
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH
ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata,
tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak
boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Asri,
antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata,
pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno
tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Katanya,
ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran
politik diamalkan dalam Umno.
Sambil
menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan
telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi,
masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini
akan menyebabkan para ulama hanyut."
“Selain
itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini
akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri
pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati
Pemimpin” semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian.
Selain
itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial
dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik.
“Jangan
pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana
agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya,"
jelas Asri.
Pada
masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya percaturan wang dalam
politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk
pemerintahan itu seharusnya berundur.
“Dalam
pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda
politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat.
“Tapi
apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan
menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin.
“Jadi,
sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur,” jelas beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan