Ahad, 23 September 2012

Dap Kafir Harbi....? Bagaimana Dengan Mca Mic Dan Gerakan?

Soalan cepu emas kepada HJ ABDULLAH SAAMAH (Tok Guru UMNO) dan ulama muda UMNO.

1. apakah sumbangan beliau dan UMNO pada rakyat kelantan sebelum tahun 1990 untuk menghapuska judi, kelab malam , arak, pelacur, perbuatan khurafat & syirik(main putri, wayang kulit dll) di kelantan ini???? mana pergi orang-orang yang mengaku sunnah pada ketika itu??? walaupun kelantan pada masa itu banyak pondok-pondok.

2. Hujah Hj LAH berdosa & haram sokong PAS kerana bekerjasama dengan DAP..Apa pula prinsip2 tahaluf siyahsi sebagaimana terkandung al-Quran & hadith, ijma ulama atau mana kitab sahih, yang ditegakkan oleh UMNO dalam bekerjasama dgn MCA, MIC, GERAKAN dll??Adakah taraf tok guru tak boleh bezakan antara kerjasama wala’ (HARAM) dan tahaluf (HARUS)??

3. PAS baginya kafir kerana mengikut telunjuk DAP dan bersekongkol dengan DAP, kerana 
DAP cina dan kafir. bagaimana pula dengan UMNO yang bersekongkol dengan MCA, MIC dll??Hujahnya MCA & MIC bukan kafir harbi sebagaimana DAP. Soalan saya, sejak bila MCA berhenti dan tutup mulut menghina islam??Adakah ini tidak dikatakan harbi??

4. PAS walaupun berbaik dengan DAP, PAS tetap dengan dasar islam(setiap isu & keputusan parti diputuskan oleh dewan ulama PAS), tetapi UMNO tetap dengan dasar kebangsaan dan keputusan parti dibuat tanpa merujuk kepada ulama dan al-Quran. saya ingin bertanya kepada beliau. Kebangsaan(melayu) lebih baik ke atau islam lebih baik.???? DAP lebih faham islam jika di bandingkan dengan UMNO sejak bekerjasama dgn PAS. DAP lebih kenal umar abdul aziz jika dibandingkan dengan UMNO.Apa yang UMNO tarbiah MCA??

5. Dimana ulama & orang ugama dimata dan didalam UMNO??Adakah sekadar ulama terompah kayu ( ISLAM ni Guna masa perlu je)??Apakah peranan ulama dalam UMNO??

6. DAP hanya tak setuju dengan HUDUD kerana TIDAK selari dengan perlembagaan. MCA hujahnya lebih menghina ISLAM. Disini saya beri fakta koleksi MCA hina islam, yang tidak dikatakan kafir harbi oleh ulama UMNO
a. Chua Soi Lek kata persaingan UMNO dan PAS untuk menunjukkan Islam membawa Malaysia MUNDUR KE BELAKANG. Chua Soi lek Ingatkan masyarakat Cina bahawa PAS akan menegakkan negara Islam. Najib mengangguk-ngangguk tanda setuju.
b. Chua Soi Lek menulis dalam twiternya, Cuti hari raya haji merugikan orang cina kerana terpaksa tutup kedai. UMNO kata Cua Soi Lek berniat baik
c. Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, pada 16 Januari lalu memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat2 hiburan yang terlibat dgn arak..katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. Jamil Khir Tak berani kata Ng Yen Yen hina Islam.
d. “Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional... sangat mudah,” - Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

7. DAP bertanding kawasan Cina lawan MCA, Gerakan, MIC dll. Semua parti kapir dalam BN nampaknya tolak hudud dan negara Islam. Chua Soi Lek sampai sifatkan UMNO SEBAGAI GILA kerana kununnya (gempak) nak buat hudud. Jadi kalau sokong orang tolak hudud haram... calon DAP lawan MCA (dua-dua tolak hudud) orang Islam nak undi sapa? Boleh Tok Guru Hj Lah jawab

8. Dalam PR ada parti tolak hudud (DAP) tapi semua parti PR tolak rasuah, penyelewengan, kezaliman, kronisme dll. Dalam BN semua parti tolak hudud disamping mereka adalah perasuah, penyamun wang rakyat, peneraju budaya mungkar, penindas rakyat, pembunuh umat Islam di Memali, pembisu terhadap umat Islam yang ditindas di Myammar. Jadi sapa lebih baik dan sapa lebih teruk sebenarnya.

9. Dalam PR ada DAP tolak hudud, tapi PAS tak tolak. Manakala dalam BN semua parti termasuk UMNO tolak pelaksanaan hudud bahkan mempersenda hudud. So antara BN dan PR sapa lebih teruk?sekiranya UMNO setuju dengan hudud, agak Tok Guru Hj Lah dan Fathul Bari, siapakah mampu menghalang UMNO??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HOT NEWS