Sabtu, 29 September 2012

PANAS!! VIDEO SKANDAL KOTA ANGGERIK, BLOGGERS UMNO KANTOI!...


Blogger umno umpahan mendakwa klip video ini dirakam dalam pejabat  Adun Kota Anggerik, Shah Alan yaitu YB YAAKOB SAPARI.. Ini bertujuan memburuk-burukkan ADUN berkenaan dan berniat menjejaskan
nama baik YB KOTA ANGGERIK itu...
entah video mana blogger umno itu ambil dan kaitkan dengan yb Yaakob Sapari..
finah Kantoi!!!!!!!

Terus membaca dan lihat gambar-gambar didalam pejabat ADUN berkenaan..
liang lahad: VIDEO SKANDAL KOTA ANGGERIK, BLOGGERS UMNO KANTOI!...:

Aku Terjemahkan Perbelanjaan Negara Dalam Perbelanjaanku

Pendapatan bulanan isi rumah aku RM1500 sebulan, masih dibawah garis kemiskinan. Aku berkerja  sebagai penyelia di syarikat swasta dan bergaji RM1000 sebulan, Orang rumah (isteri) aku berniaga kecil-kecilan dan memperolehi RM500 sebulan,, hihihihi

Beginilah pendapatan aku sejak 2006 -2011, anak tiga doh.sunggoh pun demikian perbelanjaan kami sekeluarga melebihi pendapatan (defesit). Walau bagaimanapun setiap bulan Ramadan pendapatan aku mencecah sehingga RM7000. Bulan puasa je boh!! 

Dalam tempoh itu, aku sentiasa mengatasi dan cuba untuk selasaikan masalah defesit dan masalah kos sara hidup yang tinggi disaat ini, dengan peningkat harga barang mentah, terpaksa melayan kerenah anak-anak kecil dengan pelbagai tuntutan mereka seperti mahu basikal baru, alat permainan dan juga pakaiannya disamping memenuhi kehandak seorang isteri. Hok libatkan duit lah weh.

Alhamdulillah, semua itu aku selesaikan mengikut kemampuan aku melalui sumber-sumber tambahan yang tidak boleh dijadikan sebagai pendapatan tetap, aku mengklafikasikan sebagikan pendapatan sampingan je..makna ye klu ada, ada lah, klu x dok, x dok lah.. Yaitu aku mempunyai pusat cuci kereta milik aku sendiri dimana aku lah pekerjanya, aku tokeinya dan tidak kena sewa-sewa pun.

Aku jangkakan pendapatan isi rumah akan bertambah jika izinkan Allah hasil penanaman kelapa sawit akan mengeluarkan hasilnya. Walau pun begitu aku tidak boros, aku tidak bermewah-mewah dalam perbelanjaan keluarga.

Hahahahaha.... aku tahu diri aku siapa, aku tahu pendapatan aku masuk banyak-banyak mana.. alaa!!! klu setakat Galaxy Tab, I-pad, tukar ring sport kat kereta aku dan macam-macam barang lagi boleh je..

Ini bermakna dengan amalan berberjimat cermat, sudah pasti defesit perbelanjaan aku berkurangan dari masa ke semasa.. Sebagai contoh perbelanjaan bulanan kita memerlukan sebanyak RM2000 padahal pendapatan kita hanya RM1500,dan anggaran pendapatan sampingan lain sebanyak RM200-RM300( walau pun tidak menentu). Maka jelaslah, amalan berjimat cermat boleh mengurangkan defesit. 

Aku seperti orang ramai, sama-sama menpunyai hutang, bezanya aku berusaha kearah mengurangkan hutang dan mengecilkan defesit yang ada kerana jika ditakdirkan aku sudah tiada dibumi ini, aku tidak meninggalkan bebanan hutang pada isteri dan anak-anak aku..

Apa yang saya nak sampaikan disini berkenaan bajet negara 2013 yang baru dibentangkan. Saya melihat bajet ini tiada usaha kerajaan kearah menyelesaikan hutang negara kian meningkat dari setahun ke setahun bergitu juga kerajaan belanja melebihi pendapatan sehingga 15 tahun berturut-turut..

Perbenjaan mewah negara membolehkan jumlah hutang negara meningkat. Hutang kerajaan persekutuan meningkat mendadak daripada RM242 bilion pada 2004 kepada RM363 bilion pada 2009 dan RM456 bilion pada 2011. Ini apa? ini boleh membahayakan kepada rakayat negara ini.. Pemberian dalam bentuk one-off memang rakyat suka dan menyambut baik tetapi ingat pemberian itu jika berterusan boleh memberi kesan jangka masa panjang pada negara..

Sebagai ketua negara atau pemimpin negara sememangnya mengetahui pendapatan negara, sumber pendapatan negara dan jumlah hutang negara. Oleh itu kerajaan seharusnya, terpaksa membentangkan belanjawan yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. 

Pada hakikat bajet yang dibentangkan itu, kita belum mampu mengurangkan defisit belanjawan bawah 4 peratus selama beberapa tahun mencerminkan peluang yang dibazirkan bertahun-tahun lamanya. 

Kita gagal mengawal perbelanjaan melalui pengurangan pembaziran, penyalahgunaan dan korupsi.. Jika keadaan ini berterusan, negara akan muflis (spt kata dato' Idris jala) dan rakyat akan mewarisi peninggalan hutang..

Saat ini buat apa lagi.. Nasi dah jadi bubur..
sama-samalah kita fikir dan renungkan.


Kerajaan menyeru kita supaya berbelanja berjimat cermat. Kerajaan boros tak apa!!!!





Jumaat, 28 September 2012

Cakap Je Sedap!!!!.. Ada tak Najib sebut perkara yang dijanjikan oleh Menteri Pengajian tinggi



Dalan perbentangan bajet 2013, PM tidak pun menyatakan Untuk menyelesaikan masalah  10,000 graduan

lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan 7,000 orang 

lepasan Institut Perguruan (IPG) yang kini 

menganggur itu kerana tidak mendapat tawaran untuk 

menjadi guru...

Ha ha ha dah terkena tipu hidup-hidup oleh Menteri Pengajian Tinggi…
Klu tidak tahu jangan keluarkan kenyataan itu. kamu tu menteri... semua graduan tertunggu-tungu dan berharap dengan apa yang kamu cakap..
Ingat!!! kamu tu menteri, menteri pengajian tinggi.. 


baca lagi
Anak Sungai Derhaka: Ada tak Najib sebut perkara yang dijanjikan oleh M...:

Penduduk Pekan Ajil Marah Air Berkeladak? -- Macam Air Ketum Je!!!!!



DAH LEBIH 50 TAHUN , ADA JUGA NEGERI umno yg air berkeladak ye!, MB 

Terengganu tak nampak ke, itu hari negeri PM sendiri pu takde air...kesian!, asyik

hentam kelantan aje, rupa-rupanya negeri UMNO pun takde air dan 

berkeladaklah...tulah kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di depan mata 

tak nampak...he...he...he...



Itulah jangan duk buka sangat kelemahan 

air di tempat orang


tengok sini,,,
Tidak puas hati air berkeladak - Terengganu - Sinar Harian


KELAKAR TAPI BENAR - PENGERUSI NGO ANTI PENYELEWEN...


               liang lahad: KELAKAR TAPI BENAR - PENGERUSI NGO ANTI PENYELEWEN..










Nama sahaja Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).. tapi rupa-rupanya pengerusinya sendiri yang ada sikap suka menyeleweng.. GAP...

Muka baik je!!!!!!!!!

Legenda bola sepak negara Ghani Minhat meninggal dunia - Nasional - Sinar Harian

Legenda bola sepak negara Ghani Minhat meninggal dunia - Nasional - Sinar Harian

Khamis, 27 September 2012

Dr Siti Mariah Mahmud: Hudud antara tolak & tentang

Dr Siti Mariah Mahmud: Hudud antara tolak & tentang: Pendahuluan: Sumber memahami ajaran Islam Sesiapa sahaja yang ingin mengetahui Islam secara ikhlas, maka wajiblah mereka membaca dan mengk...

Hudud;;: Tiada Paksaan Bagi Individu Bukan Islam


Hudud : Tiada paksaan bagi individu bukan Islam

Editor | August 29, 2012

KUALA LUMPUR : Hukum hudud adalah hukum Islam, maka perlaksanaannya tidak boleh dipaksa kepada orang bukan Islam.
Demikian ulas Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Khadir berkenaan isu hukum hudud yang semakin ‘hangat’ diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata, perlaksanaan hukum hudud hanya akan diaplikasikan kepada orang Islam jika ia dibenarkan di negara ini dan tidak wajar dilaksanakan untuk orang bukan Islam.
“Hukum hudud adalah hukum yang dibina khas untuk orang Islam dan ia telah termaktub dalam Al-Quran. Ia wajib dilaksanakan sekiranya mampu, namun ia tidak melibatkan orang bukan Islam.
Sheikh Abdul Halim Abdul Khadir
“Orang bukan Islam tidak perlu mengkritik atau menolak perlaksanaan hukum hudud kerana mereka tidak akan dipaksa untuk menerimanya,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT).
Menurut Abdul Halim, orang Islam tidak boleh mengaitkan permasalahan adil atau tidak sekiranya ia tidak dilaksanakan kepada orang bukan Islam ekoran fahaman agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia adalah berbeza.
“Kita tidak boleh menyamakan perlaksanaan hukum hudud yang melibatkan orang Islam sahaja dengan undang-undang sedia ada yang melibatkan semua orang. Hukum hudud ialah hukum Islam.
“Kita sebagai orang Islam, wajib solat lima waktu, tapi orang bukan Islam tidak perlu. Kepercayaan kita berbeza, jadi kita tidak boleh memaksa hukum hudud kepada orang bukan Islam,” ujarnya.
Selain itu, Abdul Halim turut menyelar tindakan sesetengah individu yang menyatakan bahawa hukum hudud adalah satu hukuman yang kejam.
“Orang yang tidak faham dengan hukum hudud akan menganggapnya kejam walhal perlaksanaan hukum hudud tidak semudah yang disangkakan kerana ia perlu melalui satu proses yang panjang dan perlu ada prosedur-prosedur tertentu sebelum kita boleh membuktikan yang seseorang itu bersalah.
“Kalau dilihat, hukum hudud sebenarnya terlalu sikit kerana ia hanya melibatkan kes-kes tertentu, dan jika ada apa-apa yang syubhah, atau jenayah tersebut dilakukan dalam keadaan terpaksa ketika siasatan dibuat, mereka tidak boleh dikenakan hukum hudud,” tambahnya.
Ditanya tentang mengapa hukum hudud sukar dilaksanakan di Malaysia, Abdul Halim berkata, perlaksanaan hukum hudud hanya boleh dilakukan jika mendapat persetujuan badan undang-undang tertinggi negara.
“Kerajaan Negeri Kelantan pernah cuba melaksanakan hukum hudud, namun tidak berhasil kerana dalam konteks Malaysia, undang-undang Kerajaan Persekutuan mengatasi undang-undang negeri, justeru Kerajaan Negeri terpaksa akur jika Kerajaan Persekutuan tidak menyetujui perlaksanaannya.
“Hukum hudud adalah hukuman yang melibatkan orang ramai, jadi orang Islam berhak membuat pilihan sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak. Jika ia masih tidak dapat dilaksanakan, kita sebagai orang Islam wajib melaksanakan hukum Islam setakat yang termampu,” tegasnya – TMT-

Rabu, 26 September 2012

Petua Pemuda Umno Bahagian Gopeng Didakwa Milik Surat Kuasa Palsu



Ketua Pemuda Umno Bahagian Gopeng, Mohd Arlizam Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam atas tuduhan memiliki dan menggunakan dokumen palsu iaitu sekeping surat kuasa bagi sebidang tanah di Kapar, Klang, lima tahun lepas.
    
Mohd Arlizam, 37, yang juga seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Dia didakwa memiliki dan menggunakan satu dokumen palsu iaitu 'Power of Attorney' bertarikh 21 Mei 2007 di antara penama Liew Woon Foh dan nama tertuduh sendiri bagi sebidang tanah milik Liew yang terletak di alamat GM 781, Lot 4337, Batu 3 3/4, Jalan Kapar.
    
Mohd Arlizam didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 21 Mei 2007.
    
Pertuduhan mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan agar Mohd Arlizam dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan pasportnya diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.
    
Peguam Kevin Arasu yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 atas alasan anak guamnya merupakan pesalah pertama dan menghidap sakit jantung sejak dua tahun lepas.

Sejak akhir-akhir ni banyak kes melibat integriti dan marwah pemimpin-pemimpin pemuda umno, dalam minggu ini sahaja sudah 3 kes, ketua pemuda umno selayang dengan isu iklan airnya diselangor, ketua pemuda Umno Kepong cerdera parah ditikam dan terbaru ketua pemuda umno Gopeng.. Ini tak termasuk lagi pembunuhan di seri kembangan yang melibatkan ahli perniagaan bergelar datuk dan juga pengasas NGO yang mesra Umno.. baca disini (http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8581501012265110082#editor/target=post;postID=8856848114904172822)


ekekekkek!!!!! rendahya moral pemimpin Umno nie.... kat mana-mana bahagian pun ada,, 
kalau nak kaya pun agak-agak lah jangan menipu,, patut lah mereka ini kaya-raya hasil tu bagi makan anak isteri kat rumah..



BLOGGER PAPAGOMO SAKIT????

                                      Betul ke dok PapaGomo sakit?? 


                                                             Rakan- rakan blogger PapaGomo


Papa Gomo ialah seorang Blogger Upahan UMNO yang tidak asing lagi dalam dunia cyber ini, beliau amat popular dengan penyiaran video-video seks seorang lelaki yang menyerupai DS Anwar Ibrahim yang didakwanya sebagai DS Anwar Ibrahim. 




Selain dari kenyataan di Twitter dan Blog itu, seorang sahabat dari Selatan Tanahair pula mengirimkan pesanan yang diterimanya dari Papa Gomo melalui BBM (BlackBerry Messenger) miliknya.

BBM tersebut menyatakan ..

“Salam buat rakan BBM Papa Gomo. Untuk makluman semua Papa Gomo dalam sebulan dua ini menyelesaikan beberapa urusan penting.

Atas kesihatan yang juga tidak berapa baik,Papa Gomo mengambil keputusan untuk berehat seketika sehingga semuanya selesai dan kembali berbicara isu politik bila sampai waktunya.

Keperihatinan rakan BBM selama sebulan ini amatlah dihargai sama sekali. Apa pun Allah maha besar dan sentiasa menguji umatnya dalam pelbagai bentuk pancaroba.

Semoga kalian sentiasa mendoakan Papa Gomo segera sihat dan akan kembali ceria seperti sediakala. Tiada apa yang lebih baik waktu ini selain mendekatkan diri kepada yang maha Esa. Amin….” 

Oleh itu... Bersamalah kita mendoakan agar beliau kembali pulih seperti sediakala bagi membolehkannya menyiarkan fitnah dan video seks lagi...

Korang tolong doa lah ya....

aku x nak!!!!!!!

dia penyebar fitnah

Hebat Dan Kebalnya Peguam Negara


           Speaker tolak soalan tentang dakwaan 'salah laku' AG
   
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak soalan daripada anggota parlimen Cheras Tan Kok Wai berhubung status siasatan polis terhadap dakwaan salah laku profesional oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Tan, yang juga naib pengerusi DAP kebangsaan, menyerahkan soalan ekoran berhubung hasil siasatan terhadap dakwaan dalam buku berjudul Tan Sri Abdul Gani Patail Pemalsu, Penipu dan Penjenayah.

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dalam suratnya kepada Tan menjelaskan, soalan itu ditolak berdasarkan Perintah Tetap 23(1)(c).

Perintah Tetap itu menyatakan, pertanyaan yang dikemukakan tidak boleh mengandungi kalimah "mengelirukan, menyindir atau menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau penerangan mengenai perkara-perkara remeh".

Surat yang dihantar itu bertarikh 21 September


HEBAT DAN KEBALNYA PEGUAM NEGARA , !!! KALAU ORG LAIN SIBUK NAK MENDAKWA TETAPI KENA DIRI SENDIRI, CUBA GUNAKAN KUASA VETO KE !!!, kalau peguam negara tak boleh di dakwa, memang kena tukar lah nampaknya !!! kerajaan UMNO BN...

Selasa, 25 September 2012

Siapa Pemilik Jet Yang Dinaiki Oleh MP Pakatan Rakyat

                         

                           DATUK AKUI URUS JET PERIBADI BAWA ANWAR


Seorang usahawan, Datuk Mohd Taufik Omar muncul membuat pengakuan bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan jet peribadi yang digunakan oleh Ketua Pembangkang dan beberapa lagi ahli parlimen dari Pakatan Rakyat untuk penerbangan ke Labuan, Sabah dan Sarawak baru-baru ini.Mohd Taufik adalah pengerusi Tjets Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan urusan penyewaan jet-jet peribadi di sini.
“Syarikat saya hanyalah mengurus penyewaan jet peribadi,” katanya ketika dihubungi oleh akhbar The Star.
Beliau menjelaskan yang dirinya bukanlah pemilik jet berkenaan.
Usahawan itu yang memiliki beberapa buah syarikat lagi juga enggan mendedahkan berapakah yang dibayar untuk menyewa jet tersebut.
Mohd Taufik telah ditanya mengenai perkara itu setelah bloger John F. Seademon mendedahkan namanya sebagai orang yang bertanggungjawab meminjamkan jet peribadi berkenaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pembangkang berkenaan.

Isu mengenai para pemimpin parti pembangkang menggunakan jet peribadi untuk berkempen di Labuan, Sabah dan Sarawak pertama kali muncul apabila Naib Presiden PKR, Tian Chua menayangkan foto menerusi laman sosial Twitter pada 15 September lalu.
Ekoran daripada itu, ia menjadi bualan hangat di laman sosial bloger.
Semalam di bangunan Parlimen, Anwar telah mempersoalkan apa salahnya beliau dan rakan-rakannya yang lain dalam PR menggunakan jet peribadi jika ia tidak melibatkan wang rakyat.
Jet tersebut menurut Anwar adalah ehsan daripada seorang usahawan yang dikenalinya.
Sementara itu rekod menunjukkan Mohd Taufik adalah juga presiden Persatuan Judo Malaysia.

Ahad, 23 September 2012

Dap Kafir Harbi....? Bagaimana Dengan Mca Mic Dan Gerakan?

Soalan cepu emas kepada HJ ABDULLAH SAAMAH (Tok Guru UMNO) dan ulama muda UMNO.

1. apakah sumbangan beliau dan UMNO pada rakyat kelantan sebelum tahun 1990 untuk menghapuska judi, kelab malam , arak, pelacur, perbuatan khurafat & syirik(main putri, wayang kulit dll) di kelantan ini???? mana pergi orang-orang yang mengaku sunnah pada ketika itu??? walaupun kelantan pada masa itu banyak pondok-pondok.

2. Hujah Hj LAH berdosa & haram sokong PAS kerana bekerjasama dengan DAP..Apa pula prinsip2 tahaluf siyahsi sebagaimana terkandung al-Quran & hadith, ijma ulama atau mana kitab sahih, yang ditegakkan oleh UMNO dalam bekerjasama dgn MCA, MIC, GERAKAN dll??Adakah taraf tok guru tak boleh bezakan antara kerjasama wala’ (HARAM) dan tahaluf (HARUS)??

3. PAS baginya kafir kerana mengikut telunjuk DAP dan bersekongkol dengan DAP, kerana 
DAP cina dan kafir. bagaimana pula dengan UMNO yang bersekongkol dengan MCA, MIC dll??Hujahnya MCA & MIC bukan kafir harbi sebagaimana DAP. Soalan saya, sejak bila MCA berhenti dan tutup mulut menghina islam??Adakah ini tidak dikatakan harbi??

4. PAS walaupun berbaik dengan DAP, PAS tetap dengan dasar islam(setiap isu & keputusan parti diputuskan oleh dewan ulama PAS), tetapi UMNO tetap dengan dasar kebangsaan dan keputusan parti dibuat tanpa merujuk kepada ulama dan al-Quran. saya ingin bertanya kepada beliau. Kebangsaan(melayu) lebih baik ke atau islam lebih baik.???? DAP lebih faham islam jika di bandingkan dengan UMNO sejak bekerjasama dgn PAS. DAP lebih kenal umar abdul aziz jika dibandingkan dengan UMNO.Apa yang UMNO tarbiah MCA??

5. Dimana ulama & orang ugama dimata dan didalam UMNO??Adakah sekadar ulama terompah kayu ( ISLAM ni Guna masa perlu je)??Apakah peranan ulama dalam UMNO??

6. DAP hanya tak setuju dengan HUDUD kerana TIDAK selari dengan perlembagaan. MCA hujahnya lebih menghina ISLAM. Disini saya beri fakta koleksi MCA hina islam, yang tidak dikatakan kafir harbi oleh ulama UMNO
a. Chua Soi Lek kata persaingan UMNO dan PAS untuk menunjukkan Islam membawa Malaysia MUNDUR KE BELAKANG. Chua Soi lek Ingatkan masyarakat Cina bahawa PAS akan menegakkan negara Islam. Najib mengangguk-ngangguk tanda setuju.
b. Chua Soi Lek menulis dalam twiternya, Cuti hari raya haji merugikan orang cina kerana terpaksa tutup kedai. UMNO kata Cua Soi Lek berniat baik
c. Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, pada 16 Januari lalu memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat2 hiburan yang terlibat dgn arak..katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. Jamil Khir Tak berani kata Ng Yen Yen hina Islam.
d. “Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional... sangat mudah,” - Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

7. DAP bertanding kawasan Cina lawan MCA, Gerakan, MIC dll. Semua parti kapir dalam BN nampaknya tolak hudud dan negara Islam. Chua Soi Lek sampai sifatkan UMNO SEBAGAI GILA kerana kununnya (gempak) nak buat hudud. Jadi kalau sokong orang tolak hudud haram... calon DAP lawan MCA (dua-dua tolak hudud) orang Islam nak undi sapa? Boleh Tok Guru Hj Lah jawab

8. Dalam PR ada parti tolak hudud (DAP) tapi semua parti PR tolak rasuah, penyelewengan, kezaliman, kronisme dll. Dalam BN semua parti tolak hudud disamping mereka adalah perasuah, penyamun wang rakyat, peneraju budaya mungkar, penindas rakyat, pembunuh umat Islam di Memali, pembisu terhadap umat Islam yang ditindas di Myammar. Jadi sapa lebih baik dan sapa lebih teruk sebenarnya.

9. Dalam PR ada DAP tolak hudud, tapi PAS tak tolak. Manakala dalam BN semua parti termasuk UMNO tolak pelaksanaan hudud bahkan mempersenda hudud. So antara BN dan PR sapa lebih teruk?sekiranya UMNO setuju dengan hudud, agak Tok Guru Hj Lah dan Fathul Bari, siapakah mampu menghalang UMNO??

Sabtu, 22 September 2012

Hak Rakyat Yang Menentukan Siapa Yang Lebih Layak..?

                   pantang gadai masa depan pada pembangkang

Siapa yang berkata ''pantang mengadai masa depan negara pada pembangkang''jangan kita memandai berkata begitu, biarkan rakyat yang menentukan samada mereka hendak terus dengan kerajaan sekarang ataupun sebaliknya.

Ini bukan urusan PM atau umno hendak menentukan pantang ataupun tidak, serahkan sahaja pada rakyat. Rakyat yang berhak menilai siapa yang layak memerintah, bukan kita pula yang hendak memandai menentukan kita yang layak memerintah. Siapa yang berkata bergitu, sendiri mahu ingat!!!

Rakyat Malaysia telah pun tergadai masa silamnya ditangan Umno/Barisan Nasional. Nasib rakyat Malaysia secara amnya khususnya melayu tidak jauh berubah. Yang kaya terus buat duit dan semakin kaya, yang miskin dan sederhana terus berkeadaan begitu. Apakah Malaysia ini hanya milik golongan elit sahaja, bukan milik rakyat marhain??

Cukup-cukuplah episod memperhambakan rakyat demi poket sendiri setengah pihak dan kroni mereka. Kewangan atau khazanah negara adalah milik semua. Kita kembalikan segala-galanya pada rakyat selepas PRU 13, Insyaallah. Dengan ketentuan dan kekuasaan allah bakal berlaku.Pesanan saya, bersiap sedia sahaja lah siapa kapal mereka bakal tenggelam.

Cuba tengok, Umno mendakwa mereka membela melayu, tetapi setelah 55 tahun, dimanakah tahap ekonomi bangsa ini?. Kalau masih ada lagi tidak tahu, melayulah yang paling terkebelakang dikalangan semua bangsa. inikah yang dipanggil membela bangsa?? Ya, ada melayu yang kaya, tapi segelinter yang ada kaitan dengan pemerintah atau kroni.

Cukup-cukuplah dengan episod karut marut. Dengar baik-baik, Insyaallah selepas PRU 13 rakyat akan kembali menjadi tuan! Bukan diperhambakan seperti sebelum ini, demi kepentingan setengah pihak dan kroni-kroni mereka..

Banyak sangat kalau hendak bilang, bagaimana umno sendiri menjahanamkan kepentingan bangsa melayu. Sebagai contoh, tanah rizab melayu yang ada 3 juta hektar selepas merdeka, sekarang hanya tinggal 1.3 hektar.

Dasar penswastaan yang diamalkan pemerintah adalah dasar yang menguntung sebelah pihak, dan merugikan rakyat. Inikah yang dikatakan membela rakyat?. Lihatlah selama mana umno/bn memerintah, gejala sosial semakin menjadi-jadi, keruntuhan akhlak dikalangan remaja, pergaulan bebas, penyalahan guna dadah dan sebagainya. Jika dasarnya betul dan mengikut apa yang digariskan dalam islam pasti perkara ini berkurangan dan bergitu juga kadar jenayahnya menurun.

Adakah kita hendak bagi lagi Umno dan Bn memerintah???
Asal bukan umno 

Pembunuhan di Seri kembangan!!! Siapa Ahli perniagaan bergelar datuk bersama anaknya...



Pengasas NGO mesra UMNO suspek kes bunuh di Seri Kembangan?


Adakah benar seperti yang diperkatakan oleh blogger pro pakatan rakyat melibatkan seorang tokoh perniagaan dan juga pengasas NGO yang mesra umno..
 
Siapa Pengasas NGO ITU??

Datuk Seri Jaafar b Shaari @ Ayah Pak merupakan Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)yang mesra-UMNO.

Beliau sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan menggesa TG Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan memandangkan TG Nik Abdul Aziz sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.

"Sudah tua-tua ini, berundurlah. Bagi peluang kepada muka baru, calon yang lebih muda, Pas banyak calon muda berkaliber, biarlah mereka buktikan kemampuan." katanya..


































kita tunggu siatan polis seterusnya...

Rabu, 19 September 2012


Umno tergesa-gesa arah tadika ditutup

Anis Nazri,19 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Umno Cawangan Pangsapuri Seri Delima, Pasir Gudang, Johor yang dikatakan mengarahkan sebuah tadika ditutup, hanya menunjukkan sikap tergesa-gesa.

Sekiranya tidak berpuashati dengan pengurusan tadika berkenaan, mereka perlu mengemukakan aduan kepada pihak bertanggungjawab bagi menyelesaikan segala masalah berbangkit.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman, mana-mana pihak tidak boleh bertindak menutup begitu sahaja tadika yang merupakan tempat pelajar-pelajar mendapatkan ilmu.

"Dulu mereka fitnah kerajaan PAS Terengganu tutup Tadika Kemas. Sekarang, terang-terang Ketua Umno Cawangan Pangsapuri Seri Delima, Pasir Gudang mengarahkan Tadika Permata Islamiyyah ditutup," kata beliau kepada Harakahdaily sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berkaitan perkara tersebut.

Tadika yang menempatkan 40 orang murid itu serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dikatakan diarah tutup sejak 10 Sept lalu.

Tadika itu juga dipantau Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
HOT NEWS