![]() | RM10 bilion bajet tetapi entah ke mana... | ![]() |
T ![]() Bermula dari tahun 2008, negeri Terengganu telah mencatatkan bajet tertinggi di seluruh Semananjung Malaysia dengan berbelanja lebih RM2 bilion setiap tahun. Perbelanjaan tahunan ini jauh mengatasi negeri-negeri maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Ini merupakan 'perbelanjaan amat luar biasa’ dan menghairankan sepanjang pentadbiran Datuk Ahmad Said memimpin negeri ‘Darul Iman’ ini. Ya, siapa boleh menjangkakan bahawa ‘negeri kaya rakyat miskin’ ini boleh berbelanja dengan jumlah yang amat besar dan menakjubkan. Persoalannya, apakah ini telah memberi manfaat kepada rakyat Terengganu yang rata-rata terpaksa bergelut dengan kehidupan harian yang amat mencabar? ![]() Ini ditambah lagi dengan kos kenaikan sara hidup yang terpaksa dibebani oleh setiap penduduk Terengganu. Lihat sahajalah kenaikan harga barang keperluan harian seperti minyak, gas, gula, tepung serta pelbagai keperluan dapur lain yang terlalu membebankan golongan bawahan. Malahan ramai memperkatakan bahawa kos barang keperluan harian di negeri Terengganu adalah jauh lebuh tinggi dari dari kota-kota besar seperti Kuala Lumpur atau Ipoh. Cuba anda bayangkan, manusia-manusia seperti Pak Ali yang tinggal di hujung Tanjung. Umurnya lewat 50-an, Pak Ali masih mempunyai kederat. Tulang empat keratnya masih mampu dikerah untuk mencari rezeki halal buat mengisi perut lapan anaknya yang semuanya masih bersekolah. Tapi apakan daya, Pak Ali tidak punya kerja tetap dan menyara hidup hanya dengan melakukan kerja kampung. Kadang-kadang Pak Din meredah lautan untuk menangkap ikan tetapi bila tiba musim tengkujuh, punca rezeki Pak Ali kembali ke daratan. Pak Ali pula saban hari terpaksa bergantung kepada bantuan dan subsidi dari pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu. Nasib Pak Ali dan keluarganya ini dikongsi bersama oleh hampir 20,000 keluarga lain yang dikategorikan sebagai miskin di seluruh Terengganu. Sukar untuk digambarkan, negeri yang menghasilkan lebih separuh keluaran petroleum negara, mempunyai keluarga miskin yang agak ramai jumlahnya. Namun golongan miskin seperti Pak Ali inilah yang sentiasa menjadi sasaran bantuan dalam bentuk subsidi, samada dalam bentuk ‘wang ehsan’, ‘bantuan hari raya’, ‘bantuan air zam-zam dan buah kurma’, ‘bantuan atap biru’ maupun ‘bantuan baju dan beg sekolah’. Persoalannya, apakah cara hidup subsidi ini menepati sasaran bagi membantu warga miskin di seluruh negeri Terengganu yang kaya ini? Perlu diingat bahawa di negeri Terenganu, taraf kemiskinan rakyat adalah antara antara negeri yang termiskin di Malaysia walaupun ia telah menikmati lebih RM 20 billion hasil minyak sejak hampir 30 tahun lalu. Apakah 'budaya subsidi’ ini releven dengan kos kenaikan sara hidup yang terpaksa dibebani oleh setiap penduduk Terengganu? Lihat sahajalah kenaikan harga minyak, gas, gula, tepung serta pelbagai keperluan harian lagi yang terlalu membebankan golongan bawahan. Ramai memperkatakan bahawa kos barang keperluan harian di negeri Terengganu adalah jauh lebuh mahal dari dari kota-kota besar seperti Kuala Lumpur atau Ipoh. Namun apa yang amat menyedihkan, kemiskinan serta penderitaan rakyat Terengganu masih terus dijadikan ’senjata politik’ bagi menuntut ketaatan dan sokongan kepada kerajaan Umno/BN. Rakyat termiskin terpaksa terus bergantung kepada apa jua bantuan dari kerajaan Umno sehinggakan ramai memperkatakan kini sesetengah rakyat Terengganu hidup dengan ’mentaliti subsidi’ dan ’makan ditangan’. Namun realitinya, kemiskinan serta penderitaan rakyat Terengganu masih jauh dari dapat di atasi. Menipulasi ‘budaya subsidi’ kepada rakyat termiskin serta ugutan terus di lakukan oleh sesetengah pemimpin Umno yang tidak bertanggungjawab. Sesiapa sahaja yang 'ingkar’ akan diugut untuk ditarik segala bantuan, termasuk bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta bantuan anak-anak bersekolah. Amat malang bagi seluruh rakyat Terengganu. Ketirisan dalam perbelanjaan, penyelewengan serta menipulasi ‘budaya subsidi’ kepada rakyat termiskin terus berlaku seolah-olah tanpa batasan.Pemimpin-pemimpin Umno pula terus angkuh memerintah walaupun rakyat tahu Stadium Sultan Mizan telah runtuh bersama lebih RM300 juta duit rakyat, Zoo yang menelan belanja hampir RM100 juta terus di bina dengan duit rakyat walaupun rata-rata rakyatnya miskin, Lebuhraya Pantai Timur terus di bina walaupun kosnya telah melambung dari RM2.7 bilion kepada hampir RM5 bilion yang kesemuanya merupakan duit rakyat Terengganu. Lebih mencabar lagi, kerajaan pimpinan Datuk Sri Ahmad Said amat berani membahagikan-bahagikan tanah kepada wakil-wakil rakyat Umno dalam waktu yang sama ribuan lagi rakyat Terengganu yang miskin masih tidak mempunyai sebarang tanah walaupun sekangkang kera! * Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS yang juga Adun Batu Burok, Terengganu. Email: syedazmans@yahoo.co.uk Twitter: @syedazman |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan