pantang gadai masa depan pada pembangkang
Siapa yang berkata ''pantang mengadai masa depan negara pada pembangkang''jangan kita memandai berkata begitu, biarkan rakyat yang menentukan samada mereka hendak terus dengan kerajaan sekarang ataupun sebaliknya.
Ini bukan urusan PM atau umno hendak menentukan pantang ataupun tidak, serahkan sahaja pada rakyat. Rakyat yang berhak menilai siapa yang layak memerintah, bukan kita pula yang hendak memandai menentukan kita yang layak memerintah. Siapa yang berkata bergitu, sendiri mahu ingat!!!
Rakyat Malaysia telah pun tergadai masa silamnya ditangan Umno/Barisan Nasional. Nasib rakyat Malaysia secara amnya khususnya melayu tidak jauh berubah. Yang kaya terus buat duit dan semakin kaya, yang miskin dan sederhana terus berkeadaan begitu. Apakah Malaysia ini hanya milik golongan elit sahaja, bukan milik rakyat marhain??
Cukup-cukuplah episod memperhambakan rakyat demi poket sendiri setengah pihak dan kroni mereka. Kewangan atau khazanah negara adalah milik semua. Kita kembalikan segala-galanya pada rakyat selepas PRU 13, Insyaallah. Dengan ketentuan dan kekuasaan allah bakal berlaku.Pesanan saya, bersiap sedia sahaja lah siapa kapal mereka bakal tenggelam.
Cuba tengok, Umno mendakwa mereka membela melayu, tetapi setelah 55 tahun, dimanakah tahap ekonomi bangsa ini?. Kalau masih ada lagi tidak tahu, melayulah yang paling terkebelakang dikalangan semua bangsa. inikah yang dipanggil membela bangsa?? Ya, ada melayu yang kaya, tapi segelinter yang ada kaitan dengan pemerintah atau kroni.
Cukup-cukuplah dengan episod karut marut. Dengar baik-baik, Insyaallah selepas PRU 13 rakyat akan kembali menjadi tuan! Bukan diperhambakan seperti sebelum ini, demi kepentingan setengah pihak dan kroni-kroni mereka..
Banyak sangat kalau hendak bilang, bagaimana umno sendiri menjahanamkan kepentingan bangsa melayu. Sebagai contoh, tanah rizab melayu yang ada 3 juta hektar selepas merdeka, sekarang hanya tinggal 1.3 hektar.
Dasar penswastaan yang diamalkan pemerintah adalah dasar yang menguntung sebelah pihak, dan merugikan rakyat. Inikah yang dikatakan membela rakyat?. Lihatlah selama mana umno/bn memerintah, gejala sosial semakin menjadi-jadi, keruntuhan akhlak dikalangan remaja, pergaulan bebas, penyalahan guna dadah dan sebagainya. Jika dasarnya betul dan mengikut apa yang digariskan dalam islam pasti perkara ini berkurangan dan bergitu juga kadar jenayahnya menurun.
Adakah kita hendak bagi lagi Umno dan Bn memerintah???
Asal bukan umno
Tiada ulasan:
Catat Ulasan