Jumaat, 2 November 2012

Nazri Aziz liabiliti pada BN pada PRU 13,




NONE


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz harus mengikut jejak bekas menteri wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang "bercuti" daripada kabinet ketika beliau sedang disiasat berkaitan dakwaan rasuah, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Katanya, ini kerana di kalangan pemimpin Umno dan BN yang banyak mengkritik Shahrizat, yang paling lantang adalah Nazri sendiri.

Menurut Rafizi, sekiranya Nazri yang sebelumnya begitu bimbang 
(skandal) National Feedlot Corporation (NFC) akan mengheret dan melemahkan kedudukan Umno dalam pilihan raya akan datang, maka "saya fikir sekarang adalah giliran beliau pula".

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR hari ini, Rafizi berkata beliau akan membuat laporan terhadap Nazri Isnin ini supaya siasatan dapat dimulakan, juga terhadap jutawan balak, Michael Chia yang didakwa memberi kenderaan mewah (SUV) kepada anak Nazri.

hah tu!! memang patut pun Nazri Aziz mengikut jejak langkah  Shahrizat Abdul Jalil, Dulu kak ijat,  Kini Nazri menjadi liabiliti pada BN,

Rasuah sudah menjadi barah sehingga ke usus dikalangan pemimpin Umno, lepas satu, satu pemimpin umno dikaitkan dengan skandal rasuah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HOT NEWS