Khamis, 15 November 2012

POLITIK SUKU AGAMA SUKU!!


NYATA DAN TERANG!! ISLAM TIDAK AKAN BERKEMBANG MELALUI CARA YANG DIBAWA UMNO. MALAH UMAT ISLAM MAKIN KELIRU DENGAN AGAMA ISLAM..

Cuba kita rujuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka muka surat 250 mendefinisikan maksud politik....politik bermaksud ilmu yang berkaitan dengan pemerintahan/pentadbiran.

kini jelas bahawa dalam Islam ada politik dan logiknya agama Islam itu cukup sempurna merangkumi semua aspek kehendak manusia dari soal sekecil-kecilnya (peraturan kehidupan seisi keluarga) dan sehingga sebesar-besarnya (soal bagaimana hendak memerintah sesebuah Negara dengan diturunnya hukum2 atau undang2 yang telah termaktub dalam Al-Quran yang merupakan satu daripada beberapa mukjizat yang masih kekal yang ditinggal oleh Rasulullah s.a.w). 

Mustahil dalam Islam tiada politik, sedangkan pemerintahan bukan perkara kecil malah Islam amat menitik beratkan soal menjaga atau melindungi umat manusia keseluruhannya daripada kezaliman atau kekejaman, tidakkah ini dinamakan politik..... kenapa ada yang cuba memisahkan politik dari Islam, sedangkan ia merupakan satu tuntutan yang amat penting untuk melaksanakan hukum2 Islam.

KENYATAAN POLITIK SUKU, AGAMA SUKU ADALAH PANDANGAN YANG SALAH DAN TELAH BANYAK ILMUAN- ILMUAN ISLAM, CERDIK PANDAI DALAM AGAMA, ULAMA- ULAMA  MENJELASKANYA BAHAWA POLITIK BERKAIT RAPAT DENGAN AGAMA, MALAH TIDAK BOLEH DI ASING-ASINGKAN... 


Hari ini sempena perutusan Maal Hijrah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan supaya Islam tidak dicampuradukkan dengan politik kerana ia boleh mengeliru dan memecahbelahkan masyarakat Melayu.

Baginda bertitah, kebelakangan ini kesucian Islam dinodai apabila hukum-hakam agama dan tafsiran Al-Quran telah sewenang-wenangnya menjadi modal politik bagi meraih sokongan. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HOT NEWS