan pemimpin MCA berkaitan hudud sememangnya disengajakan bagi menjatuhkan Umno dalam PRU ke13.


MCA tahu Umno tidak akan membantah sebarang kenyataan mereka tentang hudud kerana Umno bukan pejuang hudud dan juga bukan pejuang hukum-hakam Islam. Yang dikenali sebagai pejuang Islam oleh rakyat Malaysia adalah PAS
Terima kasih MCA kerana dengan jelas mempamerkan mereka adalah penentang tegar hudud dan undang-undang Islam.
Justeru, orang Islam tidak perlu lagi teragak-agak bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat dan bukannya kekal bersama Barisan Nasional yang dianggotai oleh MCA, penentang tegar hudud dan undang-undang Islam.
Selama ini walaupun lebih 55 tahun merdeka, rupa-rupanya hudud dan undang- undang Islam gagal dinobatkan di Malaysia kerana tentangan MCA manakala Umno pula sangat takutkan MCA dan sangat menjaga hati MCA.
Umno hanya berani berkokok menyerang PAS tetapi sangat kecut dan penakut berhadapan dengan MCA.
PAS istiqamah memperjuangkan Hudud, sementara Umno memang berpura-pura mempertahankan Islam, terutama apabila mula ditolak oleh rakyat dalam PRU12. Dalilnya mereka tidak berani membantah MCA yang jelas mempersendakan hudud.
Dalam masa yang sama, bukan Islam dalam Pakatan Rakyat pula semakin mesra hudud dan undang-undang Islam walaupun PR masih baru dibentuk persefahamannya antara 3 parti PAS, PKR dan DAP.
PAS tetap akan memperjuangkan hudud menurut lunas demokrasi sebagaimana telah ditegaskan oleh Presiden PAS. Pelaksanaan hudud adalah hak umat Islam yang menjadi majoriti rakyat Malaysia.
Justeru, umat Islam diseru untuk bersama PAS dan meninggalkan Umno yang memang gagal mempertahankan hudud dan undang-undang Islam.
Dr Khairuddin A. Razali
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat


www.detikdaily

Isnin, 22 Oktober 2012

Kerajaan Negeri Kelantan Umun ganjaran Esok


Orang sudah berbuat budi, kita selaku kerajaan tentu saja akan juga berbudi kepadanya,” kata Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas.

Piala Malaysia
Penyokong Kelantan meraikan gol pasukan itu. - Foto Sinar Harian
KERAJAAN Kelantan akan mengumumkan ganjaran khas untuk pemain bola sepak negeri itu yang telah berjaya menjulang Piala Malaysia edisi 2012, esok.
Kelantan telah mengatasi Angkatan Tentera Malaysia, Sabtu lalu, sekali gus menjulang piala itu buat kali kedua dan memperoleh tiga kejuaraan musim ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat Exco esok.
“Insya-ALLAH, Exco yang berkaitan akan membuat pengumuman selepas mesyuarat Exco,” kata beliau dipetik Harakahdaily.
Beliau juga menyifatkan kemenangan itu juga sebagai hadiah untuk pentadbiran kerajaan Kelantan yang kini genap 22 tahun.
Pas menguasai kerajaan negeri Kelantan menerusi Pilihan Raya Umum 1990.
Katanya, sebelum ini kerajaan Kelantan telah memberikan tiket umrah kepada pemain, imbuhan kepada jurulatih ketika itu termasuk sebuah rumah kepada penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
“Orang sudah berbuat budi, kita selaku kerajaan tentu saja akan juga berbudi kepadanya,” kata Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas.
Katanya, Islam memang mengajar hambanya membalas budi serta menyenangkan hati mereka, termasuk orang yang memberikan senyuman.
Beliau turut mendapat gambaran bagaimana pasukan Kelantan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi juara pada malam itu demi untuk mengharumkan nama negeri.
“Dalam fikiran saya turut terfikir, sekiranya anak muda berusaha menjuarai perlawanan bola sepak setiap musim, begitu juga dengan royalti yang kini juga dituntut oleh anak muda.
“Saya juga berharap kesungguhan bola sepak yang dikuasai anak muda, akan memberi kejayaan juga pada tuntutan royalti oleh anak muda bersama R,” ujarnya.
“Walaupun saya ini dah berusia, tetapi kegembiraan kerana kemenangan itu tidak dapat saya gambarkan dengan perkataan,” ujarnya.
“Bila dah berusia ini memang tak boleh bermain dah, tetapi sewaktu saya muda dulu memang saya ini kaki bola, sewaktu saya duduk di pondok Jertih, saya bermain bola ditendang oleh kawan saya, menyebabkan lutut saya sampai sekarang masih bermasalah,” ujarnya.

Anwar: Khalid MB Selangor paling Berjaya


“Bagi saya, ukuran pertama yang penting (sebagai pemimpin) ialah integriti. Ada jawatan, dia tidak akan ambil tanah, balak, syarikat dan komisen daripada projek negeri. Orang boleh kritik dia (Abdul Khalid) kedekut, itu saya setuju, tetapi kekuatannya ialah integriti."

Anwar
Anwar memuji integriti Abdul Khalid sebagai MB Selangor.
SHAH ALAM – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor paling berjaya kerana kekuatan integriti beliau, sepanjang hampir lima tahun menerajui negeri itu.
Anwar berkata, tuduhan bahawa sesetengah individu yang terlibat dalam bidang politik mengundang kekayaan untuk kepentingan peribadi diakui berlaku di negara ini, namun kebanyakannya dikaitkan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN).
“Bagi saya, ukuran pertama yang penting (sebagai pemimpin) ialah integriti. Ada jawatan, dia tidak akan ambil tanah, balak, syarikat dan komisen daripada projek negeri. Orang boleh kritik dia (Abdul Khalid) kedekut, itu saya setuju, tetapi kekuatannya ialah integriti. Selangor mempunyai lebihan wang negeri RM2 bilion.
“Sebab itu integriti moral perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara apabila orang masuk politik untuk cari kekayaan. Bila pemimpin ada integriti, dia mampu mentadbir negara,” katanya pada majlis Makan Malam Keadilan Selangor 2012, kelmarin.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan pendekatan fitnah atau berunsur negatif dalam memenuhi misi menawan
Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak, sebaliknya mereka berhasrat menang berdasarkan fakta.
Beliau berkata, fakta itu boleh dilihat menerusi kejayaan empat negeri, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah yang diterajui PR, sekali gus membuktikan mereka mampu mentadbir negara.
Katanya, mengambil contoh Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang, kedua-dua negeri itu dikatakan menyediakan peruntukan kira-kira RM500 juta untuk pembinaan rumah kos rendah.
“Kita hendak menang (PRU13) bukan kerana kita hendak fitnah (BN). Tidak, kita hanya hendak menang berdasarkan fakta umpamanya kejayaan negeri yang ditadbir PR seperti Selangor dan
Pulau Pinang yang sediakan setengah bilion ringgit untuk pembinaan rumah kos rendah.
“Pembinaan rumah kos rendah ini sepatutnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat. Kerajaan negeri hanya beri tanah mempercepatkan proses kelulusan (pembinaan) saja, tetapi Pulau
Pinang dan Selangor catat sejarah pertama (sediakan peruntukan ini),” katanya.
Pada majlis itu, lebih 5,000 orang hadir sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Selangor.
Konvoi jelajah itu diadakan jam 10 pagi bermula di Dewan Undangan Negeri (Dun) Dengkil, Morib, Pelabuhan Klang, Sementa, Melawati, Ijok dan berakhir di Kota Anggerik.
Selain Abdul Khalid, turut hadir, Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim; Timbalan Presiden PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
HOT NEWS